3 Kesan Positif bila “Passive Movement” dilakukan di peringkat awal stroke.

Assalamu’alaikum wbt semua. Tuan/Puan, Otot kita mula mengetat seawal bulan pertama selepas serangan stroke. Ramai yang tak sedar, tau2 otot/sendi ketat dah. Perasan tak kalau di hospital dr akan merujuk pegawai fisio untuk buat pergerakan sendi untuk pesakit stroke. Kalau tak penting, confirm dr tak suruh. 3 kesan “passive movement” tidak dibuat seawal mungkin: – Otot mula mengecut dan mengeras – Pergerakan sendi semakin terbatas. – Pengaliran darah yang kurang baik. Jika dilakukan di peringkat awal 3 kesan di atas dapat dielakkan. Jadi kita sebagai penjaga mereka yang menghidap masalah stroke ni, perlulah belajar passive movement. Dapatlah kita bantu jaga sendi-sendi insan yang membesarkan kita dari kecil. Tangan itulah yang menyuap kita semasa kecil dan kaki itulah yang berjalan mencari rezeki untuk kita semata-mata untuk kita berjaya.

5 Masalah Umum Otot/Sendi dalam Kalangan Orang Berumur

Tuan-tuan & Puan-puan. Pernah tak kita dengar kata-kata ni — “Dah tua dah”, “Takpa dah tua kena banyak rehat”, “Tua-tua ni memang gini masalah nya” — dan yang sewaktu dengannya? Selalu bila susah nak buat sesuatu, mesti ayat-ayat tu yang keluar. Haa hari ini, kami nak dedahkan 5 Masalah umum yang menyebabkan “Senior Citizen” kita gunakan ayat-ayat di atas. Berikut adalah masalahnya: 1. Masalah pertama: Kekurangan pergerakan sendi (Sendi susah nak gerak) 2. Masalah kedua: Kekurangan stamina dalam melakukan aktiviti harian (Cepat penat) 3. Masalah ketiga: Kekurangan dalam kestabilan badan (Senang jatuh) 4. Masalah keempat: Postur badan yang tak betul. (Boleh jadi sakit lutut/pinggang/kaki) 5. Masalah kelima: Otot badan semakin kecut/kurang kekuatan. (Tak kuat macam dulu) Kesemua masalah di atas dapat dielakkan atau dikurangkan kesan sampingannya kerana tak semestinya dah berumur tak boleh nikmati aktiviti harian seperti orang muda. Macam mana nak betulkan ya? Haa pergerakan yang betul membantu lancarkan sendi, senaman yang tepat dapat kuatkan otot dan tingkatkan stamina, pembetulan postur badan dapat elakkan sakit belakang dan senaman kestabilan dapat perbaiki kestabilan badan (balance).

Kenapa Bahu Boleh Angkat Masa Baring, Tapi Tidak Masa Berdiri?

Isnin lepas, Client ke GT Physio Kelantan dengan  masalah shoulder . Kes yang biasa kami rawat dengan berkesan. Pemeriksaan Secara aktif, Client boleh angkat bahu kanan sampai 45 degree je. Client komplen berat sangat. Tak sakit macam sebelum dah. Tapi tak mampu angkat penuh. Bila tangan kiri tolong (secara assisted), boleh angkat penuh. Cuma ada rasa tegang sikit (VAS 3/10) dekat area armpit( ketiak) . Berkemungkinan ada isu dengan saraf Tapi.. Agak pelik, bila dalam posisi baring atau mengiring (supine & sd ly.), boleh je beliau angkat. Tidak dibantu pun boleh angkat penuh. . Mungkin ada kaitan dengan posisi SCAPULA atau otot sekeliling SCAPULA juga tu. Sebab dua posisi ni yang akan sediakan sokongan penuh untuk scapula, maka bebanan di scapular dapat dikurangakan dengan bantuan otot sekitar. Kajian dari Michiels and Bodem (1995) aktiviti otot bahu terutama deltoid BERKURANG bilamana pesakit dalam posisi baring berbanding berdiri. . Mengikut cerita beliau, dua minggu lepas memang ada kecederaan pada sendi bahu. Masa guna tongkat. Lutut memang dah sakit. Kena jalan jauh masa di Airport. Wheelchair tiada jadi terpaksa guna tongkat untuk berjalan. . Terapis kami kami menjangkakan tekanan ‘compressive force’ di bahu masa guna tongkat tu yang jadi punca. Overload. Terlebih beban. Mungkin ada luka dalam yang menyebabkan inflamasi pada tissue lembut di kawasan bahu kanan (tendonitis). Maybe condition ni yang menyebabkan several muscle dkt sh jt jdi ‘shut down’ and xactive. Maybe…. Perlu buat MRI untuk pastikan. . Untuk lawatan pertama, kami fokus pada mengurangkan simptom dulu. Urutan Teraputik otot bahu (rhomboid, levator scap) dapat melegakan rasa sakit dan tegang di dalam sendi bahu. Ini boleh meningkatkan julat pergerakkan jika simtom sedikit berkurang. . Kemudian, kami aktifkan otot yang kurang aktif untuk kembali beri sokongan pada sendi bahu dan sekitarnya. Kali ini kami guna teknik Isometric. Sangat sesuai untuk masalah di fasa sekarang. . Alhamdulillah balik tu dah boleh hold dah bahu kanan bila angkat ke atas. Sakit di tulang kipas pun dh kurang ke VAS 3/10.

