Kerja zaman sekarang dah tak perlu bergerak banyak ke sana sini. Cukup duduk depan komputer saja pun macam-macam kerja dah boleh siap kan? Bak kata orang, zaman dah moden
Satu kajian daripada National Health and Nutrition Examination Survey telah mendapati sebanyak 70% orang luangkan masa mereka sebanyak 6 jam atau lebih untuk duduk setiap hari.
Kalau dah duduk lama macam tu macam mana lah tak dapat sciatica
Bila duduk lama, tekanan pada tulang belakang semakin bertambah sekali gus saraf disekelilingnya ditekan termasuk saraf sciatic kita. Itu yang boleh rasa kebas dan sakit dari pinggang sampai hujung kaki tu
Eh sampai hujung kaki rasa? Ya betul, sebab saraf sciatic kita panjang, dari bahagian pinggang hingga ke bawah tapak kaki. Tak hairanlah simptom sakit/kebas menjalar sampai ke bawah
Tapi jangan risau
ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengelakkan risiko dapat sciatica ni. Antaranya:
Ubah kedudukan duduk setiap 30 minit untuk elakkan tekanan yang lama pada bahagian yang sama di tulang belakang
Bangun dan berjalan seketika setiap 30 minit
Lakukan senaman regangan ringkas
Letak sokongan seperti tuala/bantal kecil di belakang untuk kurangkan pergerakan tulang
Kekal hidrat (hydrated) untuk memastikan disc tulang belakang sentiasa dalam keadaan sihat yang berfungsi untuk menyerap tekanan
Jika anda menghidapi simptom sciatica yang menyakitkan ketika duduk lama dan sudah buntu untuk cari jalan penyelesaian jangan risau, kami fisioterapis boleh bantu selesaikan masalah anda
Smlm dapat client sakit lutut. Dah setahun lebih sakit. Katanya tiba tiba je sakit. Bangun pagi tu, xboleh jalan, sakit di lutut. Hampir 3 bulan terpaksa pakai kerusi roda. Lepas 3 bulan, alhamdulillah dah boleh jalan sendiri. Tpi cara jalan jadi pelik. Kalau nk ikut mak. Mmg mak xpergi buat
Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang
Sering berlaku pada paha, betis, tangan, lengan dan perut. CRAMP adalah kontraksi pada otot dengan sendiri dan tidak dapat dikawal. Andai berlaku di betis ia kita panggil ‘charley horses’. Andai cramp waktu malam ketika tidur atau rehat anda mungkin alami ‘nocturnal leg cramp’. So, apa nak buat? KURANGKAN SAKIT KEKEJANGAN