Kerja zaman sekarang dah tak perlu bergerak banyak ke sana sini. Cukup duduk depan komputer saja pun macam-macam kerja dah boleh siap kan? Bak kata orang, zaman dah moden
Satu kajian daripada National Health and Nutrition Examination Survey telah mendapati sebanyak 70% orang luangkan masa mereka sebanyak 6 jam atau lebih untuk duduk setiap hari.
Kalau dah duduk lama macam tu macam mana lah tak dapat sciatica
Bila duduk lama, tekanan pada tulang belakang semakin bertambah sekali gus saraf disekelilingnya ditekan termasuk saraf sciatic kita. Itu yang boleh rasa kebas dan sakit dari pinggang sampai hujung kaki tu
Eh sampai hujung kaki rasa? Ya betul, sebab saraf sciatic kita panjang, dari bahagian pinggang hingga ke bawah tapak kaki. Tak hairanlah simptom sakit/kebas menjalar sampai ke bawah
Tapi jangan risau
ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengelakkan risiko dapat sciatica ni. Antaranya:
Ubah kedudukan duduk setiap 30 minit untuk elakkan tekanan yang lama pada bahagian yang sama di tulang belakang
Bangun dan berjalan seketika setiap 30 minit
Lakukan senaman regangan ringkas
Letak sokongan seperti tuala/bantal kecil di belakang untuk kurangkan pergerakan tulang
Kekal hidrat (hydrated) untuk memastikan disc tulang belakang sentiasa dalam keadaan sihat yang berfungsi untuk menyerap tekanan
Jika anda menghidapi simptom sciatica yang menyakitkan ketika duduk lama dan sudah buntu untuk cari jalan penyelesaian jangan risau, kami fisioterapis boleh bantu selesaikan masalah anda
Big Toe Valgus & Risiko Sakit Lutut: Bagaimana Ibu Jari Kaki Anda Boleh Cetuskan Kecederaan | GT Physio Ramai tidak menyedari bahawa ibu jari kaki memainkan peranan besar dalam kestabilan dan kesihatan keseluruhan tubuh, terutamanya pada bahagian lutut. Walaupun saiznya kecil, ibu jari adalah komponen biomekanikal yang sangat penting ketika
Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca
OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya