Percaya ( Belief)
Ini antara pencetus kepada sakit sendi , urat dan tulang.
Ada sensor kat situ yang berhubung terus dengan otak dan tulang belakang. Dan ada kenangan yang disimpan kat situ. Jika di ingatkan balik atau melalui situasi yang seakan sama, berkemungkinan sakit akan terasa walaupun tidak disakiti.
Jadi ini perlu ditukar. Di rawat secara berperingkat. Jika tidak, ia akan jadi kronik.
Susah nak rawat sebab ia ada dalam kotak kenangan. Kena bagi dia lalui pergerakkan/aktiviti yang dia percaya akan sakitinya, dan yakinkan dia bahawa aktiviti itu selamat dan tidak menyakitkan.
Perlu pantauan dari ahlinya. Biasanya ahli terapis fizikal yang mahir dalam pergerakkan dan teknik pembiasaan pergerakkan yang konfem selamat dan berfungsi.
Jadi, kepercayaan itu perlu. Tapi nak percaya kena yakin dengan program yang terapis sediakan. Pokoknya, kena cari terapis yang boleh dipercayai dulu.