Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS)
Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS) ITBFS berlaku apabila keradangan tercetus pada bahagian tepi tulang peha (lateral femoral condyle) akibat tekanan yang berlebihan dan berterusan secara berulang. Keadaan ini lazimnya dialami oleh pelari, penunggang basikal (cyclist), atau atlet (Levine, 2010). Punca-Punca ITB Syndrome 1. Ketidakseimbangan Otot Hip Flexor Kefungsian otot iliopsoas yang lemah menyebabkan otot tensor fascia latae (TFL) mengambil alih fungsinya.Keadaan ini merupakan salah satu strategi kompensasi tubuh untuk memastikan pergerakan peha dapat diteruskan dengan lancar. Dalam jangka masa panjang, otot TFL akan menjadi lebih pendek (hypertonic). Memandangkan iliotibial band (ITB) terbentuk daripada cantuman (insertion) TFL, sebarang perubahan pada TFL akan memberi kesan langsung kepada ITB. Penggunaan ITB yang berlebihan (overuse) akan meningkatkan tekanan pada struktur ini. Lama-kelamaan, keradangan (inflammation) akan berlaku dan kesakitan mula dirasai. 2. Dynamic Knee Valgus Keadaan ini berlaku apabila terdapat putaran ke dalam (internal rotation) pada tulang peha (femur) dan betis (tibia). Putaran pada femur dan tibia menyebabkan ketegangan (tension) pada ITB meningkat (Noehren et al., 2007). Jika dibiarkan berterusan, tekanan ini akan mencetuskan keradangan pada ITB. 3. Contralateral Pelvic Drop / Hip Drop Keadaan ini berlaku semasa fasa “stance phase” dalam larian, apabila individu berdiri di atas sebelah kaki. Pinggul pada kaki bertentangan (non-stance leg) akan kelihatan jatuh (pelvic drop). Situasi ini menyebabkan ITB memanjang dan meningkatkan tekanan ke atasnya. Jika tidak diperbetulkan, keradangan atau kecederaan pada ITB boleh berlaku. Pelvic drop biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan otot-otot yang terlibat dalam kestabilan pelvis. Antara otot yang berkemungkinan terlibat termasuk gluteus medius, quadratus lumborum, dan external oblique.
TENNIS ELBOW ATAU SAKIT SIKU
Kes Sakit Siku – Kemungkinan Berkait Dengan Posisi Tulang Kipas Sakit Siku & Posisi Tulang Kipas: Punca Tersembunyi Yang Ramai Tak Perasan | GT Physio Ramai orang menganggap sakit siku sebagai masalah kecil — hanya otot lenguh atau kesan penggunaan tangan yang berlebihan. Namun, dalam banyak kes, sakit siku sebenarnya boleh berpunca daripada masalah yang tidak disangka, iaitu kedudukan tulang kipas (scapula). Struktur bahu memainkan peranan penting dalam kestabilan lengan, dan apabila tulang kipas tidak berada dalam posisi optimum, tekanan pada siku meningkat tanpa kita sedari. Dalam kes klinikal di GT Physio ini, simptom klien menunjukkan kaitan jelas antara scapular dyskinesis dan sakit siku. Artikel ini akan menghuraikan bagaimana masalah bahu boleh menyebabkan kesakitan di siku, serta pendekatan rawatan yang berkesan. 📌 Kes Klinikal: Sakit Siku Bahagian Luar, Ganggu Tidur & Kerja Harian Minggu lalu, seorang klien datang ke GT Physio dengan aduan sakit pada bahagian luar (lateral) siku. Beliau bekerja sebagai pemandu lori besar. Setiap hari, beliau perlu mengawal stereng yang berat dan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak pada tangan dan lengan. Pada hari-hari tertentu, selepas memandu untuk tempoh yang panjang: muncul rasa sakit berdenyut-denyut pada siku, kesakitan menjadi lebih teruk waktu malam, beliau sukar tidur, ubat tahan sakit mula tidak memberikan kesan. Masalah ini bukan sahaja mengganggu tidur, tetapi juga menjejaskan prestasi kerja beliau setiap hari. Menurut literatur, keradangan atau kecederaan pada tisu lembut di kawasan siku — termasuk otot, tendon, dan ligamen — lazim berlaku akibat penggunaan berlebihan secara berulang (Winston & Wolf, 2015). Namun dalam kes ini, ada sesuatu yang lebih menarik. 