Urutan, Senaman, Keyakinan – Tiga Asas Pulih & Kembali Aktif

“Ayah dalam pakej urutan, nanti dah abis kami akan hubungi semula”

Dalam proses pemulihan (rehab), urutan hanyalah salah satu daripada banyak elemen yang terlibat.

Tujuan urutan adalah untuk membantu mengurangkan ketegangan otot, melancarkan aliran darah, dan memberikan kelegaan sementara terhadap kesakitan. Namun, ia bukan rawatan “tunggal” yang cukup untuk memulihkan fungsi tubuh secara menyeluruh.

Rehabilitasi yang sebenar memerlukan gabungan pelbagai pendekatan yang saling melengkapi.

Selain urutan, satu komponen penting adalah senaman kekuatan. Ia membantu bina semula otot yang lemah akibat kecederaan atau kesakitan berpanjangan.

Tanpa kekuatan yang mencukupi, tubuh tidak mampu menyokong sendi dan postur dengan baik, yang boleh menyebabkan kecederaan berulang.

Seterusnya, kita juga perlukan senaman teraputik untuk membina kawalan pergerakan.

Kawalan ini sangat penting untuk memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan cara yang betul dan selamat, mengurangkan beban berlebihan pada kawasan yang terjejas. Ia membantu tubuh “belajar semula” pergerakkan yang efisien.

Akhir sekali, pemulihan tidak lengkap tanpa latihan kefungsian, iaitu latihan yang meniru pergerakan sebenar dalam kehidupan harian.

Latihan berjalan, duduk bangun, angkat barang, atau kembali bersukan, latihan ini memastikan tubuh kita bersedia untuk kembali aktif tanpa rasa takut atau gusar.

Kesimpulannya, rehab yang berkesan bukan hanya tentang rasa lega sementara. Ia adalah proses yang menyeluruh yang melibatkan kelegaan, penguatan, penguasaan pergerakan, dan akhirnya, keyakinan untuk kembali kepada rutin harian dengan selamat.

Maka sebab itulah, program pemulihan yang lengkap dan berstruktur adalah kunci kepada pemulihan jangka panjang dan berpanjangan.

Jangan tinggal latihan pergerakkan.

Share:

More Posts

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca

Read More »

Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”

OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.