Sakit tumit kaki atau pada tapak kaki adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai individu terutama wanita dan atlet.

 

Salah satu keadaan paling umum yang menyebabkan sakit tumit adalah plantar fasciitis.

 

Keadaan ini terjadi akibat cedera kecil dan keradangan pada tisu di tapak kaki sehingga menyebabkan rasa sakit, pembengkakan, dan kadang-kadang juga lebam.

 

Fascia atau tisu di tapak kaki terdiri daripada jalur berjalinan tisu yang tebal. Tisu ini melapisi dari tumit hingga pangkal jari kaki dan berfungsi seperti getah untuk mengekalkan bentuk dan kekuatan kaki.

 

Kesakitan ini biasanya sangat tajam di bahagian pangkal tumit dan boleh merebak ke seluruh tapak kaki, mengganggu aktiviti harian seseorang.

 

Beberapa faktor risiko utama termasuk seperti berikut:

 

  • Pekerjaan yang Memerlukan Berdiri Lama: Contohnya, guru dan pekerja kilang.
  • Usia: Lebih biasa berlaku pada mereka yang berumur lebih dari 40 tahun.
  • Penggunaan Kasut Tumit Tinggi: Memberi tekanan berlebihan pada tumit.
  • Aktiviti Fizikal: Atlet atau mereka yang melakukan aktiviti fizikal yang intensif seperti berlari.

 

Kenali lebih lanjut tentang sakit tumit kaki dalam penulisan artikel ini.

 

Gejala Sakit Tumit Kaki

 

Gejala utama plantar fasciitis adalah sakit pada tapak kaki, terutama pada pangkal tumit.

 

Kesakitan ini sering lebih terasa pada waktu pagi apabila bangun dari tidur atau selepas tempoh berehat yang panjang.

 

Aktiviti seperti berjalan lama boleh memperburuk keadaan ini. Selain itu, terdapat juga tanda-tanda seperti bengkak dan lebam pada tapak kaki.

 

9 Punca Sakit Pada Tapak Kaki

sakit tumit

Anda berisiko cedera fascia plantar dalam keadaan tertentu seperti berikut:

 

  1. Aktiviti berterusan seperti berjalan jauh, berlari, atau berdiri lebih dari 1 jam.
  2. Postur kaki yang lemah seperti tapak kaki rata atau tinggi.
  3. Kekakuan kaki atau sendi pergelangan.
  4. Kelemahan otot, terutama otot betis.
  5. Penggunaan berlebihan atau regangan tiba-tiba pada tapak kaki, contohnya latihan yang intens atau jarak yang meningkat dengan tiba-tiba.
  6. Mempunyai otot yang ketat, terutama otot betis.
  7. Berat badan berlebihan yang menambah tekanan pada tumit.
  8. Kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki, seperti kasut longgar dengan tapak nipis.
  9. Perbezaan panjang kaki.

 

Pencegahan dan Rawatan

 

  1. Senaman Ringan: Senaman seperti regangan tisu plantar fascia dan tendon Achilles dapat membantu mengurangkan kesakitan sementara.
  2. Rehat: Mengurangkan aktiviti yang memberi tekanan pada kaki dapat membantu mengurangkan keradangan.
  3. Penggunaan Alas Kaki yang Sesuai: Memilih kasut yang memberikan sokongan yang baik untuk kaki dan tumit.
  4. Berat Badan Ideal: Mengurangkan berat badan jika berlebihan dapat membantu mengurangkan tekanan pada kaki.

 

Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki

sakit tumit

Kepentingan rawatan fisioterapi adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan sakit berulang.

 

Fisioterapi akan membantu daripada segi:

 

  • Penilaian Kaki: Juruterapi akan menilai keadaan kaki untuk menentukan tahap keradangan dan kecederaan.

 

  • Melegakan Kesakitan: Menggunakan teknik seperti urutan, terapi ais, dan haba untuk mengurangkan kesakitan.

 

  • Meningkatkan Fleksibiliti dan Kekuatan Otot: Melalui senaman yang dirancang khusus untuk meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan otot kaki.

 

  • Merancang Aktiviti Harian: Membantu pesakit merancang semula aktiviti harian untuk mengelakkan tekanan berlebihan pada kaki semasa proses penyembuhan.

 

Komplikasi

 

Jika tidak dirawat dengan betul, plantar fasciitis boleh membawa kepada komplikasi lain seperti sakit lutut, pinggul, dan tulang belakang.

 

Ini berlaku kerana perubahan cara berjalan akibat kesakitan pada kaki, yang seterusnya memberi tekanan pada bahagian badan yang lain.

 

Kesimpulannya, sakit tumit kaki atau plantar fasciitis adalah keadaan yang biasa tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius jika tidak dirawat.

 

Penting untuk mengenali gejala awal dan mengambil langkah pencegahan serta rawatan yang sesuai.

 

Dengan rawatan yang tepat, individu dapat pulih sepenuhnya dan kembali menjalani aktiviti harian tanpa kesakitan.

 

Fisioterapi memainkan salah satu peranan penting dalam pemulihan dan pencegahan sakit berulang.

 

Sakit tumit kaki boleh menjadi masalah yang mengganggu, jika dibiarkan semakin melarat.

 

Oleh itu, dengan rawatan yang betul dan penjagaan yang sesuai, anda boleh mengurangkan kesakitan dan kembali melakukan aktiviti harian secara normal.

 

Setiap sakit, pasti ada rawatan. Kami di GT Physio bersedia memberikan pemulihan terbaik untuk mengatasi:

 

  • Sakit Bahu
  • Sakit Lutut
  • Sakit Tengkuk
  • Sakit Belakang
  • Sakit Pinggang
  • Slip Disc
  • Kecederaan Sukan
  • Warga Emas
  • Strok

 

Book Rawatan di GTPhysio