7 Jam Dalam Kereta, Tapi Pinggang Tak Sakit — Ini Rahsianya

Baru sampai kuantan.

Gerak dari Rantau Panjang, Kelantan tadi jam 12 tengahari. 7 jam baru sampai Kuantan. Pasti pinggang rasa tak selesa. Ya lah duk lama.

Alhamdulillah. Dengan ilmu physio yang ada dan di praktis kan. Pinggang rasa nyaman je. Otot peha (Hamstrings) pun tak ketat.

Hanya perlu buat pergerakkan setiap 45minit. Jangan berada di posisi yang sama je. Perubahan posisi akan merubah titik tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang. Tu yang cepat lenguh dan sakit( bagi yang dah Ada masalah kronik).

Posisi yang biasa kena ubah adalah posisi tulang pelvik( pinggul). Dalam keadaan duduk, ia cenderung untuk melekuk ke bentuk huruf “C”. Posisi ini kalau Terlalu lama akan bagi tekanan pada otot, ligamen dan disc. Boleh hasil kan rasa sakit dan tak nyaman.

Ubah posisi “C” ke posisi “U”.

Lentikkan tulang pelvik ke depan. Pastikan tulang torasik statik( kekal dalam posisi asal). Fokus pada pergerakkan yang berlaku pada bahagian bawah tulang belakng( lumbar). Ulang 20 kali. Atau buat 2 minit. Bagi otot tu mula aktif dan dapat bekalan darah agar bisa kembali bekerja secara optima.

Amalkan. Sangat sesuai untuk pesakit slip disc dan sakit berkaitan tulang belakang.

Tapi tak semua orang boleh buat pergerakkan ini tau. Tak de kemahiran sebab lama dah tak buat. Ada yang dah jammed sendi tulang belakang. Kalau dah sampai tahap ni , meh sini kita restore tulang belakang anda Biar kembali aktif dan cergas.

Share:

More Posts

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca

Read More »

Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”

OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.