Kuasai Urutan Dengan Ilmu Penilaian & Clinical Reasoning

Sabtu lepas saya berpeluang berkongsi bersama barisan paramedik dalam kursus Sports Massage & Kinesiology Tape anjuran Pusat Sejahtera USM.

Walaupun tajuk utama adalah sports massage, saya tekankan satu perkara penting:

“Kenapa?” sebelum “Bagaimana.”

Ramai yang terus fokus kepada teknik urut. Tapi kita sebagai therapist & paramedik perlu tahu:

👉 Kenapa kita pilih urutan sebagai rawatan?

👉 Apa otot yang lemah? Apa punca kesakitan sebenar?

👉 Adakah otot itu perlu diaktifkan, direhatkan, atau diperkuatkan?

Dalam sesi ini, saya lebih tekankan:

✅ Pemeriksaan & penilaian fizikal — supaya rawatan bukan lagi berdasarkan agakkan

✅ Clinical reasoning sebelum pilih keadah rawatan

✅ Demonstrasi teknik urutan yang spesifik

✅ Senaman mudah untuk aktifkan otot lemah

✅ Strategi rawatan gabungan urut + pengaktifan otot

Saya percaya ilmu yang disertakan kefahaman yang betul akan buat kaedah rawatan kita lebih berkesan dan diyakini pesakit.

Terima kasih Pusat Sejahtera USM atas jemputan, dan juga kepada semua peserta yang beri kerjasama hebat.

Moga lebih ramai paramedik dilengkapi ilmu rawatan yang menyeluruh.

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.