“Otot Piriformis, Saraf Sciatic & Slipped Disc – Jom kenali mereka”
Kat komen nanti ada gambar mereka.
Ramai yang keliru bila doktor atau fisioterapis sebut istilah:
• Otot piriformis
• Saraf sciatic
• Slipped disc
Jom kita faham satu-satu.
⸻
1. Apa itu otot?
Otot adalah tisu yang bantu kita bergerak—ada lebih 600 otot dalam badan.
Ada yang besar macam otot peha, dan ada yang kecil tapi sangat penting macam otot piriformis.
⸻
2. Apa itu otot piriformis?
Ia otot kecil yang terletak jauh di dalam punggung.
Fungsi utamanya?
Bantu putarkan kaki keluar (contoh: bila anda duduk bersilang kaki).
Tapi bila otot ni tegang, ia boleh tekan saraf sciatica dan sebabkan sakit menjalar dari punggung ke kaki.
⸻
3. Apa itu saraf sciatic?
Ini saraf paling panjang dalam badan kita bermula dari bahagian bawah tulang belakang, turun ke punggung, paha, betis hingga ke kaki.
Bila ia terhimpit, sakit yang dialami dikenali sebagai “Sciatica”
⸻
4. Apa itu Slipped Disc?
Slipped disc berlaku bila cakera (disc) antara tulang belakang terubah sifatnya dan tekan saraf, dan juga struktur sekeliling. Kadang kadang disk to sendiri yang “sakit”
Tapi… bukan semua sakit sciatica disebabkan slipped disc.
Kadang-kadang, otot piriformis yang bersalah.
⸻
Pentingnya Diagnosis yang Tepat
Sebab itu penilaian fizikal sebelum mulakan rawatan itu sangat penting dan bernilai.
Setiap kes berbeza. Dan rawatan pun tak boleh ikut “agak-agak”.
⸻
Ada rasa sakit dari punggung ke kaki?
Boleh jadi bukan slipped disc, tapi otot piriformis yang terlalu tegang.
Jangan biar berpanjangan. Dapatkan Free Consultation di sini: