latihan untuk sakit kaki

Makcik datang dengan aduan rasa berat pada sendi paha. Nak berjalan seperti biasa pun sudah tidak larat.

Masjid hanya di seberang jalan dari rumah,
tapi sebelum sempat sampai — kaki dah mula lenguh.
Terpaksa berhenti, duduk sekejap, barulah boleh sambung berjalan.

Bila terapis kami buat penilaian menggunakan THE MAT™, memang jelas ada isu pada sendi pinggul (hip joint).

  • Pergerakan aktif (makcik gerakkan sendiri): Terhad

  • Pergerakan pasif (terapis bantu gerakkan): Julat penuh boleh dicapai!

Ini tanda bahawa otot yang tegang atau overactive mungkin jadi punca pergerakan terhad.

SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID?

Alhamdulillah, sesi kedua semalam berjalan lancar sambil rancak berbual dengan makcik.

Dengan senyum lebar, beliau berkongsi:

Makcik dah boleh pergi masjid dah lepas buat rawatan haritu.

Terapis mulakan sesi dengan:

  • Melegakan otot paha — fokus pada TFL dan gluteus medius

  • Lakukan hip traction

  • Ajar beberapa senaman mobiliti paha

Lepas satu sesi je, makcik dah dapat semula nikmat berjalan ke masjid tanpa rasa lenguh.
Gembira bukan kepalang bila dapat solat berjemaah macam dulu!

Share:

More Posts

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS)

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS) ITBFS berlaku apabila keradangan tercetus pada bahagian tepi tulang peha (lateral femoral condyle) akibat tekanan yang berlebihan dan berterusan secara berulang. Keadaan ini lazimnya dialami oleh pelari, penunggang basikal (cyclist), atau atlet (Levine, 2010). Punca-Punca ITB Syndrome 1. Ketidakseimbangan Otot Hip Flexor Kefungsian otot iliopsoas

Read More »

TENNIS ELBOW ATAU SAKIT SIKU

Kes Sakit Siku – Kemungkinan Berkait Dengan Posisi Tulang Kipas Sakit Siku & Posisi Tulang Kipas: Punca Tersembunyi Yang Ramai Tak Perasan | GT Physio Ramai orang menganggap sakit siku sebagai masalah kecil — hanya otot lenguh atau kesan penggunaan tangan yang berlebihan. Namun, dalam banyak kes, sakit siku sebenarnya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.