Assalamu’alaikum. Tuan-tuan/Puan-puan. Seperti mana kita tahu “Passive movement” ni banyak kebaikan nya. Banyak jugak dah tahu kepentingannya.
Cuma, kita juga perlu ambil langkah-langkah berjaga bila buat “Passive Movement” ni sebab pesakit bergantung pada kita sepenuhnya.
Antara langkah berjaga dalam “Passive Movement”:
1.Sejurus selepas kecederaan (Contoh: Hari pertama kepatahan, tisu terkoyak atau pembedahan).
2.Bengkak yang teruk / Deep Vein Thrombosis (DVT)
3.Sendi mengeras (terasa seperti sendi terkunci)
4.Sakit yang terlampau pada sendi.
Pastikan kita tahu pesakit tiada masalah di atas sebelum kita lakukan “Passive Movement” pada mereka ya. Pesakit ni merupakan orang yang terdekat, jadi wajarlah kita untuk bantu mereka, dan belajar cara yang betul untuk bantu mereka. Siapa lagi yang boleh mereka bergantung harapan kalau bukan kita…