Frozen Shoulder

Sakit Bahu, Susah Tidur & Kebas Jari?

Jangan Abaikan!

Sekiranya anda sering mengalami sakit berpanjangan di bahagian bahu, sehingga sukar tidur lena, atau kerap:

  • Sakit kepala & tengkuk

  • Lenguh tangan

  • Kebas di jari-jari

  • Pergerakan bahu terhad

…anda tidak boleh biarkan simptom ini berterusan tanpa rawatan.

Apa Itu Frozen Shoulder?

Frozen Shoulder atau Adhesive Capsulitis ialah satu keadaan di mana pergerakan bahu menjadi semakin terbatas dan sakit semakin ketara, terutama ketika cuba mengangkat tangan.
Keadaan ini berlaku apabila tisu lembut di sekitar sendi bahu mengalami keradangan, menjadi tebal, dan tegang — sehingga menyekat ruang dan pergerakan sendi.

Tanda-Tanda Umum:

✅ Sukar angkat tangan ke atas
✅ Sakit ketika menggerakkan bahu
✅ Pergerakan terhad, terutama bila nak pakai baju, sikat rambut
✅ Kebas atau rasa berat pada tangan

“Boleh sembuh ke?”

Insya-Allah boleh.
Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk membantu pemulihan Frozen Shoulder, antaranya:

Rawatan Perubatan:

🔹 Suntikan Steroid – Membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Namun, tidak sesuai untuk pesakit dengan sistem imun lemah atau penyakit kronik tertentu.

🔹 Pembedahan (jika tahap serius) – Seperti kaedah manipulasi atau arthroskopi bagi melegakan sendi.

Rawatan Fisioterapi (Pilihan Utama):

Di GT Physio, kami percaya rawatan fizikal yang konsisten dan berstruktur adalah kunci untuk pemulihan.

✅ Senaman Regangan Khusus – Bantu tingkatkan julat pergerakan.
✅ Latihan Di Rumah – Terapis akan ajar langkah-langkah yang boleh dibuat sendiri agar anda terus progres di luar sesi rawatan.

Ingat! Rawatan awal sangat penting. Lebih lama anda biarkan, lebih ketat sendi bahu, dan lebih sukar untuk kembali seperti biasa.

GT Physio

Share:

More Posts

CARA ELAKKAN SCIATICA KETIKA DUDUK LAMA

Kerja zaman sekarang dah tak perlu bergerak banyak ke sana sini. Cukup duduk depan komputer saja pun macam-macam kerja dah boleh siap kan? Bak kata orang, zaman dah moden Satu kajian daripada National Health and Nutrition Examination Survey telah mendapati sebanyak 70% orang luangkan masa mereka sebanyak 6 jam atau

Read More »

Sakit belakang tiap kali selepas angkat berat?

Seorang klien datang dengan aduan sakit belakang yang berlarutan sejak 5 tahun lalu. Katanya, setiap kali balik kerja, mesti rasa sakit yang teramat — terutama di bahagian belakang peha dan pinggang. Bila ditanya kerja apa, rupanya beliau bekerja sebagai tukang rumah. Tak hairanlah — kerja berat, angkat barang setiap hari.

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.