Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis


✅Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalan

➡️Sciatica ialah sakit akibat saraf sciatic tertekan, biasanya berpunca dari slipped disc atau stenosis.

Bila sakit menyerang, pesakit cenderung:

📌Menukar postur berdiri (contoh: condong ke satu sisi untuk kurangkan sakit punggung).

📌Mengubah cara berjalan (contoh: tempang, langkah pendek di sebelah sakit, atau elak letak beban penuh).Apa kesannya pada kaki?

❗️Tekanan badan jadi tidak seimbang, sebelah kaki akan terima beban lebih.

❗️Fascia plantar di kaki yang lebih banyak menampung beban akan terpaksa bekerja lebih keras untuk menyerap hentakan setiap langkah.

❗️Lama-kelamaan, beban tambahan ini menyebabkan microtrauma → mencetuskan plantar fasciitis.

Sebaliknya, kalau pesakit asalnya ada plantar fasciitis, mereka mungkin juga akan ubah cara berjalan untuk kurangkan sakit tumit, yang akhirnya boleh memberi tekanan tak seimbang ke belakang badan meningkatkan risiko keradangan/tekanan pada saraf sciatic.


2. Kelemahan otot akibat sciatica / plantar fasciitis

➡️Sciatica yang teruk boleh mengganggu fungsi otot-otot yang disarafkan oleh saraf sciatic, seperti:

📍Otot betis (gastrocnemius, soleus) → penting untuk pergerakan kaki dan kawalan lengkungan tapak kaki.

📍Otot intrinsic di tapak kaki → membantu mengekalkan kestabilan arch.

Apabila otot-otot ini lemah akibat gangguan saraf:

❗️Lengkungan kaki hilang sokongan semula jadi.

❗️Beban mekanikal berpindah ke fascia plantar.

❗️Lama-lama fascia plantar bekerja lebih untuk mengekalkan kestabilan → risiko plantar fasciitis meningkat.

✅ Plantar Faciitis lead kepada Sciatica

Dari arah yang berlawanan, pesakit dengan plantar fasciitis pula mungkin mengalami:

➡️Kelemahan otot intrinsic kaki kerana kurang digunakan akibat sakit tumit.

➡️Kelemahan ini mengubah biomekanik berjalan, memberi lebih tekanan ke betis, paha, atau belakang.

➡️Beban tambahan ke belakang boleh memberi kesan rantaian yang akhirnya menimbulkan masalah di saraf sciatic.

Begitulah mereka berinteraksi dan memberi masalah pada aktiviti harian kita.Cari Punca supaya dapat pecahkan “interaksi” mereka ini.Nak saya bantu?

Share:

More Posts

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca

Read More »

Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”

OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.