Kerja zaman sekarang dah tak perlu bergerak banyak ke sana sini. Cukup duduk depan komputer saja pun macam-macam kerja dah boleh siap kan? Bak kata orang, zaman dah moden
Satu kajian daripada National Health and Nutrition Examination Survey telah mendapati sebanyak 70% orang luangkan masa mereka sebanyak 6 jam atau lebih untuk duduk setiap hari.
Kalau dah duduk lama macam tu macam mana lah tak dapat sciatica
Bila duduk lama, tekanan pada tulang belakang semakin bertambah sekali gus saraf disekelilingnya ditekan termasuk saraf sciatic kita. Itu yang boleh rasa kebas dan sakit dari pinggang sampai hujung kaki tu
Eh sampai hujung kaki rasa? Ya betul, sebab saraf sciatic kita panjang, dari bahagian pinggang hingga ke bawah tapak kaki. Tak hairanlah simptom sakit/kebas menjalar sampai ke bawah
Tapi jangan risau
ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengelakkan risiko dapat sciatica ni. Antaranya:
Ubah kedudukan duduk setiap 30 minit untuk elakkan tekanan yang lama pada bahagian yang sama di tulang belakang
Bangun dan berjalan seketika setiap 30 minit
Lakukan senaman regangan ringkas
Letak sokongan seperti tuala/bantal kecil di belakang untuk kurangkan pergerakan tulang
Kekal hidrat (hydrated) untuk memastikan disc tulang belakang sentiasa dalam keadaan sihat yang berfungsi untuk menyerap tekanan
Jika anda menghidapi simptom sciatica yang menyakitkan ketika duduk lama dan sudah buntu untuk cari jalan penyelesaian jangan risau, kami fisioterapis boleh bantu selesaikan masalah anda
Ada ke yang tengah mengalami situasi di atas? Bagi kita waktu malam la time nak rehatkan badan dan kumpul tenaga balik, tapi kalau dah sakit datang mengganggu macam mana nak tidur lena. Esok nak pergi kerja tak bermaya sebab kurang tidur. Posisi Tidur Sebab itu posisi tidur yang betul sangat penting
Seorang klien datang dengan aduan sakit belakang yang berlarutan sejak 5 tahun lalu. Katanya, setiap kali balik kerja, mesti rasa sakit yang teramat — terutama di bahagian belakang peha dan pinggang. Bila ditanya kerja apa, rupanya beliau bekerja sebagai tukang rumah. Tak hairanlah — kerja berat, angkat barang setiap hari.
Frozen Shoulder Sakit Bahu, Susah Tidur & Kebas Jari? Jangan Abaikan! Sekiranya anda sering mengalami sakit berpanjangan di bahagian bahu, sehingga sukar tidur lena, atau kerap: Sakit kepala & tengkuk Lenguh tangan Kebas di jari-jari Pergerakan bahu terhad …anda tidak boleh biarkan simptom ini berterusan tanpa rawatan. Apa Itu Frozen