Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata

Harini dapat seorang pelanggan yang lutut baru 1 hari

Sakit lutut terjadi apabila nak straight kaki bila berjalan tu dengar bunyi ‘kakh’ di lutut belah kiri Jadi beliau terpaksa berjalan dgn luruskan lutut bagi mengurangkan sakit di lutut. Beliau datang dan inform, sakit lutut setiap kali bengkok lutut, sakit di bahagian depan lutut kiri (anterior part). Rasa sakit di waktu pagi dan mula berkurang pada waktu petang Jadi?

Movement Technology Assessment

Kami lakukan pemeriksaan fizikal di lutut menggunakan Movement technology Assessment (MAT): Julat pergerakan di sendi buku lali kiri kurang (7cm) berbanding kanan dan terasa sakit di bahagian lutut tu bila dibengkokkan Kami redakan (easing) sakit di bahagian lutut dengan cara support di bahagian tempurung lutut (patella), dan sakit berkurangan Apabila putarkan tulang tibia ke dalam, sakit juga berkurang limitedmobility Bila dilihat secara kasar. Alhamdulillah pesakit tiada kesan bengkak atau warmness di lutut (c)hafizMOHASHAH Rawatan?

Antara rawatan yang diberikan sesuai dengan keadaan semasa beliau, ialah:

1) Urutan di bahagian vastus lateralis, peroneal muscle dan gastrocnemius 2) senaman utk aktifkan semula otot yang kurang bekerja: VMO activation dan stretching gastrocnemius Kesan Selepas Rawatan? Tahniah, beliau berjaya capai julat pergerakan normal: 10cm daripada 7cm Simptom pun berkurangan, dah boleh berjalan dgn bengkokkan lutut

Kenapa?

Kajian menunjukkan bahawa, pergerakan buku lali yang kurang akan mengurangkan pergerakan optimum tulang tibia ke depan di atas buku lali, justeru akan menyebabkan perubahan apabila kita berjalan dan lutut akan menampung beban yang sepatutnya dikongsi bersama dgn buku lali Sakit lutut juga akan terhasil, akibat daripada kurangnya fleksibiliti gastrocnemius

Share:

More Posts

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS)

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS) ITBFS berlaku apabila keradangan tercetus pada bahagian tepi tulang peha (lateral femoral condyle) akibat tekanan yang berlebihan dan berterusan secara berulang. Keadaan ini lazimnya dialami oleh pelari, penunggang basikal (cyclist), atau atlet (Levine, 2010). Punca-Punca ITB Syndrome 1. Ketidakseimbangan Otot Hip Flexor Kefungsian otot iliopsoas

Read More »

TENNIS ELBOW ATAU SAKIT SIKU

Kes Sakit Siku – Kemungkinan Berkait Dengan Posisi Tulang Kipas Sakit Siku & Posisi Tulang Kipas: Punca Tersembunyi Yang Ramai Tak Perasan | GT Physio Ramai orang menganggap sakit siku sebagai masalah kecil — hanya otot lenguh atau kesan penggunaan tangan yang berlebihan. Namun, dalam banyak kes, sakit siku sebenarnya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.