Bila bersila lama lama, kaki mula rasa kebas. Rasa semut semut kat kaki.
Tu yang kena lunjurkan kaki. Tak pun tukar silang kaki. Dari kanan atas kiri, tukar kiri atas kanan. Jadi tak buleh duduk dia.
Ada tu kadang kadang kena tukar posisi duduk bersimpuh. Tak tahan lenguh dan kebas kaki.
Biasanya kes ni sebab mobilit sendi peha ada limitasi. Sendi peha tak cukup berputar ke luar. Tu yang otot punggung jadi tegang dan tekan saraf dan salur darah kat punggung.
Ini tak serius. Lepas tukar posisi atau bangun berjalan. Hilang la lenguh dan kebas tu. Macam semut tu dah turun dar kaki.
Yang perlu amik iktibar adalah simptom macam tu menandakan bahawa sendi peha kita dah kurang mobiliti nya.
Dapatkan semula mobiliti sendi sebab kajian menunjukkan kehilangan julat pergerakkan sendi peha akan tingkatkan risiko sakit belakang tau.
Ni nak dekat bulan Ramadhan. Nak kena kerap bersila. Dapatkan balik julat pergerakkan sendi peha awak tu. Baru best beribadat.
