“Sakit menjalar dari punggung ke kaki, Punca nya mungkin bukan Slipped Disc”
Ramai pesakit yang saya jumpa mengadu:
• Sakit mencucuk dari punggung ke kaki
• Rasa kebas di paha atau betis
• Sukar duduk lama atau memandu jauh
Selalunya mereka risau: “Adakah ini slipped disc?”
Tapi selepas pemeriksaan, rupanya bukan dari saraf tulang belakang tetapi dari tekanan otot piriformis ke atas saraf sciatic.
Apa itu Piriformis Syndrome?
Ia berlaku bila otot piriformis; yang terletak jauh di bahagian punggung yang menegang atau meradang, lalu menekan saraf sciatica yang terletak di antara otot priformis.
Tanda-tanda biasa:
• Sakit dalam punggung, bukan belakang pinggang
• Sakit menjalar ke bahagian belakang paha
• Bertambah sakit bila duduk lama atauasa nak bangun dari duduk yang lama
Bagaimana fisioterapi membantu?
Saya bantu anda dengan :
• Terapi manual untuk kurangkan ketegangan otot
• Senaman khusus untuk regangan dan penguatan otot
• pendidikan dan kesedaran berkaitan postur dan gaya hidup untuk elak simtom berulang
Kisah Benar:
Baru-baru ini, seorang cikgu datang dengan simptom seperti di atas. Beliau sangka slipped disc. Tapi setelah dinilai, puncanya adalah otot piriformis yang terlalu tegang, mungkin dari duduk terlalu lama dan kurang regangan.
Selepas 5 sesi terapi, kini beliau boleh kembali mengajar tanpa perlu tahan sakit bila duduk atau memandu.