Latih Semula Otak Anda: Jalan Keluar dari Sakit Kronik

Semalam ke Benut. Bantu client yang ada simptom SCIATICA kronik.

Sakit dah bertahun. Yang paling dia ingat mula jadi masa bulan puasa. Dekat nak raya. Kemas rumah. Alih alih almari dan sofa.

Esoknya. Dah tak boleh bangun. Ke hospital dan terapi moden dan Traditional semua buat. Alhamdulillah. Baik.

Tak sampai setahun, kena balik. Walaupun dah banyak pantang. Angkat barang memang tak buat. Takut kena lagi. Fobia katanya.

Injection. Ubat . Terapi.

Urutan. Bekam. Semua lah. Lega la sikit. Sejak dari tu, sakit memang melekat. Tak hilang. Cuma ada masa okey sikit , ada masa teruk. Hanya aktiviti dah tak buat. Solat pun guna kerusi.

Bila saya check, fizikal dia okey. Mobiliti masih okey. Strength dah mula merosot. Mungkin sebab banyak aktiviti dia tak buat. Tapi masih okey untuk uruskan aktiviti harian sendiri.

Kalau ikutkan proses sembuh. Dah lama dah luka yang kena masa angkat almari dan sofa tu sembuh. Biasa 4 ke 6 minggu dah okey.

Mungkin tak dapat penjelasan yang betul, ada aktiviti yang dia buat walaupun dia rasa selamat , lambatkan proses sembuh luka dalam.

Atau, otot dan ligament yang cedera tak dilatih kembali untuk kuat agar dapat tampung bebanan kepada tulang belakang.

Bila dah bertahun, otak kita, sistem saraf pusat dah bermasalah. Ini yang sebabkan sakit masih lagi terasa walaupun dah sembuh.

Kenapa Sakit Masih Ada Walaupun Cedera Dah Pulih?

Kerana otak anda masih ‘ingat’ rasa sakit itu.

Ini dipanggil neurotag iaitu otak membentuk ingatan bahawa pergerakan tertentu akan sebabkan kesakitan.

Jadi kena latih semula otak untuk hilangkan sakit lama yang dah sembuh.

Program namanya Centre Nervous System ReEducation

Otak boleh dilatih semula. Dengan bantuan fisioterapi, anda boleh ajar otak bahawa:

  • Pergerakan itu sebenarnya selamat
  • Tiada bahaya sebenar lagi
  • Anda boleh bergerak tanpa takut

.

3 Langkah Mudah Re-educate Otak Anda:

  1. Fahami Sakit Anda

Otak bukan musuh – ia cuma terlalu berhati-hati. Belajar kenapa sakit itu wujud walaupun tisu dah sembuh.

  1. Gerak Secara Berperingkat

Mulakan dengan pergerakan yang mudah dan tidak menakutkan. Sedikit demi sedikit, tambah pergerakan yang dulu menyakitkan.

  1. Ulang, Ulang, Ulang

Semakin kerap anda gerak dengan selamat, semakin kuat mesej baru kepada otak:

“Pergerakan ini tidak berbahaya.”

Antara Latihan saya akan terapkan:

  • pengaktifan semula otot core
  • Latihan pernafasan (guna otot  diafgram)
  • Nerve gliding (senaman saraf)
  • Sensory retraining (latihan rasa)
  • Mirror therapy (terapi cermin)

Fisioterapi bukan sekadar otot dan sendi. Ia juga terapi untuk otak anda.

Tak semudah tekan tekan , siap.

Sahar Sulaiman

Fisio Kesayangan Anda

Share:

More Posts

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS)

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS) ITBFS berlaku apabila keradangan tercetus pada bahagian tepi tulang peha (lateral femoral condyle) akibat tekanan yang berlebihan dan berterusan secara berulang. Keadaan ini lazimnya dialami oleh pelari, penunggang basikal (cyclist), atau atlet (Levine, 2010). Punca-Punca ITB Syndrome 1. Ketidakseimbangan Otot Hip Flexor Kefungsian otot iliopsoas

Read More »

TENNIS ELBOW ATAU SAKIT SIKU

Kes Sakit Siku – Kemungkinan Berkait Dengan Posisi Tulang Kipas Sakit Siku & Posisi Tulang Kipas: Punca Tersembunyi Yang Ramai Tak Perasan | GT Physio Ramai orang menganggap sakit siku sebagai masalah kecil — hanya otot lenguh atau kesan penggunaan tangan yang berlebihan. Namun, dalam banyak kes, sakit siku sebenarnya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.