Tuan-tuan dan puan-puan, mengikut statistik, kadar orang berumur (Elderly) untuk jatuh dalam setahun adalah 8.5 dalam 100 orang dan untuk jatuh berulang kali adalah 3.2 dalam 100 orang setahun.
Nampak macam sedikit tetapi, negara Malaysia dijangka akan menjadi (ageing society) pada 2030.
Apabila semakin ramai golongan Elderly, makin ramai lagilah akan mudah jatuh.
Jom kita tengok 4 punca golongan Elderly mudah jatuh:
1. Keseimbangan badan kurang
2. Otot-otot penting tak kuat
3. Kurang penglihatan
4. Masalah kesihatan (masalah jantung, dementia, tekanan darah rendah/ penyakit yang menyebabkan pening atau kurang/hilang sedar)
Kita sebagai penjaga atau anak-anak perlu cakna dalam menjaga orang berumur/Elderly sebab apabila mereka jatuh ada banyak komplikasi akan berlaku. Yang paling utama “Patah”.
Kami fisioterapi mampu melatih mereka yang ada tanda-tanda mudah jatuh untuk kurang kan kekerapan jatuh dengan latihan seperti, kuatkan otot, koordinasi badan, stamina dan lain-lain.
Semua peningkatan ni pula akan kami catat dan berikan kepada pesakit. Sekiranya pesakit memerlukan alat bantuan berjalan juga kami akan sarankan berdasarkan keperluan pesakit.
Haa apa lagi? Jom kita basmi “JATUH” dalam kalangan orang berumur/Elderly.