Macam mana nak ukur ketahanan jantung (HRR) ya?
Assalamu’alaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan. Heart rate reserve (HRR) adalah kadar ketahanan jantung kita. Nampak remeh tapi penting dan selalu diabaikan. Sebab tu ramai ada masalah jantung. Jom kami ajar cara mudah nak check. Matematik tambah tolak sahaja.
Peralatan yang diperlukan:
1. Pulse oximetre
2. Calculator
3.Kerusi
Caranya:
1.Duduk atas kerusi dalam keadaan rehat dan letak “Pulse Oximetre” pada jari.
2.Lihat kadar dengupan jantung pada “Pulse Oximetre” yang stabil (Kadar tak berubah) dan ingat nombor tersebut (contoh: 75 bpm) *Resting Heart Rate (RHR)
3.Menggunakan calculator, tekan [220 – (umur anda) = ?] dan ingat nombor tersebut *Heart Rate Max (HrMax).
4.Contoh: 220 – 45 = 175, Kemudian 175 – 75bpm (kadar degupan jantung sewaktu berehat) = 100HRR
HRR lagi tinggi, lagi bagus. Kalau rendah (kurang dari 85 HRR) bermakna ketahanan jantung kita kurang bagus dan berisiko untuk masalah jantung.
Tapi jangan risau semua ni boleh ditingkatkan dengan senaman yang spesifik. Jantung kita adalah antara aset terpenting dalam badan kita. Rosak jantung, semua penyakit akan bertegur sapa dengan kita. Na’udzubillah.
Jangan lupa untuk jaga diri kita, kerana dengan badan yang sihat, kita dapat berbakti dengan lebih untuk orang tersayang.
