Pagi ini, saya menerima seorang klien yang mengadu masalah kebas — rasa pijar dan panas terbakar pada bahagian belakang peha kiri yang menjalar hingga ke jari kaki.

Rasa tidak selesa ini semakin ketara setiap kali beliau duduk. Duduk sekejap pun sudah terasa sensasinya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kesakitan akan berkurang apabila badan disengetkan ke kanan.
Kemungkinan besar, ini adalah strategi semula jadi tubuh untuk mengurangkan tekanan pada otot piriformis di bahagian pinggul kiri.

Semasa pemeriksaan, apabila kami melakukan palpasi pada otot piriformis, terasa jelas keketatannya.
Perbezaan ketara dapat dirasai antara bahagian kiri dan kanan.

Kemungkinan besar, otot piriformis inilah yang menekan saraf sciatic, menyebabkan rasa panas yang menjalar semakin teruk setiap kali beliau duduk.

Rancangan Rawatan Hari Ini

Hari ini, kami fokus kepada dua perkara utama:

  1. Melegakan otot piriformis
  2. Membetulkan postur duduk klien

Kedudukan pelvis yang kurang tepat semasa duduk menyebabkan berat badan tertumpu terus pada otot-otot kecil, termasuk piriformis.

Kami juga mempertimbangkan kemungkinan tekanan pada disc di tulang belakang (rujuk Gambar 1) yang mungkin menyebabkan saraf sciatic tersepit.


Menariknya, selepas kami betulkan postur duduk beliau, simptom menunjukkan pengurangan yang ketara.
Ini menunjukkan bahawa perubahan kedudukan telah membantu mengurangkan tekanan pada disc dan juga pada otot piriformis itu sendiri.

Menurut Amin et al. (2017), apabila kita duduk, cakera (disc) di tulang belakang perlu menampung tekanan sekitar 40% lebih tinggi berbanding posisi lain.

Bayangkan jika anda duduk dalam tempoh yang panjang — berapa banyak tekanan yang perlu ditanggung oleh disc setiap hari?

 Kenapa Sakit Belakang Selalu Datang Balik?

Inilah sebabnya simptom sering berulang-ulang.

Selagi postur duduk tidak diperbetulkan, tekanan pada:

  • Otot (seperti piriformis), dan
  • Disc

…akan terus berlaku secara berulang.
Dua struktur inilah yang sering memberi tekanan kepada saraf sciatic, lalu menyebabkan gejala seperti kebas, sakit menjalar, atau rasa terbakar.

 Urutan Boleh Bantu… Tapi Sekadar Sementara

Ya, urutan pada otot boleh memberi kelegaan — tapi ia hanyalah penyelesaian sementara.
Selagi titik tekanan utama tidak dikenal pasti dan dibetulkan, simptom akan tetap berulang.

Pentingnya Pemeriksaan Menyeluruh

Inilah sebabnya kenapa pemeriksaan yang holistik sangat penting.

👉 Jangan hanya rawat tempat yang sakit.
👉 Rawat punca sebenar masalah.

Treat the source, not just the symptoms.

 

.

 

 

Share:

More Posts

Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata

Sakit Lutut Ketika Membengkok: Rupanya Bukan Salah Lutut Semata-Mata Harini dapat seorang pelanggan yang lutut baru 1 hari Sakit lutut terjadi apabila nak straight kaki bila berjalan tu dengar bunyi ‘kakh’ di lutut belah kiri Jadi beliau terpaksa berjalan dgn luruskan lutut bagi mengurangkan sakit di lutut. Beliau datang dan

Read More »

Send Us A Message

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.