Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan. Semalam kita dapat pencerahan mengenai otot, saraf, ligaments dan tendon… Hari kita bercerita mengenai sendi.
Apakah fungsi sendi tu? Di manakah terletaknya? Apakah ia? Jom kita lihat dibawah.
Tuan-tuan tahu tak dalam badan manusia ada 360 sendi
Fungsi sendi/tulang rawan:
1. Menjadi shock absorber.
2. Memberi kelancaran dalam pergerakan.
3. Menjaga tulang daripada bergesel sewaktu pergerakan berlaku.
Sendi kita perlu dijaga dari awal kerana lama-kelamaan ia akan haus. Cara untuk menjaga sendi adalah dengan menguatkan otot-otot disekelilingnya supaya otot-otot dapat melindungi sendi kita dari tekanan, kecederaan dan lain-lain.
Masalah sendi yang paling kita ketahui adalah Osteoarthritis bahagian lutut atau orang kita panggil “kurang grease/minyak”. Ada betulnya juga sebab dalam perubatan, grease atau minyak dalam sendi adalah cecair “Synovial”.
Keadaan ni boleh berlaku apabila sendi seseorang dah rosak dimamah usia kerana tak cukup perlindungan dari otot-otot sekeliling.
Ayuh semua kami bantu hindarkan sakit sendi ni. Baik mencegah sebelum terlambat. Dan bagi yang sudah ada sakit-sakit sendi, jom kami bantu kurangkan simptom-simptom anda.