📌 Pemeriksaan Klinikal: Pergerakan Siku Tidak Sakit, Tetapi… Dalam pemeriksaan fizikal: Apabila kami menekan (palpate) bahagian luar siku, terdapat rasa sakit. Namun ketika melakukan bengkok (flexion) atau luruskan (extension) siku, tiada kesakitan. Kesakitan hanya timbul ketika melakukan pergerakan supination dan pronation — seperti membuka tombol pintu. Ini adalah petunjuk bahawa otot tertentu terlibat, namun bukan sendi siku semata-mata. Lalu sesuatu yang sangat penting berlaku dalam sesi tersebut. 📌 Penemuan Utama: Bila Posisi Tulang Kipas Dibetulkan, Sakit Siku Berkurang Kami melakukan scapular repositioning, iaitu teknik membetulkan kedudukan tulang kipas bahu agar berada dalam keadaan optimum. Selepas itu, kami mengulangi pergerakan membuka tombol pintu. Hasilnya? 👉 Kesakitan pada siku berkurang dengan ketara. Ini adalah petunjuk jelas bahawa scapular dyskinesis (posisi tulang kipas tidak seimbang) mungkin menjadi punca utama masalah. Dengan kata lain, siku hanya menjadi mangsa keadaan, sementara bahu adalah sumber masalah sebenar. 📌 Hubungan Bahu & Siku: Kenapa Posisi Tulang Kipas Sangat Penting? Ramai tidak sedar bahawa siku sangat bergantung kepada: stabiliti bahu, posisi tulang kipas, aktivasi otot sekitar scapula. Jika bahu tidak memberikan sokongan yang baik, tekanan pada lengan bawah dan siku meningkat. Dalam kes ini, posisi tulang kipas yang tidak stabil menyebabkan otot tertentu bekerja lebih keras untuk mengimbangi pergerakan tangan — lalu menyebabkan keradangan dan kesakitan di kawasan siku. Dalam banyak kes lain, masalah seperti “tennis elbow” juga boleh dipengaruhi oleh scapular dyskinesis. 📌 Rumusan Awal & Pendekatan Rawatan GT Physio Berdasarkan simptom dan respon terhadap intervensi, terdapat kemungkinan wujud kecederaan atau keradangan tisu lembut di siku. Namun rawatan tidak boleh berhenti di situ sahaja. Kami menasihatkan klien untuk: ✔ 1. Mengambil ubat tahan sakit sementara waktu Untuk mengurangkan keradangan awal. ✔ 2. Mengubahsuai aktiviti harian Terutama aktiviti yang menggunakan tangan secara intensif seperti memandu lori. ✔ 3. Memberikan masa untuk tisu sembuh Tanpa pemulihan, beban pada siku akan berulang. 📌 Fokus Rawatan: Betulkan Tulang Kipas, Lindungi Siku Fokus utama rawatan pada hari tersebut adalah memastikan posisi tulang kipas berada dalam keadaan stabil. Ini membantu mengurangkan tekanan pada siku ketika melakukan aktiviti. Untuk melegakan tiga otot yang tegang (“otot nakal”): Levator scapulae Pectoralis minor Rhomboid Untuk mengaktifkan tiga otot yang lemah (“otot tidur”): Upper trapezius Lower trapezius Serratus anterior Apabila otot-otot ini kembali berfungsi secara seimbang, beban pada siku akan berkurang dan risiko kecederaan berulang menjadi lebih rendah. Kami juga menasihatkan klien supaya menjaga posisi tulang kipas semasa memandu, kerana itu ialah aktiviti yang paling banyak menyebabkan simptom muncul. 📌 Kesimpulan: Siku Bukan Masalah Utama — Bahu Adalah Punca Sebenar Kes sakit siku seperti ini bukan sekadar isu pada tendon atau otot di kawasan siku sahaja. Banyak kali, siku menjadi mangsa kerana punca sebenar berada di bahagian bahu, khususnya apabila wujud scapular dyskinesis. Jika rawatan hanya fokus pada tempat yang sakit tanpa membetulkan punca biomekanikal, kesakitan akan berulang. Ini dipanggil pendekatan “band-aid”, iaitu menutup simptom tanpa menyelesaikan masalah akar. Di GT Physio, kami melihat badan sebagai satu unit. Apabila semua struktur bergerak selari, kesakitan dapat dikurangkan dengan lebih cepat dan risiko kecederaan berulang dapat diminimakan.
