Ibu Jari Sakit Bila Kupas Bawang? Mungkin De Quervain!

Minggu lepas pihak GTPhysio ada pesakit dtg dengan masalah sakit pada ibu jari. Katanya sakit bertambah seminggu dah.

Penambahan aktiviti kena prepare barang nk berniaga bulan Ramadhan ni punca utama juga.

Paling sakit bila buat:

1. Potong sayur ✔️

2. Kupas bawang✔️

3. Guna phone✔️

4. Buka penutup botol✔️

5. Pegang sudu✔️

Semua aktiviti yang ada pegerakan jari, akan sakit.

Bila kami buat Finkelstein test, beliau tak boleh buat. Gerak ibu jari sikit pun sakit.

Kami syak ada tissue (tendon) lembut di kawasan ibu jari yg terluka. Macam De Quervain.

De Quervain keadaan dimana tendon tersepit di bahagian pegelangan tangan. Kalau tak dirawat, berlakulah penebalan tendon dan akan rasa sakit setiap kali pergelangan tgn digerakkan (Ippolito et al., 2020)

Jadi rawatan kami fokus untuk kurangkan sakit terlebih dahulu dan kami educate beliau untuk kurgkan penggunaan ibu jari dulu.

Ada tissue lembut yg terluka. Luka tak berdarah dan tak nampak pun dgn mata kasar.

Lagi guna jari, luka tu akan berpanjangan. Tak sembuh-sembuh. Ubat sapu dan tahan sakit berpapan habis tapi sakit masih ada.

Jadi, untuk haritu kami tape ibu jari untuk kurangkan pergerakan dan optimumkan process penyembuhan.

Dan buat STM (urutan) pada otot lengan. Untuk lancarkan pengaliran darah.

Alhamdulillah. Untuk sesi kedua, sakit dah banyak hilang, aktiviti pun dah banyak boleh buat. Alhamdulillah….

Ubat tahan sakit dah boleh tinggalkan.

Rupanya, cukup dengan control pergerakan pun dah mampu kurangkan sakit.

RUJUKAN:

Ippolito JA, Hauser S, Patel J, Vosbikian M, Ahmed I. Nonsurgical Treatment of De Quervain Tenosynovitis: A Prospective Randomized Trial. Hand (N Y). 2020 Mar;15(2):215-219. [PMC free article] [PubMed] [Ref list]

Share:

More Posts

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS)

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS) ITBFS berlaku apabila keradangan tercetus pada bahagian tepi tulang peha (lateral femoral condyle) akibat tekanan yang berlebihan dan berterusan secara berulang. Keadaan ini lazimnya dialami oleh pelari, penunggang basikal (cyclist), atau atlet (Levine, 2010). Punca-Punca ITB Syndrome 1. Ketidakseimbangan Otot Hip Flexor Kefungsian otot iliopsoas

Read More »

TENNIS ELBOW ATAU SAKIT SIKU

Kes Sakit Siku – Kemungkinan Berkait Dengan Posisi Tulang Kipas Sakit Siku & Posisi Tulang Kipas: Punca Tersembunyi Yang Ramai Tak Perasan | GT Physio Ramai orang menganggap sakit siku sebagai masalah kecil — hanya otot lenguh atau kesan penggunaan tangan yang berlebihan. Namun, dalam banyak kes, sakit siku sebenarnya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.