“Postur Bukan Sekadar Duduk Betul”
Jumaat lepas, saya berpeluang berkongsi dalam satu sesi Health Talk bersama staf PPDU, USM bertajuk “Ergonomics and Posture.”
Ramai anggap postur yang baik hanya datang daripada kerusi mahal, meja boleh laras atau alat ergonomik yang canggih.
Tapi dalam sesi ini, saya bawakan pendekatan yang lebih mudah dan praktikal iaitu postur yang baik ialah postur yang boleh menyesuaikan diri dengan tugasan dan persekitaran kerja.
Kita tak perlu kekal statik dalam satu posisi.
Yang penting: pelbagaikan posisi, berehat sebentar( microrest) , dan sentiasa cakna dengan isyarat tubuh.
Beberapa perkara yang kami bincangkan:
• Postur dinamik: jangan duduk terlalu lama dalam posisi sama
• Reset badan setiap 30-45 minit dengan regangan mudah
• Kesedaran tubuh- kenali dan respon bila badan mula bagi amaran tegang, lenguh atau rasa berat
Terima kasih kepada warga Pusat Pengajian Dadah, USM atas jemputan dan sambutan mesra. Semoga sesi ini memberi manfaat dan menjadi titik mula perubahan kecil dalam rutin kerja harian kita.
Kerana postur bukan satu posisi, tapi misi menunaikan tanggungjawab.