Dari Lutut ke Punggung: Bila Otot ‘Backup’ Letih

“Antara Kopi, Sciatica dan Pembedahan Lutut”

Tadi, masa aku tengah lepak minum kopi panas di Waroeng Kopi Pojok 77,

telefon berbunyi.

Seorang kenalan call —

tanya tentang sakit yang menjalar dari punggung ke kaki,

macam mencucuk-cucuk bila duduk lama,

kadang-kadang sampai kebas.

Katanya, dia baru je lepas pembedahan lutut beberapa bulan lepas.

Ingatkan bila lutut dah operate, semua selesai.

Tapi sekarang, sakit lain pula datang.

Aku dengar baik-baik, dan aku tanya beberapa soalan.

Lepas sembang, aku suspek kuat:

Masalah sciatica — berpunca dari otot punggung (gluteal) yang lemah, dan piriformis yang terlalu kerja keras.

Mudah cerita macam ni:

Lepas pembedahan lutut, ramai orang jalan terhencut-hencut,

otot-otot sekitar punggung jadi makin lemah sebab kurang guna.

Gluteal ni penting — dia macam enjin yang stabilkan badan kita.

Bila otot utama ni lemah,

otot kecil macam piriformis pula terpaksa ambil alih kerja berat.

Masalahnya, piriformis ni kecil je — bila dia ‘overwork’,

dia jadi keras, ketat, dan akhirnya tekan saraf sciatic.

Sebab tu mula rasa:

• Sakit punggung menjalar ke kaki

• Kebas bila duduk lama

• Rasa mencucuk terutama bila bangun berdiri

Aku cakap dengan dia — ini biasa berlaku kalau rehab tak habis betul-betul lepas operation lutut.

Bukan salah dia pun.

Ramai tak sedar, bila fokus cuma pada lutut,

tempat lain yang ‘back up’ terabai.

Aku bagi dia beberapa cadangan asas:

kuatkan semula otot gluteal,

jangan lupa regangkan piriformis dengan teknik betul,

dan kalau berlarutan, kena buat assessment penuh.

Kalau kau yang baca ni pun ada rasa sakit menjalar dari punggung ke kaki,

lebih-lebih lagi lepas ada sejarah cedera atau operate,

besar kemungkinan ada kaitan yang sama.

Jangan tunggu sampai makin teruk.

Kalau nak, komen je “Saya” kat bawah,

atau DM terus — aku explain lebih detail apa boleh buat.

Kopi aku ni habis, takde sape nak belanja tambah.

tapi insyaAllah, sakit kamu ada jalan penyelesaiannya.

Sahar Sulaiman

Pawang Sciatica

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.