Umur 43: Stretching Lebih Penting Dari Gol

Alhamdulillah. Masih mampu main futsal umur 43 ni…

Kadang-kadang bukan sebab power lagi,

tapi sebab nak rasa hidup.

Bila budak-budak 20-an ajak main, on je.

Walaupun dalam hati risau,

“Esok bangun boleh jalan ke tidak ni?”

Tapi pelik…

Tiap kali kaki pijak court,

semangat terus hidup balik.

Bunyi kasut geser lantai, bunyi member duk panggil nama, bola duk tepuk kaki,

semua tu macam magic.

Jadi  lupa umur.

Lupa kerja.

Lupa stress.

Sampai la game habis.

Bila buka kasut,

Rasa malam ni kena makan panadol!

Baru ingat — umur bukan main-main.

Tapi nak terus main selagi boleh.

Sebab futsal ni bukan sekadar sukan.

Dia terapi.

Cara bersosial .

Dia tanda yang saya belum kalah dengan masa.

Umur 43?

Boleh main lagi.

Cuma sekarang, stretching tu wajib.

Dan ingat, jangan ligan sangat. Untuk kuar peluh je.

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.