(Part 2) “Macam mana eh nak ukur Ketahanan Otot Badan Bahagian Bawah?

Assalamu’alaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan. Minggu lepas kita dah uji ketahanan otot badan bahagian atas. Minggu ni jom kita uji ketahanan otot badan bahagian bawah pula. 🤗🤗🤗

Kenapa kita perlu ada ketahanan otot bahagian bawah ni walaupon dah berusia?

Sebab tanpa ketahanan otot bahagian bawah badan, kita tak dapat berjalan lama, berdiri lama, nak bergerak pon susah dan CEPAT PENAT.🥵🥵🥵 Kena ingat! Semakin berumur, semakin kita perlu marathon buat perkara berfaedah. 💪🏻😤

Otot badan bahagian bawah ni di mana?

Di peha depan dan belakang, betis, punggung, celah peha dan lain-lain.🦵🏻🦵🏻🦶🏻🦶🏻

Macam mana kita nak tahu ketahanan otot kita pada usia berapa ya? 🧐🧐🧐

Penerangan ada di bawah. Jom kita uji.

Ujian ini sah untuk mereka berumur 60 ke atas, tapi kalau nak cuba silakan. Mungkin otot kita pon dah umur 60 tahun ke atas sebab tak aktif. 🤭🤭🤭

1. Cari kerusi tanpa “arm-rest”. Duduk tegak dan kedua tangan silang atas dada.

2. Set masa 30 saat.

3. Bangun dan duduk sebanyak yang mungkin dalam 30 saat. (Bangun sehingga berdiri penuh dan duduk sehingga punggung rapat ke kerusi)

*Boleh lihat gambar di bawah untuk cara uji di atas

Skor untuk wanita 🧕🏻🧕🏻🧕🏻

• 60 tahun ke atas – 12 hingga 17 kali ke atas

• 65 tahun ke atas – 11 hingga 16 kali ke atas

• 70 tahun ke atas – 10 hingga 15 kali ke atas

• 80 tahun ke atas – 9 hingga 14 kali ke atas

• 85 tahun ke atas – 8 hingga 13 kali ke atas

• 90 tahun ke atas – 4 hingga 11 kali ke atas

Skor untuk lelaki 👨🏻👨🏻👨🏻

• 60 tahun ke atas – 14 hingga 19 kali ke atas

• 65 tahun ke atas – 12 hingga 18 kali ke atas

• 70 tahun ke atas – 12 hingga 17 kali ke atas

• 75 tahun ke atas – 11 hingga 17 kali ke atas

• 80 tahun ke atas – 10 hingga 15 kali ke atas

• 85 tahun ke atas – 8 hingga 14 kali ke atas

• 90 tahun ke atas – 7 hingga 12 kali ke atas

Kurang dari skor di atas menandakan anda berisiko tinggi untuk jatuh. 😵🤕

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.