Otot merupakan organ simpanan tenaga dalam badan kita,
Malangnya sebahagian besar dari golongan yang berumur menghidap “Sarcopenia”.
Tuan-tuan pernah dengar tak perkataan “Sarcopenia”. Apa tu?? Kenapa “Sarcopenia” effect kami?
Sarcopenia adalah kehilangan jisim dan kekuatan otot yang berterusan disebabkan oleh faktor umur. Kurang aktif dan makanan yang tak sihat adalah punca utama sarcopenia ya .
Kurang jisim otot, kuranglah tenaga. Kurang tenaga, cepatlah penat. Cepat penat (tak kuat), senang jatuh.
Simptom “Sarcopenia”.
1. Kurang/hilang stamina
2. Sukar buat aktiviti seharian
3. Berjalan perlahan
4. Susah naik tangga
5. Tak stabil dan mudah jatuh
6. Saiz otot berkurang
Mereka yang ada masalah yang berpunca dari “Sarcopenia” boleh dibantu dengan rawatan fisioterapi. Rawatan fisioterapi dapat melambatkan kadar otot mengecut dan kembalikan semula keseimbangan badan.
