Jalan dah tak bertongkat. Selamat tinggal tongkat

Tak confident nak jalan kalau tak ada tongkat

Jalan bertongkat memang sinonim dengan golongan berusia dari umur 50 tahun ke atas. Ada yang sebab sakit. Ada yang sebab tak stabil. Ada juga yang rasa yakin bila ada tongkat masa nak jalan. Tak ada tongkat, memang tak konfiden nak jalan. Kesian pada makcik yang bertahun dah jalan bertongkat, tapi bila ada kerja tetap kena gagahkan jugak diri jalan. Nak buat macam mana kerja tetap kerja. Jadi, sampai bila nak macam ni. Ada makcik ni masih bekerja, nak pencen lagi tiga tahun. Tempat kerja pulak kena naik turun tangga. Pernah tengok kawan dia pun ada problem sama. Tapi sekarang nampak dah tak bertongkat dah dia. Dia bagitau ada buat terapi lutut di GT Physio. Tanya dia fisioterapi tu apa, dia kata yang tukang perbetulkan sendi-sendi. Apa salah kalau dicuba. Mana tau serasi. Teringin jugak nak jalan tak bertongkat macam kawan makcik.

Towards Physical Freedom!

Dapat je nombor telefon dari kawan. Terus call dan book appointment. Bila datang tu macam-macam soalan terapis perempuan tu tanya, penat makcik nak jawab, rasa macam polis buat siasatan pulak. Rupanya tu memang prosedur kerja dia. Makcik pun cerita la “makcik dah setahun sakit lutut, dulu okay lagi tapi sekarang rasa makin sakit sampai kena bertongkat. Jumpa doktor, doktor kata lutut makcik dah ‘kurang gel’ tahap 3. Kalau bertambah teruk kena operate”. Seram makcik dengar, kalau boleh memang tak nak operate, tu yang makcik ikhtiar cari cara lain ni. Bukan apa sekarang ni bila bertongkat, makcik susah nak berjalan ke tempat kerja, kalau dapat tempat parking jauh lagi la. Perit rasa nak jalan. Bila ada urusan kena naik tangga tu memang tahan je sakit lutut. Nak jugak boleh solat di masjid dengan kawan tambah-tambah bulan puasa ni makcik nak solat terawih. Bila bertongkat ni susah. Bila terapis tu buat pemeriksaan dekat makcik, dia kata keadaan kepala lutut (patella) makcik, masih ada pergerakan. Tapi bila check julat pergerakan lutut makcik guna tikar biru dekat situ, dia beritahu julat pergerakkan lutut makcik terhad, tak capai julat yang normal. Sepatutnya dapat bacaan 10cm ke atas tapi lutut makcik dapat 5cm ja. Dia kata bila tak dapat bacaan normal, ni yang akan menyebabkan aktiviti harian makcik terganggu. Selepas dia buat beberapa test lain dekat makcik, dia kata ada 3 masalah yang menjadi punca: 1. Kekuatan otot peha lemah. 2. Otot tepi peha terlalu aktif sehingga mendominasi otot sebelah dalam. 3. Kedudukan lutut tak selari dengan jari kaki nombor 2. Selepas dia lembutkan semula otot tepi peha dan aktifkan otot bahagian dalam peha makcik. Bila dia suruh makcik jalan, makcik tak percaya sakit lutut makcik dah berkurang, jalan rasa ringan sangat. Macam magik tangan dia. Alhamdulillah. Sesi seterusnya dia kata dia nak kuatkan pulak otot peha makcik. Makcik gembira sangat sebab rupanya kaki makcik ni boleh ja jalan tanpa tongkat. Lepas ni boleh la pergi kerja tanpa tongkat.

Share:

More Posts

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca

Read More »

Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”

OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.