Postur Ibu Jari Kaki Yang Salah Boleh Cetuskan Kecederaan Lutut. IBU JARI DAN KECEDERAAN PADA KAKI
Big Toe Valgus & Risiko Sakit Lutut: Bagaimana Ibu Jari Kaki Anda Boleh Cetuskan Kecederaan | GT Physio Ramai tidak menyedari bahawa ibu jari kaki memainkan peranan besar dalam kestabilan dan kesihatan keseluruhan tubuh, terutamanya pada bahagian lutut. Walaupun saiznya kecil, ibu jari adalah komponen biomekanikal yang sangat penting ketika kita berjalan, berlari, melompat atau berdiri statik. Artikel ini menerangkan bagaimana postur ibu jari yang tidak tepat, seperti big toe valgus, boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan lutut — serta cara mengawalnya dengan rawatan yang betul. 📌 Fungsi Asas Kaki: Sokongan Kestabilan Seluruh Badan Fungsi utama kaki adalah untuk menyokong, menyerap tekanan dan mengawal penyebaran berat badan (Rolian et al., 2009). Setiap kali kita berdiri atau bergerak, seluruh berat badan akan disalurkan ke tapak kaki terlebih dahulu. Menurut prinsip fizik, lebih besar luas permukaan yang menyentuh lantai, lebih stabil sesuatu struktur. Konsep ini juga terpakai pada kaki manusia. Apabila bahagian tertentu tidak mencecah lantai atau tidak “aktif”, kestabilan badan akan terganggu. Di sinilah peranan ibu jari kaki menjadi sangat penting. 📌 Big Toe, Big Consequences — Kesan Big Toe Valgus Pada Kestabilan Big toe valgus ialah keadaan di mana ibu jari kaki membengkok ke arah jari kaki lain. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam ibu jari tidak menyentuh lantai seperti sepatutnya. Walaupun kelihatan seperti isu kecil, sebenarnya ia memberi impak besar kepada cara kita menyebarkan berat badan. Apabila ibu jari tidak berada dalam direct contact dan engaged dengan lantai: Jika keadaan ini dibiarkan, tekanan berlebihan berpotensi menyebabkan: Big toe valgus bukan sekadar “masalah rupa bentuk kaki”. Ia adalah isu biomekanikal yang boleh mempengaruhi sendi lebih atas seperti pergelangan kaki, lutut, pinggul dan pinggang. 📌 Ibu Jari Kaki Perlu Aktif: Kenapa Kontakt Dengan Lantai Sangat Penting? Ketika berjalan, ibu jari bertindak sebagai tuas utama (primary lever) untuk: Jika ibu jari tidak engage, beberapa masalah biomekanikal akan timbul: ✔ 1. Kestabilan badan terjejas Tanpa ibu jari, kaki tidak dapat “mengunci” diri ketika melangkah. ✔ 2. Tekanan pada tapak kaki meningkat Permukaan kaki yang menerima beban menjadi lebih kecil. ✔ 3. Risiko kecederaan lutut bertambah Lutut akan cuba mengimbangi pergerakan kaki yang tidak stabil (Willems et al., 2005). Keadaan ini juga boleh menyebabkan pola berjalan yang pelik, seperti: 📌 Punca Utama Big Toe Valgus: Kasut Yang Sempit & Tidak Sesuai Ramai tidak sedar bahawa salah satu punca terbesar big toe valgus ialah kasut yang sempit di bahagian depan (toe box). Apabila kasut menekan jari kaki, ibu jari akan: Punca lain termasuk: Apabila ibu jari tertekan setiap hari, biomekanik kaki berubah perlahan-lahan tanpa disedari — sehingga muncul kecederaan pada kaki dan lutut. 📌 Bagaimana Big Toe Valgus Menjejaskan Lutut? Lutut berfungsi sebagai “penyambung” antara kaki dan pinggul. Bila kaki hilang kestabilan, lutut terpaksa bekerja lebih keras untuk menjaga keseimbangan. Apa yang berlaku apabila ibu jari tidak aktif: Ini menyebabkan tekanan berulang pada struktur lutut seperti: Dalam jangka masa panjang, risiko masalah lutut seperti: 📌 Kesimpulan: Ibu Jari Kecil, Tapi Pengaruhnya Sangat Besar Ibu jari kaki yang kelihatan kecil sebenarnya memainkan peranan besar dalam kestabilan badan dan kesihatan lutut. Big toe valgus bukan sekadar masalah kosmetik, tetapi satu keadaan biomekanikal yang boleh mencetuskan tekanan berlebihan pada kaki dan lutut. Untuk mencegah kecederaan: Jagalah keharmonian ibu jari kaki anda.Kecil, tapi sangat berpengaruh. “Big Toes, Big Consequences.”
Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya
Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca yang lebih spesifik — dan berpotensi dirawat jika dikenal pasti awal. Salah satu punca paling biasa bagi sakit di bahagian dalam lutut ialah Pes Anserine Bursitis. Keadaan ini sering berlaku kepada wanita, warga emas, individu yang aktif bersukan, atau mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Artikel ini menerangkan secara terperinci apa itu Pes Anserine Bursitis, punca, simptom, serta mengapa ia menyebabkan rasa sakit ketika bangun duduk atau naik tangga. 📌 Apa Itu Bursa? “Kusyen” Kecil Yang Melindungi Sendi Untuk memahami masalah Pes Anserine Bursitis, kita perlu kenal dulu apa itu bursa. Bursa ialah satu kantung kecil berisi cecair yang berfungsi sebagai: pelincir, penyerap tekanan, dan pengurang geseran antara tulang dan tendon. Setiap kali kita menggerakkan sendi, bursa bekerja untuk mengelakkan tisu daripada bergesel dan meradang. 📌 Apa Itu Pes Anserine Bursa & Di Mana Lokasinya? Pes Anserine Bursa terletak di bahagian dalam lutut (medial knee) — tepat di kawasan tempat tiga tendon utama melekat pada tulang tibia: Semitendinosus Sartorius Gracilis Gabungan tiga tendon ini dikenali sebagai pes anserinus, yang dalam bahasa Latin bermaksud “kaki angsa”, kerana bentuknya menyerupai kaki burung. Bursa ini berada di bawah ketiga-tiga tendon tersebut dan berfungsi untuk mengurangkan geseran setiap kali lutut membengkok dan melurus. 📌 Apa Berlaku Ketika Pes Anserine Bursa Meradang? Apabila bursa ini mengalami keradangan, ia dikenali sebagai Pes Anserine Bursitis. Keradangan ini menyebabkan: kawasan menjadi sensitif, tekanan kecil pun terasa sakit, dan pergerakan tertentu mencetuskan ketidakselesaan tajam. Biasanya pesakit akan mengadu: sakit pada bahagian tepi dalam lutut, sakit bertambah bila bangun dari duduk, sakit ketika naik tangga, tidak selesa bila duduk bersila lama-lama, ada rasa bengkak atau tegang pada bahagian berkenaan. Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian dan menyebabkan tubuh memberi beban tambahan pada sendi lain untuk mengimbangi pergerakan. 📌 Kenapa Pes Anserine Bursitis Berlaku? Punca-Punca Utama Beberapa faktor boleh mencetuskan keradangan pada Pes Anserine Bursa: 1. Trauma atau hentakan pada bahagian dalam lutut Contohnya terlanggar objek keras, jatuh, atau hentakan ketika bersukan. 2. Obesiti Berat badan berlebihan meningkatkan tekanan pada lutut setiap kali berjalan atau menaiki tangga. 3. Overuse (penggunaan berlebihan) Aktiviti berulang seperti: berlari, naik turun tangga, sukan raket seperti badminton / squash, atau kerja yang memerlukan banyak berdiri. 4. Osteoarthritis (OA) pada bahagian dalam lutut OA mengubah cara lutut bergerak, lalu meningkatkan geseran pada bursa. 5. Faktor biomekanikal Seperti kaki rata (flat feet), bentuk kaki valgus, atau kelemahan otot peha dan pinggul. 6. Wanita lebih berisiko Disebabkan: bentuk pelvis yang lebih lebar, sudut lutut yang lebih besar (Q-angle), tekanan yang tertumpu pada bahagian pes anserine. 📌 Kenapa Sakit Bila Bangun Duduk, Naik Tangga atau Duduk Bersila? Pergerakan seperti bangun duduk dan naik tangga memerlukan lutut: menampung berat badan, membengkok dengan sudut besar, dan menggerakkan tendon-tendon di kawasan pes anserine. Ketika tendon bergerak di atas bursa yang meradang, geseran berlaku — menyebabkan rasa sakit menusuk pada bahagian tepi dalam lutut. Selain itu, duduk bersila lama-lama memampatkan kawasan yang sama, menyebabkan bursa menjadi semakin sensitif bila digerakkan semula. 📌 Bila Perlu Dapatkan Bantuan Fisioterapi? Jika sakit berlarutan lebih daripada beberapa hari atau semakin mengganggu kehidupan harian, rawatan fisioterapi boleh membantu: mengurangkan keradangan, membetulkan biomekanik pergerakan, menguatkan otot yang lemah, dan mengelakkan masalah daripada berulang. Terutamanya jika punca melibatkan: faktor postur, teknik berjalan, otot pinggul yang lemah, atau kaki rata (flat feet). 📌 Kesimpulan Sakit lutut di bahagian tepi dalam setiap kali bangun duduk, menaiki tangga atau duduk bersila bukan sekadar “sakit biasa”. Ia mungkin tanda keradangan pada Pes Anserine Bursa. Dengan memahami punca dan fungsinya, rawatan boleh dirancang dengan lebih tepat untuk mengurangkan sakit dan meningkatkan fungsi lutut. Jika sakit berterusan, jangan tunggu. Penilaian awal boleh membantu mengelakkan masalah daripada menjadi lebih serius.
Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”
OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya lumbar spine (bahagian bawah belakang)? Apabila kita duduk terlalu lama tanpa bergerak: Tulang belakang menanggung beban statik secara berterusan Ini menyebabkan ketegangan otot (muscle spasm) dan hyperexcitability Lama-kelamaan, boleh menyebabkan pengumpulan metabolit yang menyumbang kepada: Disc degeneration Disc herniation (slip disc) Tulang lumbar secara semula jadi mempunyai lekuk ke dalam yang dikenali sebagai lordosis.Lekukan ini berfungsi seperti spring penyerap beban (load absorber) — membantu mengurangkan tekanan antara cakera (disc) dan mengekalkan keseimbangan biomekanikal tubuh. Tanpa sokongan lekuk ini, tekanan akan terkumpul pada disc… dan dari situlah masalah mula timbul. Apa Solusi Mudah? ✅ Guna lumbar supportGunakan sokongan lumbar pada kerusi kerja untuk bantu kekalkan bentuk semula jadi tulang belakang ketika duduk. ✅ Tukar posisi setiap 30 minitAmalkan “sit-stand routine”: Duduk 30 minit, berdiri 30 minit.Langkah ini bantu elak beban statik terlalu lama pada tulang belakang. ⚠️ Duduk Lama Juga Boleh Sebabkan Slip Disc? Ya, selalu kita dengar — “kalau ada slip disc, mesti sebab angkat berat.” Tapi sebenarnya, duduk terlalu lama pun boleh jadi pencetus slip disc, terutamanya jenis yang disebabkan oleh aktiviti harian (functional slip disc) — bukan trauma atau kecederaan besar. 🧘 Apa Yang Boleh Dilakukan? Kalau anda rasa: Sakit belakang makin kerap Rasa mencucuk atau kebas bila duduk terlalu lama 👉 Jangan panik.Jika belum sampai tahap 24 jam kesakitan berterusan, anda mungkin masih boleh pulih hanya dengan: Senaman khusus untuk lumbar Ubah posisi kerja Perbaiki postur dan tabiat duduk InshaAllah, dengan tindakan awal dan konsisten, masalah slip disc boleh dikawal tanpa perlu rawatan invasif. 💬 Ringkasan “Slip disc bukan hanya sebab angkat berat. Duduk pun boleh jadi punca.”Tulang belakang kita dicipta untuk bergerak, bukan statik. Jaga lumbar, jaga masa depan.
