Makcik datang dengan aduan rasa berat pada sendi paha. Nak berjalan seperti biasa pun sudah tidak larat.
Masjid hanya di seberang jalan dari rumah,
tapi sebelum sempat sampai — kaki dah mula lenguh.
Terpaksa berhenti, duduk sekejap, barulah boleh sambung berjalan.
Bila terapis kami buat penilaian menggunakan THE MAT™, memang jelas ada isu pada sendi pinggul (hip joint).
-
Pergerakan aktif (makcik gerakkan sendiri): Terhad
-
Pergerakan pasif (terapis bantu gerakkan): Julat penuh boleh dicapai!
Ini tanda bahawa otot yang tegang atau overactive mungkin jadi punca pergerakan terhad.
SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID?
Alhamdulillah, sesi kedua semalam berjalan lancar sambil rancak berbual dengan makcik.
Dengan senyum lebar, beliau berkongsi:
“Makcik dah boleh pergi masjid dah lepas buat rawatan haritu.”
Terapis mulakan sesi dengan:
-
Melegakan otot paha — fokus pada TFL dan gluteus medius
-
Lakukan hip traction
-
Ajar beberapa senaman mobiliti paha
Lepas satu sesi je, makcik dah dapat semula nikmat berjalan ke masjid tanpa rasa lenguh.
Gembira bukan kepalang bila dapat solat berjemaah macam dulu!