Postur Dinamik: Kunci Elak Lenguh & Lesu di Tempat Kerja

“Postur Bukan Sekadar Duduk Betul”

Jumaat lepas, saya berpeluang berkongsi dalam satu sesi Health Talk bersama staf PPDU, USM bertajuk “Ergonomics and Posture.”

Ramai anggap postur yang baik hanya datang daripada kerusi mahal, meja boleh laras atau alat ergonomik yang canggih.

Tapi dalam sesi ini, saya bawakan pendekatan yang lebih mudah dan praktikal iaitu postur yang baik ialah postur yang boleh menyesuaikan diri dengan tugasan dan persekitaran kerja.

Kita tak perlu kekal statik dalam satu posisi.

Yang penting: pelbagaikan posisi, berehat sebentar( microrest) , dan sentiasa cakna dengan isyarat tubuh.

Beberapa perkara yang kami bincangkan:

• Postur dinamik: jangan duduk terlalu lama dalam posisi sama

• Reset badan setiap 30-45 minit dengan regangan mudah

• Kesedaran tubuh- kenali dan respon  bila badan mula bagi amaran tegang, lenguh atau rasa berat

Terima kasih kepada warga Pusat Pengajian Dadah, USM atas jemputan dan sambutan mesra. Semoga sesi ini memberi manfaat dan menjadi titik mula perubahan kecil dalam rutin kerja harian kita.

Kerana postur bukan satu posisi, tapi misi menunaikan tanggungjawab.

Share:

More Posts

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca

Read More »

Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”

OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.