Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis

Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalan Sciatica ialah sakit akibat saraf sciatic tertekan, biasanya berpunca dari slipped disc atau stenosis. Bila sakit menyerang, pesakit cenderung: Menukar postur berdiri (contoh: condong ke satu sisi untuk kurangkan sakit punggung). Mengubah cara berjalan (contoh: tempang, langkah pendek di sebelah sakit, atau elak letak beban penuh).Apa kesannya pada kaki? Tekanan badan jadi tidak seimbang, sebelah kaki akan terima beban lebih. Fascia plantar di kaki yang lebih banyak menampung beban akan terpaksa bekerja lebih keras untuk menyerap hentakan setiap langkah. Lama-kelamaan, beban tambahan ini menyebabkan microtrauma → mencetuskan plantar fasciitis. Sebaliknya, kalau pesakit asalnya ada plantar fasciitis, mereka mungkin juga akan ubah cara berjalan untuk kurangkan sakit tumit, yang akhirnya boleh memberi tekanan tak seimbang ke belakang badan meningkatkan risiko keradangan/tekanan pada saraf sciatic. 2. Kelemahan otot akibat sciatica / plantar fasciitis Sciatica yang teruk boleh mengganggu fungsi otot-otot yang disarafkan oleh saraf sciatic, seperti: Otot betis (gastrocnemius, soleus) → penting untuk pergerakan kaki dan kawalan lengkungan tapak kaki. Otot intrinsic di tapak kaki → membantu mengekalkan kestabilan arch. Apabila otot-otot ini lemah akibat gangguan saraf: Lengkungan kaki hilang sokongan semula jadi. Beban mekanikal berpindah ke fascia plantar. Lama-lama fascia plantar bekerja lebih untuk mengekalkan kestabilan → risiko plantar fasciitis meningkat. Plantar Faciitis lead kepada Sciatica Dari arah yang berlawanan, pesakit dengan plantar fasciitis pula mungkin mengalami: Kelemahan otot intrinsic kaki kerana kurang digunakan akibat sakit tumit. Kelemahan ini mengubah biomekanik berjalan, memberi lebih tekanan ke betis, paha, atau belakang. Beban tambahan ke belakang boleh memberi kesan rantaian yang akhirnya menimbulkan masalah di saraf sciatic. Begitulah mereka berinteraksi dan memberi masalah pada aktiviti harian kita.Cari Punca supaya dapat pecahkan “interaksi” mereka ini.Nak saya bantu?
Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya – Belajar Dari Kisah Adib

Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya Belajar Dari Kisah Adib Kami Bantu Anda Masa saya dan Yell sembang pasal masalah sakit tumit (plantar fasciitis), Adib datang dan cerita pasal sakit tumit dia. Rupanya dia pun pernah alami sakit tumit yang sama. Adib ni jenis orang yang tak suka duduk diam bila ada masalah. Dia pernah tanya saya, “Kalau sakit tumit ni, apa aku boleh buat sendiri?” Saya cadangkan dia mula dengan self-massage pada otot betis. Sebab betis yang ketat boleh tarik tapak kaki dan tambah tekanan pada plantar fascia. Adib ikut cadangan tu, tapi lepas beberapa minggu, dia kata tak banyak perubahan. Tapi inilah saya suka tentang Adib — dia jenis kreatif cari solusi sendiri. Dia mula perasan satu benda: kasut & selipar yang dia pakai harian sebenarnya tapak keras & nipis. Jadi dia buat perubahan: dia tukar ke kasut bertapak lembut & tebal, yang lebih menyerap impak bila berjalan. Alhamdulillah, sakit tumit dia mula beransur hilang dan sekarang, katanya dah langsung tak rasa sakit. Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kisah Adib? Bila kita bercakap pasal plantar fasciitis, ada beberapa modifiable risk factor (faktor risiko yang boleh kita ubah) yang mainkan peranan besar, antaranya: 1. Pemilihan kasut/selipar: Kasut yang keras, nipis, atau sudah haus tapaknya boleh meningkatkan tekanan pada tumit setiap kali melangkah. Kasut dengan tapak yang lembut & menyerap hentakan sangat membantu kurangkan beban pada fascia. 2. Berat badan: Setiap kilogram tambahan memberi beban lebih pada tapak kaki. Menguruskan berat badan adalah salah satu langkah penting jangka panjang. 3. Teknik larian atau cara berjalan: Larian dengan tapak kaki mendarat terlalu keras atau cara berjalan yang salah (misalnya terlalu banyak menekan tumit) boleh memanjangkan tempoh cedera. Kadang-kadang, sekadar ubah cara pijak pun boleh beri kelegaan. 4. Ketegangan otot sekeliling: Otot betis yang ketat, tendon Achilles yang pendek, atau kurang fleksibiliti tapak kaki boleh menambah tekanan pada plantar fascia. Ini sebabnya kenapa self-massage atau stretching kadang-kadang membantu. Kesimpulan Dari cerita Adib, kita belajar satu benda penting: setiap kes, solusi tak sama. Bergantung pada punca. Bukan semua orang cukup dengan satu kaedah saja. Ada yang perlukan perubahan kasut, ada yang perlukan senaman, ada yang perlu perbaiki cara berjalan, atau gabungan semua. Kalau anda sedang hadapi masalah sakit tumit, cuba periksa satu persatu faktor ni. Dan kalau tak pasti, dapatkan pemeriksaan dengan fisioterapis supaya kita boleh cari solusi yang sesuai untuk kes anda. ⸻ Carilah saya