Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan. Bagi yang dah biasa di hospital mesti dah tahu tentang skala tu.
Kenapa penting ya skala ni untuk mereka yang ada masalah yang berkaitan? Jom kita terangkan di bawah kegunaan dan cara guna:
Kegunaan skala kesihatan:
1. Mengukur kadar asal kesakitan.
2. Mengetahui kadar keberkesanan rawatan.
3. Membantu dapatkan rawatan yang tepat.
4. Membantu dalam menentukan dosage latihan yang perlu pesakit lakukan.
Untuk pengetahuan semua, skala kesakitan ini penting, dan sudah diambil kira sebagai salah satu daripada VITAL SIGNS utama (Tekanan darah, kadar denyutan jantung, pernafasan dan suhu badan) berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. “Pain as the 5th Vital Signs”
Sebagai pesakit, memang hak kita untuk ceritakan secara terperinci tentang sakit yang kita alami. Penting ya.