Rindu Nak Tengok Mak Sihat, Masak & Ke Masjid – Usaha Anak-Anak Tak Sia-Sia
Smlm dapat client sakit lutut. Dah setahun lebih sakit. Katanya tiba tiba je sakit. Bangun pagi tu, xboleh jalan, sakit di lutut. Hampir 3 bulan terpaksa pakai kerusi roda. Lepas 3 bulan, alhamdulillah dah boleh jalan sendiri. Tpi cara jalan jadi pelik. Kalau nk ikut mak. Mmg mak xpergi buat rawatan. Takut katanya. Anak anak la yg ikhtiar macam macam. Nak bgi mak selesa. Jalan macam dulu balik. Anak anak la yg ikhtiar macam macam. Nak bgi mak selesa. Jalan macam dulu balik. Rindu nak tengok Mak Sihat Target nak bawak mak pergi solat terawih kat masjid Katanya sbb rindu nk tgk mak sihat. Pegi masjid, masak untuk anak cucu. Lagi lagi skrg dh dekat bulan Ramadan. Targetnya nk bawak mak pegi solat terawih sekali dekat masjid. Tu yg ikhtiar jgk cari untuk rawat mak. Ubat dah mcm mcm makan. Minyak pun dah macam macam sapu. Cuma dari segi fizikal mcm ni mak belum try. Anak anak cadang untuk try rawatan fizikal mcm ni pulak. Mak terpaksa membongkok masa jalan untuk kurangkan sakit pada lutut Bila kami buat penilaian fizikal, mmg ada issue pada lutut mak. Kaki dah pun dah mula sembab. Nak jalan pun susah. Sbb mobiliti sendi buku lali dah terganggu dek kerana sembab Mungkin otot betis kurang aktif. Cecair jadi bnyk berkumpul di kaki (water retention). Ada kemungkinan kekurangan mobiliti sendi buku lali yg menyebabkan tekanan pada lutut mak bertambah. Mak terpaksa membongkok masa jalan untuk kurangkan sakit pada lutut. Jadi hritu kami pilih untuk legakan otot betis mak, ajar senaman mobiliti buku lali. Untuk aktifkan otot betis. Bila kami ukur balik ukur lilit buku lali, ada perbezaan. Beza 3 cm berbanding tdi. Bila suruh mak jalan, mak dh xperlu bongkok. Sakit pada lutut masih bersisa, tpi dah boleh jalan elok. X perlu bongkok mcm tdi. Buku lali pun rsa ringan je bila jalan. Alhamdulillah InsyaAllah next session kita fokuskan otot di sekitar peha mak pulak ye.
Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya
Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang apabila badan disengetkan ke kanan.Kemungkinan besar, ini adalah strategi semula jadi tubuh untuk mengurangkan tekanan pada otot piriformis di bahagian pinggul kiri. Semasa pemeriksaan, apabila kami melakukan palpasi pada otot piriformis, terasa jelas keketatannya.Perbezaan ketara dapat dirasai antara bahagian kiri dan kanan. Kemungkinan besar, otot piriformis inilah yang menekan saraf sciatic, menyebabkan rasa panas yang menjalar semakin teruk setiap kali beliau duduk. Rancangan Rawatan Hari Ini Hari ini, kami fokus kepada dua perkara utama: Melegakan otot piriformis Membetulkan postur duduk klien Kedudukan pelvis yang kurang tepat semasa duduk menyebabkan berat badan tertumpu terus pada otot-otot kecil, termasuk piriformis. Kami juga mempertimbangkan kemungkinan tekanan pada disc di tulang belakang (rujuk Gambar 1) yang mungkin menyebabkan saraf sciatic tersepit. Menariknya, selepas kami betulkan postur duduk beliau, simptom menunjukkan pengurangan yang ketara.Ini menunjukkan bahawa perubahan kedudukan telah membantu mengurangkan tekanan pada disc dan juga pada otot piriformis itu sendiri. Menurut Amin et al. (2017), apabila kita duduk, cakera (disc) di tulang belakang perlu menampung tekanan sekitar 40% lebih tinggi berbanding posisi lain. Bayangkan jika anda duduk dalam tempoh yang panjang — berapa banyak tekanan yang perlu ditanggung oleh disc setiap hari? Kenapa Sakit Belakang Selalu Datang Balik? Inilah sebabnya simptom sering berulang-ulang. Selagi postur duduk tidak diperbetulkan, tekanan pada: Otot (seperti piriformis), dan Disc …akan terus berlaku secara berulang.Dua struktur inilah yang sering memberi tekanan kepada saraf sciatic, lalu menyebabkan gejala seperti kebas, sakit menjalar, atau rasa terbakar. Urutan Boleh Bantu… Tapi Sekadar Sementara Ya, urutan pada otot boleh memberi kelegaan — tapi ia hanyalah penyelesaian sementara.Selagi titik tekanan utama tidak dikenal pasti dan dibetulkan, simptom akan tetap berulang. Pentingnya Pemeriksaan Menyeluruh Inilah sebabnya kenapa pemeriksaan yang holistik sangat penting. 👉 Jangan hanya rawat tempat yang sakit.👉 Rawat punca sebenar masalah. “Treat the source, not just the symptoms.” .
