DAH 9 BULAN OPERATION TUKAR LUTUT, TAPI NAK NAIK TURUN TANGGA BELUM BOLEH

"Dulu Nak Pergi Rumah Kawan Pun Fikir Banyak Kali..."
“Dulu Nak Pergi Rumah Kawan Pun Fikir Banyak Kali…”

Dua hari lepas, kami bertemu dengan Pn. Saba di Min House Camp, Kelantan — seorang bekas jururawat yang kini sudah bersara.
Beliau berkongsi satu luahan yang menyentuh hati:
“Saya teringin sangat nak ke surau, nak ziarah rumah kawan-kawan… Tapi kalau kena naik turun tangga, memang fikir banyak kali. Selalu akhirnya saya batalkan je niat tu.”

Masalah Lutut Lepas Pembedahan
Masalah Lutut Lepas Pembedahan

Pn. Saba telah menjalani pembedahan tukar lutut (knee replacement) lebih kurang 9 bulan lalu. Tapi sekarang, pergerakan lutut hanya boleh bengkok sehingga 85° sahaja.
Hasil pemeriksaan kami mendapati:
Otot Quadriceps (otot peha) sangat lemah
Pergerakan naik turun tangga sangat mencabar
Aktiviti harian jadi sangat terhad
Berat badan juga makin meningkat akibat kurang bergerak

Solusi Bukan Sekadar "Senaman Biasa"
Solusi Bukan Sekadar “Senaman Biasa”

Kami jalankan ujian kekuatan otot untuk nilai kemampuan semasa.
Daripada hasil penilaian, kami cadangkan teknik pengaktifan otot Quadriceps — langkah awal sebelum buat senaman pengukuhan yang lebih intensif.
Kenapa?

✅ Kurang risiko radang sendi lutut
✅ Lebih selamat berbanding senaman advance
✅ Mudah difahami & boleh dibuat sendiri di rumah

Walaupun nampak mudah, bila dilakukan secara konsisten, teknik ini boleh beri kesan yang sama hebat macam kayuh basikal atau ke gym — tanpa bebankan sendi.

Harapan Kami

Semoga dengan rutin pengaktifan otot ini, Pn. Saba akan semakin yakin untuk naik turun tangga semula. Dan yang paling penting, dapat hidup aktif kembali, ziarah kawan-kawan dan ke surau seperti yang diimpikan.


Di GT Physio, kami percaya:
“Tak perlu seksa lutut dengan senaman susah — kami bantu secara berperingkat, ikut keperluan dan kemampuan sebenar anda.”

Share:

More Posts

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS)

Iliotibial Band Friction Syndrome (ITBFS) ITBFS berlaku apabila keradangan tercetus pada bahagian tepi tulang peha (lateral femoral condyle) akibat tekanan yang berlebihan dan berterusan secara berulang. Keadaan ini lazimnya dialami oleh pelari, penunggang basikal (cyclist), atau atlet (Levine, 2010). Punca-Punca ITB Syndrome 1. Ketidakseimbangan Otot Hip Flexor Kefungsian otot iliopsoas

Read More »

TENNIS ELBOW ATAU SAKIT SIKU

Kes Sakit Siku – Kemungkinan Berkait Dengan Posisi Tulang Kipas Sakit Siku & Posisi Tulang Kipas: Punca Tersembunyi Yang Ramai Tak Perasan | GT Physio Ramai orang menganggap sakit siku sebagai masalah kecil — hanya otot lenguh atau kesan penggunaan tangan yang berlebihan. Namun, dalam banyak kes, sakit siku sebenarnya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.