Umur 43: Stretching Lebih Penting Dari Gol

Alhamdulillah. Masih mampu main futsal umur 43 ni…

Kadang-kadang bukan sebab power lagi,

tapi sebab nak rasa hidup.

Bila budak-budak 20-an ajak main, on je.

Walaupun dalam hati risau,

“Esok bangun boleh jalan ke tidak ni?”

Tapi pelik…

Tiap kali kaki pijak court,

semangat terus hidup balik.

Bunyi kasut geser lantai, bunyi member duk panggil nama, bola duk tepuk kaki,

semua tu macam magic.

Jadi  lupa umur.

Lupa kerja.

Lupa stress.

Sampai la game habis.

Bila buka kasut,

Rasa malam ni kena makan panadol!

Baru ingat — umur bukan main-main.

Tapi nak terus main selagi boleh.

Sebab futsal ni bukan sekadar sukan.

Dia terapi.

Cara bersosial .

Dia tanda yang saya belum kalah dengan masa.

Umur 43?

Boleh main lagi.

Cuma sekarang, stretching tu wajib.

Dan ingat, jangan ligan sangat. Untuk kuar peluh je.

Share:

More Posts

CARA ELAKKAN SCIATICA KETIKA DUDUK LAMA

Kerja zaman sekarang dah tak perlu bergerak banyak ke sana sini. Cukup duduk depan komputer saja pun macam-macam kerja dah boleh siap kan? Bak kata orang, zaman dah moden Satu kajian daripada National Health and Nutrition Examination Survey telah mendapati sebanyak 70% orang luangkan masa mereka sebanyak 6 jam atau

Read More »

Sakit belakang tiap kali selepas angkat berat?

Seorang klien datang dengan aduan sakit belakang yang berlarutan sejak 5 tahun lalu. Katanya, setiap kali balik kerja, mesti rasa sakit yang teramat — terutama di bahagian belakang peha dan pinggang. Bila ditanya kerja apa, rupanya beliau bekerja sebagai tukang rumah. Tak hairanlah — kerja berat, angkat barang setiap hari.

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.