CRAMP otot dekat kaki/ betis rasa tegang selepas aktiviti senaman, atau bersukan?
Sering berlaku pada paha, betis, tangan, lengan dan perut. CRAMP adalah kontraksi pada otot dengan sendiri dan tidak dapat dikawal. Andai berlaku di betis ia kita panggil ‘charley horses’. Andai cramp waktu malam ketika tidur atau rehat anda mungkin alami ‘nocturnal leg cramp’. So, apa nak buat? KURANGKAN SAKIT KEKEJANGAN OTOT DENGAN URUTAN Percaya tak kalau saya kata hanya dengan urutan dan regangan dapat kurangkan sakit kekejangan otot? Urutan dan regangan beri kesan relaksasi pada otot. Ia sangat membantu dan melegakan! Amalan mengurut dan peregangan otot secara berkala mampu elakkan otot cramp. Lakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Cramp mungkin dapat dielakkan.
Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata
Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata Harini dapat seorang pelanggan yang lutut baru 1 hari Sakit lutut terjadi apabila nak straight kaki bila berjalan tu dengar bunyi ‘kakh’ di lutut belah kiri Jadi beliau terpaksa berjalan dgn luruskan lutut bagi mengurangkan sakit di lutut. Beliau datang dan inform, sakit lutut setiap kali bengkok lutut, sakit di bahagian depan lutut kiri (anterior part). Rasa sakit di waktu pagi dan mula berkurang pada waktu petang Jadi? Movement Technology Assessment Kami lakukan pemeriksaan fizikal di lutut menggunakan Movement technology Assessment (MAT): Julat pergerakan di sendi buku lali kiri kurang (7cm) berbanding kanan dan terasa sakit di bahagian lutut tu bila dibengkokkan Kami redakan (easing) sakit di bahagian lutut dengan cara support di bahagian tempurung lutut (patella), dan sakit berkurangan Apabila putarkan tulang tibia ke dalam, sakit juga berkurang Bila dilihat secara kasar. Alhamdulillah pesakit tiada kesan bengkak atau warmness di lutut Rawatan? Antara rawatan yang diberikan sesuai dengan keadaan semasa beliau, ialah: 1) Urutan di bahagian vastus lateralis, peroneal muscle dan gastrocnemius 2) senaman utk aktifkan semula otot yang kurang bekerja: VMO activation dan stretching gastrocnemius Kesan Selepas Rawatan? Tahniah, beliau berjaya capai julat pergerakan normal: 10cm daripada 7cm Simptom pun berkurangan, dah boleh berjalan dgn bengkokkan lutut Kenapa? Kajian menunjukkan bahawa, pergerakan buku lali yang kurang akan mengurangkan pergerakan optimum tulang tibia ke depan di atas buku lali, justeru akan menyebabkan perubahan apabila kita berjalan dan lutut akan menampung beban yang sepatutnya dikongsi bersama dgn buku lali Sakit lutut juga akan terhasil, akibat daripada kurangnya fleksibiliti gastrocnemius
SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID?
Makcik datang dengan aduan rasa berat pada sendi paha. Nak berjalan seperti biasa pun sudah tidak larat. Masjid hanya di seberang jalan dari rumah,tapi sebelum sempat sampai — kaki dah mula lenguh.Terpaksa berhenti, duduk sekejap, barulah boleh sambung berjalan. Bila terapis kami buat penilaian menggunakan THE MAT™, memang jelas ada isu pada sendi pinggul (hip joint). Pergerakan aktif (makcik gerakkan sendiri): Terhad Pergerakan pasif (terapis bantu gerakkan): Julat penuh boleh dicapai! Ini tanda bahawa otot yang tegang atau overactive mungkin jadi punca pergerakan terhad. SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID? Alhamdulillah, sesi kedua semalam berjalan lancar sambil rancak berbual dengan makcik. Dengan senyum lebar, beliau berkongsi: “Makcik dah boleh pergi masjid dah lepas buat rawatan haritu.” Terapis mulakan sesi dengan: Melegakan otot paha — fokus pada TFL dan gluteus medius Lakukan hip traction Ajar beberapa senaman mobiliti paha Lepas satu sesi je, makcik dah dapat semula nikmat berjalan ke masjid tanpa rasa lenguh.Gembira bukan kepalang bila dapat solat berjemaah macam dulu!