Mengangkat barang berat merupakan salah satu punca sakit pinggang terjadi, tapi ada juga punca-punca lain yang boleh membawa kepada penyakit  ini.

Bergantung kepada punca yang membawa kepada sakit ini, anda perlu berhati-hati supaya tidak berlanjutan dan beransur menjadi penyakit yang lebih serius.

Teruskan membaca artikel ini kerana GT Physio akan menerangkan kepada anda punca sakit pinggang terjadi dan kenapa penyakit ini boleh membawa padah.

Kenali Sakit Pinggang

punca sakit pinggang

Sakit pinggang merupakan salah satu penyakit biasa dialami rakyat Malaysia.

Dari tahap biasa, sakit berterusan atau tiba-tiba sehingga sakit mencucuk hingga ke kaki, ini semua tahap kesakitan yang dialami pesakit sakit pinggang.

Sakit pinggang berlaku akibat otot dan ligamen di bahagian belakang badan tidak dapat berfungsi, kemudian menyebabkan regangan secara berlebihan berlaku.

Tulang menjadi tidak stabil disebabkan oleh otot yang lemah. Apabila ini berlaku, tulang tidak mampu menampung berat badan.

Tahap Sakit Pinggang

Simptom sakit belakang lazimnya dibahagikan mengikut cara ia mula-mula terjadi dan tempoh.

1. Sakit Akut

Sakit akut (acute pain) kebiasaannya terjadi secara tiba-tiba dan boleh berlarutan selama beberapa hari atau minggu.

Tahap ini dianggap sebagai tindak balas normal badan terhadap kecederaan atau kerosakan tisu di bahagian pinggang.

Pada tahap ini juga dianggap ringan kerana akan beransur-ansur pulih.

2. Sakit Pinggang Subakut

Sakit pinggang subakut atau subacute low back pain ini akibat daripada ketegangan otot atau sakit sendi berpanjangan.

Lazimnya, sakit pinggang jenis ini boleh berlarutan hingga 6 minggu dan boleh mencapai 3 bulan jika tidak dirawat dengan betul.

Pada tahap ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan.

3. Sakit Pinggang Kronik

Pada tahap ini, sakit pinggang subakut yang berlarutan lebih dari 3 bulan dipanggil sebagai sakit pinggang kronik.

Ini bermakna sakit pinggang telah menjadi kritikal sehingga mengehadkan pergerakan anda.

Pemeriksaan perubatan secara menyeluruh perlu dilakukan untuk menentukan punca sebenar kesakitan.

Punca Sakit Pinggang Terjadi

1. Posture Duduk Salah

postur badan

Jika anda perasan, setiap kali anda melihat skrin telefon, postur akan automatic membongkok, kan?

Lagi-lagi bila anda leka sambil menunggu rakan anda atau menunggu train sampai, kepala anda menunduk dan badan membongkok.

Inilah yang akan membuatkan anda sakit pinggang!

Jadi, amalkan postur duduk menegak, kepala diselaraskan selari dengan tulang belakang dan kedua-dua kaki dirapatkan ke lantai.

2. Herniated Disk

punca sakit pinggang

Vertebrae tulang belakang dilindungi cakera berbentuk gel, di mana senang kering atau haus jika mengalami kecederaan atau semakin meningkat usia.

Cakera yang lemah atau membonjol akan memberikan tekanan pada akar saraf di tulang belakang.

Ini boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan yang teruk.

3. Berat Badan Berlebihan

berat badan

Tulang belakang berfungsi untuk menyokong berat badan kita.

Tulang ini juga bertanggungjawab untuk menyerap dan menyebar semula tekanan kepada bahagian tulang lain supaya seimbang.

Tapi, bila anda mempunyai berat lebih daripada berat sepatutnya, anda memberikan tekanan yang berlebihan dari amaun tulang belakang boleh menyerap.

