“Macam mana nak uji Ketahanan otot Badan Bahagian Atas eh?”

Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan.

Kenapa kita perlu dengan KETAHANAN badan bahagian atas ya walaupon dah BERUSIA?

Sebab tanpa otot bahagian atas badan yang kuat, susah kita nak lakukan aktiviti harian. Angkat barang, bawa motor, pandu kereta.

Bila otot atas dah tak kuat, cepat bergetar lah tangan, cepat penat pon sama.🥵🥵🥵

Otot bahagian atas badan ni otot mana?

Otot bahagian atas badan ni adalah otot bahu, lengan, dada, belakang atas.

Macam mana kita nak tahu kekuatan otot kita pada usia berapa ya?

Penerangan ada di bawah. Jom kita uji ARM CURL TEST. 💪🏻💪🏻

Ujian ini sah untuk mereka berumur 60 ke atas, tapi kalau yang muda nak cuba silakan. Mungkin otot kita pon dah umur 60 tahun ke atas sebab kurang bersenam. 🤯🤯🤯

1. Untuk lelaki, perlukan pemberat 4 kilogram dan untuk wanita pula memerlukan pemberat 2 kilogram.

2. Cari kerusi yang tiada “arm rest”, set masa kepada 30 saat, DUDUK DENGAN BADAN TEGAK.

3.Pegang pemberat dan tangan mesti lurus kebawah menghadap badan kita.

4.Lipat siku bersama pemberat sebanyak yang mungkin DALAM MASA 30 SAAT. Tangan menghadap badan setelah dilipat.

*Boleh lihat gambar di bawah untuk cara uji di atas

Skor untuk lelaki 👨🏻👨🏻👨🏻

• 60 tahun ke atas – 16 ke 22 kali

• 65 tahun ke atas – 15 ke 21 kali

• 70 tahun ke atas – 14 ke 21 kali

• 75 tahun ke atas – 13 ke 19 kali

• 85 tahun ke atas – 11 ke 17 kali

• 90 tahun ke atas – 10 ke 14 kali

Skor untuk wanita 🧕🏻🧕🏻🧕🏻

• 60 tahun ke atas – 13 ke 19 kali

• 65 tahun ke atas – 12 ke 18 kali

• 70 tahun ke atas – 12 ke 17 kali

• 75 tahun ke atas – 11 ke 17 kali

• 80 tahun ke atas – 10 ke 16 kali

• 85 tahun ke atas – 10 ke 15 kali

• 90 tahun ke atas – 8 ke 13 kali

Tunggu apa lagi? Jom sihatkan diri anda!!!💪🏻😤

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.