Tekanan pada Otot piriformis

Kaki Kebas dan rasa panas menjalar

Minggu lepas dapat client mengadu kebas-kebas dan rasa panas menjalar dari belakang paha ke jari kaki sebelah kanan. Bila duduk je kebas makin terasa. Duduk sekejap pun dah rasa dah. Nak jalan jauh apatah lagi.

Bila suruh beliau demo cara duduk, beliau akan sengetkan sedikit badan belah kiri. Mungkin tu adalah strategi badan beliau untuk kurangkan tekanan pada otot piriformis (Rajah1) belah kanan.

Kaitan dengan sciatica

Prepare for your next big adventure.

Bila kami tekan otot piriformis , memang keras dan agak ketat. Mungkin otot inilah yang menekan saraf (sciatic) sebabtu rasa kebas bertambah bila beliau duduk.

Kami cuba legakan otot piriformis ni dan betulkan cara duduk beliau. Kedudukan pelvik yang kurang tepat semasa duduk menyebabkan berat badan terus jatuh dekat otot piriformis ni. Boleh jadi jugak disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada disc yang menyebabkan saraf ni tersepit.

Badan Kena Servis Juga!

Bilamana betulkan cara beliau duduk dan legakan otot piriformis , simptom banyak berkurang.

Urutan legakan otot ni mungkin dapat membantu beliau tapi dalam masa sementara saja sebab selagi beliau tidak membetulkan postur duduk, tekanan pada otot dan disc akan berterusan. Selagi titik tekanan tidak dibetulkan, selagi tu lah simptom akan terasa.

2 struktur inilah yang mungkin menekan saraf sciatica tu.

Sebabtu pentingnya pemeriksaan fizikal sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Badan kena selalu servis jugak tau, jangan nanti dah jammed baru nak check.

(c)hafizMOHASHAH

Share:

More Posts

Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata

Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata Harini dapat seorang pelanggan yang lutut baru 1 hari Sakit lutut terjadi apabila nak straight kaki bila berjalan tu dengar bunyi ‘kakh’ di lutut belah kiri Jadi beliau terpaksa berjalan dgn luruskan lutut bagi mengurangkan sakit di lutut. Beliau datang dan

Read More »

SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID?

Makcik datang dengan aduan rasa berat pada sendi paha. Nak berjalan seperti biasa pun sudah tidak larat. Masjid hanya di seberang jalan dari rumah,tapi sebelum sempat sampai — kaki dah mula lenguh.Terpaksa berhenti, duduk sekejap, barulah boleh sambung berjalan. Bila terapis kami buat penilaian menggunakan THE MAT™, memang jelas ada

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.