Sakit Belakang Tiba-Tiba Masa Kemas Rumah – Apa Patut Buat?

Kami ada seorang pesakit mengadu sakit belakang yang teramat. Sakit datang masa susun barang dan kemas rumah untuk Aidilfitri tiba-tiba “tangkap”.

Sakitnya bukan kepalang sampai nak luruskan badan tak boleh dan kena papah. Terus pesakit hubungi terapis kami.

Setelah buat pemeriksaan, otot belakang pesakit akan jadi sakit apabila mengecut dalam semua pergerakan yang dibuatnya.

Pesakit terpaksa tidur dengan painkiller. Sakit sangat.

Pesakit ni dalam ‘acute phase’ Di mana kami perlu treat sakit yang dialami dan tak ganggu proses penyembuhan. Jadi terapis kami tentukan untuk kurangkan sakit sahaja hari tu.

Mengikut kajian dari Laumonier (2016), penyembuhan otot bermula 4-5 hari selepas kecederaan, dan akan sembuh sepenuhnya 3 – 4 minggu.

.

Jadi kami pesan, untuk control pergerakan. Kawal aktiviti:

1. Duduk lama ❌

2. Baring lama❌

3. Angkat barang berat❌

Senaman:

1.. Urutan (Soft tissue manipulation) pada otot peha depan & belakang ✅

2. Senaman pengecutan otot belakang (isometric contraction) ✅

3. Ubah posisi rehat setiap 30 minit✅

.

Alhamdulillah visit kedua, pesakit dah boleh rukuk dah. Cuma belum sepenuhnya.

Kemungkinan luka dalaman belum sembuh jadi amatlah perlu berjaga jaga. ☺️

RUJUKAN:

Laumonier T, Menetrey J. Muscle injuries and strategies for improving their repair. J Exp Orthop. 2016 Dec;3(1):15. doi: 10.1186/s40634-016-0051-7. Epub 2016 Jul 22. PMID: 27447481; PMCID: PMC4958098.

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.