latihan untuk sakit kaki

Makcik datang dengan aduan rasa berat pada sendi paha. Nak berjalan seperti biasa pun sudah tidak larat.

Masjid hanya di seberang jalan dari rumah,
tapi sebelum sempat sampai — kaki dah mula lenguh.
Terpaksa berhenti, duduk sekejap, barulah boleh sambung berjalan.

Bila terapis kami buat penilaian menggunakan THE MAT™, memang jelas ada isu pada sendi pinggul (hip joint).

  • Pergerakan aktif (makcik gerakkan sendiri): Terhad

  • Pergerakan pasif (terapis bantu gerakkan): Julat penuh boleh dicapai!

Ini tanda bahawa otot yang tegang atau overactive mungkin jadi punca pergerakan terhad.

SATU SESI, DAH BOLEH KE MASJID?

Alhamdulillah, sesi kedua semalam berjalan lancar sambil rancak berbual dengan makcik.

Dengan senyum lebar, beliau berkongsi:

Makcik dah boleh pergi masjid dah lepas buat rawatan haritu.

Terapis mulakan sesi dengan:

  • Melegakan otot paha — fokus pada TFL dan gluteus medius

  • Lakukan hip traction

  • Ajar beberapa senaman mobiliti paha

Lepas satu sesi je, makcik dah dapat semula nikmat berjalan ke masjid tanpa rasa lenguh.
Gembira bukan kepalang bila dapat solat berjemaah macam dulu!

Share:

More Posts

Kebas & Rasa Terbakar Menjalar ke Kaki: Pemeriksaan Dedah Puncanya

Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki. Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya. Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.