Smlm dapat client sakit lutut. Dah setahun lebih sakit.
Katanya tiba tiba je sakit. Bangun pagi tu, xboleh jalan, sakit di lutut. Hampir 3 bulan terpaksa pakai kerusi roda. Lepas 3 bulan, alhamdulillah dah boleh jalan sendiri. Tpi cara jalan jadi pelik. Kalau nk ikut mak. Mmg mak xpergi buat rawatan. Takut katanya. Anak anak la yg ikhtiar macam macam. Nak bgi mak selesa. Jalan macam dulu balik.
Anak anak la yg ikhtiar macam macam. Nak bgi mak selesa. Jalan macam dulu balik.
Rindu nak tengok Mak Sihat
Target nak bawak mak pergi solat terawih kat masjid Katanya sbb rindu nk tgk mak sihat. Pegi masjid, masak untuk anak cucu. Lagi lagi skrg dh dekat bulan Ramadan. Targetnya nk bawak mak pegi solat terawih sekali dekat masjid. Tu yg ikhtiar jgk cari untuk rawat mak. Ubat dah mcm mcm makan. Minyak pun dah macam macam sapu. Cuma dari segi fizikal mcm ni mak belum try. Anak anak cadang untuk try rawatan fizikal mcm ni pulak. Mak terpaksa membongkok masa jalan untuk kurangkan sakit pada lutut Bila kami buat penilaian fizikal, mmg ada issue pada lutut mak. Kaki dah pun dah mula sembab. Nak jalan pun susah. Sbb mobiliti sendi buku lali dah terganggu dek kerana sembab Mungkin otot betis kurang aktif. Cecair jadi bnyk berkumpul di kaki (water retention). Ada kemungkinan kekurangan mobiliti sendi buku lali yg menyebabkan tekanan pada lutut mak bertambah. Mak terpaksa membongkok masa jalan untuk kurangkan sakit pada lutut.
Jadi hritu kami pilih untuk legakan otot betis mak, ajar senaman mobiliti buku lali. Untuk aktifkan otot betis.
Bila kami ukur balik ukur lilit buku lali, ada perbezaan. Beza 3 cm berbanding tdi.
Bila suruh mak jalan, mak dh xperlu bongkok. Sakit pada lutut masih bersisa, tpi dah boleh jalan elok. X perlu bongkok mcm tdi.
Buku lali pun rsa ringan je bila jalan. Alhamdulillah
InsyaAllah next session kita fokuskan otot di sekitar peha mak pulak ye. 