4. Angkat Barang Berat

punca sakit pinggang

Ketegangan akibat mengangkat berat, memulas tulang belakang, mengangkat barang tanpa mencangkung terlebih dahulu menyebabkan sakit ini berlaku.

Jadi, cangkung terlebih dahulu sebelum mengangkat barang dari lantai dan pastikan barang tersebut dibawa separas dada.

Ini untuk tidak memberikan tekanan kepada lengan dan juga tulang belakang.

Sebab Sakit Pinggang Boleh Membawa Padah

1. Kecederaan Tulang Belakang

tulang belakang

Apabila anda mengalami sakit pinggang berpanjangan, ini akan mengubah pergerakan, seterusnya meletakkan beban dan tekanan pada tulang belakang.

Tekanan berpanjangan pada abdomen ini menyebabkan tulang belakang atau vertebra cedera.

Lebih parah, ini boleh membawa kepada spinal stenosis (penyempitan saluran tulang belakang), radiculopathy (sakit saraf kronik), dan kerosakan saraf.

2. Kualiti Tidur Merosot

punca sakit pinggang

Sakit pinggang mengurangkan peluang anda mendapat posisi tidur yang selesa sepanjang anda tidur.

Secara umum, tidak mendapat tidur yang berkualiti berkait rapat dengan isu kesihatan secara keseluruhan seperti mood, fokus, dan kesejahteraan fizikal.

Jadi, ini bukanlah perkara yang anda perlu padang remeh.

3. Depression

Selain daripada mood anda “ke laut”, ini juga boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.

Sakit pinggang kronik membuatkan penghidap menjadi muram, sedih dan tidak bersungguh dalam melakukan rutin harian.

4. Mengehadkan Pergerakan

punca sakit pinggang

Sakit pinggang yang tidak dirawat menyebabkan rasa sakit yang berlarutan.

Ini membawa kepada kemungkinan untuk kehilangan pergerakan dan badan kaku.

Pergerakan yang terbatas menyebabkan banyak rutin harian terpaksa ditinggal, termasuk menghadiri ke kelas atau pejabat, di mana menerukkan lagi tekanan emosi anda.

Kesimpulannya, jangan anggap sakit pinggang itu akan sembuh dengan sendirinya jika anda melakukan aktiviti-aktiviti yang disebut di atas.

Ia boleh membawa kepada masalah kesihatan pinggang yang lebih kronik seperti pergerakan terhad atau lebih teruk, lumpuh.

Jadi, sila dapatkan pemeriksaan perubatan dari doktor untuk mendapat rawatan.

Untuk anda yang mengalami sakit pinggang, GT Physio ada menawarkan rawatan fisioterapi untuk sakit jenis ini.

GT Physio

Rawatan fisioterapi bertujuan untuk memulihkan kembali pergerakan dan fungsi anggota badan, di mana dalam hal ini, di bahagian pinggang.

Di GT Physio, rawatan fisioterapi untuk pesakit sakit pinggang terdiri daripada:

  • Therapeutic Exercise
  • Joint Mobilization
  • Muscle Activation Technique
  • Myofascial Release
  • Physical Screening
  • Fitness Exercise

Dengan rawatan fisioterapi ini, GT Physio akan merancang program yang sesuai untuk memulihkan kembali pinggang anda.

punca sakit pinggang

Berdasarkan pricing di atas, anda boleh jalani sesi pertama rawatan fisioterapi serendah RM120.

GT Physio berpengalaman dalam industri fisioterapi dan rehabilitasi hampir lebih 10 tahun dan terdiri daripada barisan ahli fisioterapi bertauliah.

Berikut adalah lokasi pusat rawatan fisioterapi kami di sekitar Semenanjung Malaysia:

  • Pulau Pinang (012-500 8700)
  • Selangor (03-3396 4200)
  • Kelantan (012-500 8700)

Sayangi kesihatan fizikal anda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fisioterapi untuk sakit pinggang, layari website GT Physio hari ini.

Rawat Sakit Pinggang Di GT Physio Hari Ini