Kenapa Bahu Boleh Angkat Masa Baring, Tapi Tidak Masa Berdiri?

Isnin lepas, Client ke GT Physio Kelantan dengan  masalah shoulder . Kes yang biasa kami rawat dengan berkesan.

Pemeriksaan

Secara aktif, Client boleh angkat bahu kanan sampai 45 degree je. Client komplen berat sangat. Tak sakit macam sebelum dah. Tapi tak mampu angkat penuh.

Bila tangan kiri tolong (secara assisted), boleh angkat penuh. Cuma ada rasa tegang sikit (VAS 3/10) dekat area armpit( ketiak) . Berkemungkinan ada isu dengan saraf🥵

Tapi..

Agak pelik, bila dalam posisi baring atau mengiring (supine & sd ly.), boleh je beliau angkat. Tidak dibantu pun boleh angkat penuh.

.

Mungkin ada kaitan dengan posisi SCAPULA atau otot sekeliling SCAPULA juga tu. Sebab dua posisi ni yang akan sediakan sokongan penuh untuk scapula, maka bebanan di scapular dapat dikurangakan dengan bantuan otot sekitar.

Kajian dari Michiels and Bodem (1995) aktiviti otot bahu terutama deltoid BERKURANG bilamana pesakit dalam posisi baring berbanding berdiri.

.

Mengikut cerita beliau, dua minggu lepas memang ada kecederaan pada sendi bahu. Masa guna tongkat.

Lutut memang dah sakit. Kena jalan jauh masa di Airport. Wheelchair tiada jadi terpaksa guna tongkat untuk berjalan.

.

Terapis kami kami menjangkakan tekanan ‘compressive force’ di bahu masa guna tongkat tu yang jadi punca. Overload. Terlebih beban. Mungkin ada luka dalam yang menyebabkan inflamasi pada tissue lembut di kawasan bahu kanan (tendonitis).

Maybe condition ni yang menyebabkan several muscle dkt sh jt jdi ‘shut down’ and xactive. Maybe….

Perlu buat MRI untuk pastikan.

.

Untuk lawatan pertama, kami fokus pada mengurangkan simptom dulu. Urutan Teraputik otot bahu (rhomboid, levator scap) dapat melegakan rasa sakit dan tegang di dalam sendi bahu. Ini boleh meningkatkan julat pergerakkan jika simtom sedikit berkurang.

.

Kemudian, kami aktifkan otot yang kurang aktif untuk kembali beri sokongan pada sendi bahu dan sekitarnya. Kali ini kami guna teknik Isometric. Sangat sesuai untuk masalah di fasa sekarang.

.

Alhamdulillah balik tu dah boleh hold dah bahu kanan bila angkat ke atas. Sakit di tulang kipas pun dh kurang ke VAS 3/10.

Share:

More Posts

Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata

Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata Harini dapat seorang pelanggan yang lutut baru 1 hari Sakit lutut terjadi apabila nak straight kaki bila berjalan tu dengar bunyi ‘kakh’ di lutut belah kiri Jadi beliau terpaksa berjalan dgn luruskan lutut bagi mengurangkan sakit di lutut. Beliau datang dan

Read More »

SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID?

Makcik datang dengan aduan rasa berat pada sendi paha. Nak berjalan seperti biasa pun sudah tidak larat. Masjid hanya di seberang jalan dari rumah,tapi sebelum sempat sampai — kaki dah mula lenguh.Terpaksa berhenti, duduk sekejap, barulah boleh sambung berjalan. Bila terapis kami buat penilaian menggunakan THE MAT™, memang jelas ada

Read More »

Kebas Bila Duduk? Mungkin Salah Postur & Otot Ini Puncanya

Tekanan pada Otot piriformis Kaki Kebas dan rasa panas menjalar Minggu lepas dapat client mengadu kebas-kebas dan rasa panas menjalar dari belakang paha ke jari kaki sebelah kanan. Bila duduk je kebas makin terasa. Duduk sekejap pun dah rasa dah. Nak jalan jauh apatah lagi. Bila suruh beliau demo cara

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.Â