Skoliosis adalah keadaan yang menjejaskan lengkung tulang belakang, selalunya terjadi dengan melengkung ke sisi kanan atau kiri.

Ini boleh memberi kesan kepada postur individu dan kesejahteraan keseluruhan.

Menyedari gejala awal adalah penting untuk rawatan yang berkesan.

Jom kami kongsikan mengenai skoliosis ini dan terokai tanda, gejala dan pilihan rawatan yang tersedia.

Apa Itu Skoliosis

Skoliosis adalah masalah tulang belakang yang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak baik untuk tulang seseorang individu.

Tahap atau darjah lengkungan tulang belakang manusia ditentukan untuk memastikan sama ada anda mempunyai risiko tinggi skoliosis atau sebaliknya.

Kebiasaannya, skoliosis bermula pada umur kanak-kanak dan menjadi lebih teruk serta kritikal apabila umur meningkat.

Jenis Skoliosis

skoliosis

Terdapat 3 jenis skoliosis, seperti:

1. Lordosis

Lordosis atau nama lain, swayback, terjadi apabila tulang belakang seseorang melengkung dengan ketara.

Lengkungan ini sangat ketara sehingga masuk ke bawah punggung.

2. Kyphosis

Kyphosis dikenali dengan ciri tulang belakang yang tidak normal, dengan lengkungan melebih 50 darjah.

3. Skoliosis

Seseorang yang mempunyai skoliosis mempunyai lengkungan tulang belakang berbentuk S atau C.

Rawatan Skoliosis

1. Menjalani Rawatan Fisioterapi

fisioterapi

Pesakit skoliosis yang mengalami lengkungan atau bengkok di bawah 30 darjah boleh menjalani rawatan fisioterapi.

Antara rawatan yang akan diberikan adalah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot tegang.

Rawatan ini juga sesuai untuk mengurangkan ‘ketat’ pada sendi tulang belakang.

Selain itu, senaman juga akan diajarkan untuk kesan yang sama seperti rawatan sebelum ini.

2. Memakai Brace

skoliosis

Pesakit tulang belakang yang mengalami bengkok tulang 30 hingga 40 darjah serta masih berusia remaja, anda sesuai untuk memilih pemakaian brace.

Brace ini seakan sama dengan korset dan girdle, tetapi digunakan untuk menyokong dan membetulkan semula tulang belakang bengkok.

3. Pembedahan Tulang Belakang

Rawatan yang terakhir, iaitu pembedahan tulang belakang.

Pilihan rawatan ini dilakukan ke atas pesakit yang mengalami lengkungan tulang belakang yang melebihi 40 darjah.

Tips Menjaga Tulang Belakang Sihat

1. Elak Membongkok Kepala Ke Depan

Doktor mengesyorkan untuk tidak membongkok kepala ke depan.

Posisi ini akan memberikan tekanan yang berlebihan pada saraf tunjang dan memampatkan saluran darah pada saraf tunjang.

Keadaan ini menyebabkan tulang belakang mengalami degenerasi secara beransur-ansur dari masa ke masa.

Postur ini sering dilakukan oleh rata-rata daripada kita sendiri semasa menggunakan telefon pintar.

2. Elak Mengangkat Barang Berat

skoliosis

Barang berat sudahlah membuatkan lengan kita lenguh bila diangkat.

Barang berat akan memberikan tekanan kepada otot dan tulang belakang.

Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan troli mengangkat barang.

Untuk barangan biasa, jika diangkat dari lantai, disarankan untuk mencangkung terlebih dahulu untuk mengangkat, kemudian berdiri semula.

3. Elak Memakai Kasut Tumit Tinggi

fisioterapi

Penggunaan kasut tinggi meletakkan ketidakseimbangan terhadap postur normal tubuh badan.

Pemakaian jangka masa yang lama boleh memberikan tekanan kepada tulang belakang.

4. Jangan Letak Dompet Di Poket Belakang!

skoliosis

Sumber: Medium

Benjolan disebabkan oleh anda meletakkan dompet di poket belakang membuatkan salah satu sisi badan terangkat.

Jadi, pelvis anda ternaik ke sisi tersebut, dan membuatkan tulang belakang lumbar atau tulang punggung membengkok.

Ketidakseimbangan ini akan memberikan tekanan, rasa sakit semasa anda duduk serta tulang belakang menjadi pendek, seterusnya membengkok.

5. Elak Tidur Meniarap

Posisi tidur meniarap membuatkan tulang torak menjadi rata dan jika ini berlaku berterusan, ia akan memberikan kesan pada tulang belakang.

Semasa posisi ini, kepala lebih cenderung untuk berpaling, jadi ini mungkin memburukkan lagi keadaan pesakit skoliosis.

Penutup

Penyakit skoliosis mempunyai peringkat dan jenis, jadi rawatan yang sesuai diperlukan untuk mengatasi lengkungan tulang belakang berbahaya ini.

Kepada yang sudah mula berasa sakit-sakit di tulang belakang, elok lah sekiranya anda mengambil langkah mencegah seperti yang disebut di atas.

Dengan mengetahui lebih lanjut mengenai skoliosis, anda boleh mengatasi skoliosis atau simptom yang mungkin lebih awal.

Rawatan Fisioterapi Di GT Physio

GT Physio menawarkan rawatan fisioterapi untuk masalah-masalah berikut:

  • Sakit bahu
  • Sakit tengkuk
  • Sakit belakang
  • Slip disc
  • Sakit pinggang
  • Sakit lutut
  • Strok
  • Kecederaan sukan
  • Warga emas

Rawatan fisioterapi di GT Physio efektif dan telah membantu ramai pesakit yang mempunyai masalah berkaitan yang disebut di atas.

fisioterapi

Rawatan Joint Mobilisation

Pakar fisioterapi di GT Physio terdiri daripada ahli fisioterapi yang terlatih dan berpengalaman dalam memberikan rawatan individu mengikut keperluan.

Anda boleh dapatkan rawatan terapi di cawangan GT Physio berdekatan anda di:

  • Seberang Jaya, Pulau Pinang (012-5008700)
  • Kubang Kerian, Kelantan (03-33964200)
  • Puncak Alam, Selangor (012-5008700)

Untuk maklumat lanjut boleh layari website GT Physio di www.gtphysio.com.my.

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Di GT Physio