HANYA BETULKAN 2 PERKARA NI, SAKIT LUTUT YANG BERTAHUN PUN BOLEH BERKURANG

Di umur emas seperti ini, ibadah solat adalah fokus utama. Sayang kalau tak dapat solat dengan sempurna.

Salah satu masalah utama warga emas yang solat atas kerusi adalah bila nak bangun masa qiyam. Rasa mencucuk2 lutut. Pedih sampai nak nangis. Kena tahan lutut nak bangun.

Rasa tak puas kalau tak boleh bangun masa qiyam dalam solat.

Ada Si anak datang fisio bawak mak. Mak sakit lutut, susah nak bangun masa solat. Anak nampak keadaan mak dan mengadu pada si kawan. Si kawan pernah datang jumpa fisioterapi sebab sakit lutut juga. Jadi kawan sarankan bawak mak jumpa fisioterapi. Kawan bagi nombor dan anak terus book appointment sebab sayang pada mak. Hari tu jugak datang untuk buat pemeriksaan.

942febbcac6a2e0408dd5d9c61afaed4e468cdaf80e40e2852c86e02c6802b75_big_gallery Radiological-kissing-lesion-RKL-in-the-medial-compartment-is-shown-on-preoperative limitedmobility Untitled+design+(35)

Kissing knee

Bila check, rupanya lutut mak rapat masuk ke dalam semasa pergerakan duduk ke bangun. Kita panggil ‘kissing knee’. Kedua-dua kaki mak pun tak berada dalam keadaan lurus. Senget terkeluar.

Masalah ni mungkin berpunca daripada kedudukan tempurung lutut tidak berada ditempat asalnya. Jadi bila nak bangun, berat badan akan jatuh banyak pada lutut. Sebab tu lah sakit lutut. Sepatutnya, berat badan mesti jatuh sekata pada peha, lutut dan tapak kaki.

Bila Si terapis bantu betulkan kedudukan kaki lurus ke hadapan, dan support lutut mak supaya selari dengan ibu jari kedua, alhamdulillah mak kata sakit dah berkurang. Nak bangun pun lagi senang.

Baru lah tahu punca sakit lutut mak. Jadi rawatan untuk hari tu hanya buat duduk bangun dari kerusi sahaja, di tambah dengan awareness untuk posisikan lutut dengan betul.

Kedudukan tempurung lutut yang betul mestilah selari dengan jari kaki kedua. Baru lah berat badan akan jatuh seimbang bila berdiri.

Towards Physical Freedom!

Jadi kalau nak lutut kurang sakit masa bangun, kena buat 2 perkara ni:

1. Kedudukan kedua-dua belah kaki lurus ke hadapan

2. Lutut selari dengan jari kaki kedua

Alhamdulillah, harini kita betulkan kedudukan lutut mak. Sesi seterusnya kita check kekuatan otot kaki mak pula.

Share:

More Posts

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Ini Penjelasan Saintifiknya

Kenapa Sakit Lutut Bila Bangun Duduk? Punca Utama Pes Anserine Bursitis | GT Physio Ramai orang mengadu sakit pada bahagian tepi dalam lutut, terutamanya ketika bangun dari kerusi, berjalan menaiki tangga, atau selepas duduk bersila dalam tempoh lama. Walaupun ramai menganggap ia sebagai tanda penuaan, hakikatnya keadaan ini mempunyai punca

Read More »

Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting”

OCCUPATIONAL SITTING Risiko sakit belakang daripada “occupational sitting” 🪑 Duduk Lama & Slip Disc — Apa Kaitan Sebenarnya? Ramai antara kita bekerja dalam posisi duduk yang lama — depan komputer, dalam kereta, atau di pejabat. Tapi tahukah anda, duduk terlalu lama sebenarnya memberi kesan langsung kepada kesihatan tulang belakang, terutamanya

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.