Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama

“Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan sebaik mungkin:- Guna bahasa mudah- Tunjuk gambar sendi- Jelaskan rawatan langkah demi langkah Tapi pesakit masih ulang soalan sama. Atau lebih risau jika dia balik rumah, dan cerita pada anak cucu versi yang lain pula. Jadi salah faham. Ini bukan salah pesakit. Dan bukan juga semata-mata salah kita.Ini tanda jurang kefahaman yang wujudantara apa yang kita sampaikan, dan apa yang mereka betul-betul hadam. Jadi… kenapa perkara ni berlaku? Berikut beberapa punca biasa kenapa pesakit masih keliru walaupun info dah diberi: 1. Terlalu banyak maklumat dalam satu masa– Otak pesakit tak sempat hadam semua. Terlalu banyak perkara baru, terlalu laju. 2. Bahasa perubatan masih terlalu rumit– Kita fikir kita dah mudahkan, tapi istilah seperti “radang”, “tisu lembut”, atau “degenaratif” tetap asing bagi mereka. 3. Emosi mendahului logik– Bila seseorang sedang risau, sakit, atau takut, otak mereka lebih fokus pada perasaan — bukan penerangan kita. 4. Mereka ‘angguk’ bukan sebab faham — tapi sebab segan nak tanya– Terutama warga emas. Mereka takut nampak “bodoh” bila tanya balik. 5. Mereka datang bukan seorang — ada pengaruh keluarga– Ada yang lebih percaya pada cakap suami/anak/menantu dari nasihat perawat. 6. Pengaruh luar & internet– Dah tengok TikTok atau Google dulu, dan mereka yakin dengan teori yang lebih “popular” walaupun tak tepat. 7. Memori makin lemah bila usia meningkat– Bagi pesakit warga emas, daya ingatan dan fokus tak sekuat dulu. Apa yang saya ubah sejak tu?Saya mula tanya satu soalan penting setiap kali sebelum mula rawatan:  “Apa yang awak faham pasal sakit atau simptom ni?”Soalan ni nampak kecil, tapi kesan dia besar.Dari situ saya tahu:– Mana pesakit yang betul-betul faham– Mana yang perlu saya ulang semula dari asas– Mana yang perlukan pendekatan yang lebih visual atau praktikal Bila pesakit faham, mereka lebih yakin.Bila yakin, mereka lebih mudah pulih.Itulah matlamat kita semua:bukan sekadar rawat, tapi bantu pesakit urus kesihatan mereka dengan faham dan tenang. Sahar SulaimanTalk Small, Big Impact


Facebook

Twitter

LinkedIn

Telegram

Threads

WhatsApp


SUHU SEJUK BUATKAN GEJALA SCIATICA MAKIN TERUK??



May 25, 2025

No Comments

🧠 Sakit Sendi termasuk Sakit Belakang Dipengaruhi Suhu Sejuk (Aircond) Ini yang berlaku bila persekitaran sejuk. ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ Kesimpulan: …



Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama



May 18, 2025

No Comments

“Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan …



Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis



May 14, 2025

No Comments

Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalanSciatica ialah sakit akibat saraf …



Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya – Belajar Dari Kisah Adib



May 14, 2025

No Comments

Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya Belajar Dari Kisah Adib Kami Bantu Anda Masa saya dan Yell sembang pasal masalah sakit tumit (plantar …

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.