“Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan sebaik mungkin:- Guna bahasa mudah- Tunjuk gambar sendi- Jelaskan rawatan langkah demi langkah Tapi pesakit masih ulang soalan sama. Atau lebih risau jika dia balik rumah, dan cerita pada anak cucu versi yang lain pula. Jadi salah faham. Ini bukan salah pesakit. Dan bukan juga semata-mata salah kita.Ini tanda jurang kefahaman yang wujudantara apa yang kita sampaikan, dan apa yang mereka betul-betul hadam. Jadi… kenapa perkara ni berlaku? Berikut beberapa punca biasa kenapa pesakit masih keliru walaupun info dah diberi: 1. Terlalu banyak maklumat dalam satu masa– Otak pesakit tak sempat hadam semua. Terlalu banyak perkara baru, terlalu laju. 2. Bahasa perubatan masih terlalu rumit– Kita fikir kita dah mudahkan, tapi istilah seperti “radang”, “tisu lembut”, atau “degenaratif” tetap asing bagi mereka. 3. Emosi mendahului logik– Bila seseorang sedang risau, sakit, atau takut, otak mereka lebih fokus pada perasaan — bukan penerangan kita. 4. Mereka ‘angguk’ bukan sebab faham — tapi sebab segan nak tanya– Terutama warga emas. Mereka takut nampak “bodoh” bila tanya balik. 5. Mereka datang bukan seorang — ada pengaruh keluarga– Ada yang lebih percaya pada cakap suami/anak/menantu dari nasihat perawat. 6. Pengaruh luar & internet– Dah tengok TikTok atau Google dulu, dan mereka yakin dengan teori yang lebih “popular” walaupun tak tepat. 7. Memori makin lemah bila usia meningkat– Bagi pesakit warga emas, daya ingatan dan fokus tak sekuat dulu. Apa yang saya ubah sejak tu?Saya mula tanya satu soalan penting setiap kali sebelum mula rawatan: “Apa yang awak faham pasal sakit atau simptom ni?”Soalan ni nampak kecil, tapi kesan dia besar.Dari situ saya tahu:– Mana pesakit yang betul-betul faham– Mana yang perlu saya ulang semula dari asas– Mana yang perlukan pendekatan yang lebih visual atau praktikal Bila pesakit faham, mereka lebih yakin.Bila yakin, mereka lebih mudah pulih.Itulah matlamat kita semua:bukan sekadar rawat, tapi bantu pesakit urus kesihatan mereka dengan faham dan tenang. Sahar SulaimanTalk Small, Big Impact

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Threads
WhatsApp

SUHU SEJUK BUATKAN GEJALA SCIATICA MAKIN TERUK??
admin
•
May 25, 2025
•
No Comments
🧠 Sakit Sendi termasuk Sakit Belakang Dipengaruhi Suhu Sejuk (Aircond) Ini yang berlaku bila persekitaran sejuk. ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ Kesimpulan: …
Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama
Guidepro Resources
•
May 18, 2025
•
No Comments
“Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan …
Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis
Guidepro Resources
•
May 14, 2025
•
No Comments
Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalanSciatica ialah sakit akibat saraf …
Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya – Belajar Dari Kisah Adib
Guidepro Resources
•
May 14, 2025
•
No Comments
Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya Belajar Dari Kisah Adib Kami Bantu Anda Masa saya dan Yell sembang pasal masalah sakit tumit (plantar …