Kenapa Sakit Tak Hilang Walaupun Dah Urut & Makan Ubat?

“Sakit Sciatica: Bukan Sekadar Sakit Pinggang, Tapi Ujian Sabar” Hari itu saya bertemu Encik Hakim. Umur lewat 40an, kerja banyak berdiri, banyak bergerak. Dia datang dengan muka sedikit lesu. “Sakit ni dah lama, cik. Dari pinggang tembus ke punggung, kadang sampai ke kaki. Nak duduk lama tak boleh, nak tidur pun rasa mencucuk.” Saya periksa pergerakan tubuhnya. Sciatica. Saraf terhimpit di bahagian belakang, menyebabkan sakit menjalar. Tapi saya nampak satu lagi perkara: badan dia tegang, emosi dia penat. “Saya dah cuba rehat, dah makan ubat, dah jumpa doktor… tapi sakit tetap datang. Saya risau, cik. Kerja saya tak boleh stop. Kadang saya rasa, saya ni dah rosak…” Saya pandang dia, senyum perlahan. “Encik Hakim, boleh saya cakap sesuatu?” Dia angguk. “Sciatica ni memang sakit fizikal, tapi fikiran kita boleh jadi ‘penyumbang’ kalau kita biar ia takut, stres, dan overthinking. Kita rawat badan, tapi kita juga kena tenangkan fikiran.” Saya ajar dia buat: • Breathing exercise bila sakit menyerang: tarik nafas 4 saat, tahan 4 saat, hembus perlahan. Ulang 5 kali. • Reframe mindset: bila rasa sakit, jangan cakap “Aku rosak.” Tukar kepada “Ini tubuh aku bagi isyarat untuk rehat & pulih.” • Fokus pada apa yang boleh dikawal: berat badan, postur, stretching ringan. Bukan fokus pada apa yang dah berlaku. Untuk sesi rawatan, saya susun plan: • Minggu 1–2: fokus lepaskan ketegangan otot. • Minggu 3–4: ajar senaman postur & core. • Minggu 5–6: tunjuk progress supaya dia nampak perubahan, bukan hanya rasa sakit. Dan saya pesan, progress bukan datang sehari dua. Kita perlu sabar, konsisten, dan tenang. Sebab bila fikiran panik, badan makin tegang. Bila hati sabar, badan lebih bersedia untuk sembuh. ⸻ Kesimpulan: Rawat sciatica bukan sekadar urut atau senaman. Ia juga tentang mengajar pesakit mengurus fikiran dan emosi, supaya perjalanan pemulihan lebih ringan, lebih yakin, lebih kuat. Sahar Sulaiman Terapis Jiwa Kental

Dari Lutut ke Punggung: Bila Otot ‘Backup’ Letih

“Antara Kopi, Sciatica dan Pembedahan Lutut” Tadi, masa aku tengah lepak minum kopi panas di Waroeng Kopi Pojok 77, telefon berbunyi. Seorang kenalan call — tanya tentang sakit yang menjalar dari punggung ke kaki, macam mencucuk-cucuk bila duduk lama, kadang-kadang sampai kebas. Katanya, dia baru je lepas pembedahan lutut beberapa bulan lepas. Ingatkan bila lutut dah operate, semua selesai. Tapi sekarang, sakit lain pula datang. Aku dengar baik-baik, dan aku tanya beberapa soalan. Lepas sembang, aku suspek kuat: Masalah sciatica — berpunca dari otot punggung (gluteal) yang lemah, dan piriformis yang terlalu kerja keras. Mudah cerita macam ni: Lepas pembedahan lutut, ramai orang jalan terhencut-hencut, otot-otot sekitar punggung jadi makin lemah sebab kurang guna. Gluteal ni penting — dia macam enjin yang stabilkan badan kita. Bila otot utama ni lemah, otot kecil macam piriformis pula terpaksa ambil alih kerja berat. Masalahnya, piriformis ni kecil je — bila dia ‘overwork’, dia jadi keras, ketat, dan akhirnya tekan saraf sciatic. Sebab tu mula rasa: • Sakit punggung menjalar ke kaki • Kebas bila duduk lama • Rasa mencucuk terutama bila bangun berdiri Aku cakap dengan dia — ini biasa berlaku kalau rehab tak habis betul-betul lepas operation lutut. Bukan salah dia pun. Ramai tak sedar, bila fokus cuma pada lutut, tempat lain yang ‘back up’ terabai. Aku bagi dia beberapa cadangan asas: kuatkan semula otot gluteal, jangan lupa regangkan piriformis dengan teknik betul, dan kalau berlarutan, kena buat assessment penuh. ⸻ Kalau kau yang baca ni pun ada rasa sakit menjalar dari punggung ke kaki, lebih-lebih lagi lepas ada sejarah cedera atau operate, besar kemungkinan ada kaitan yang sama. Jangan tunggu sampai makin teruk. Kalau nak, komen je “Saya” kat bawah, atau DM terus — aku explain lebih detail apa boleh buat. Kopi aku ni habis, takde sape nak belanja tambah. tapi insyaAllah, sakit kamu ada jalan penyelesaiannya. Sahar Sulaiman Pawang Sciatica

Bila Tubuh Tak Percaya Ia Boleh Pulih – Maka Ia Akan Kekal Sakit

Percaya ( Belief) Ini antara pencetus kepada sakit sendi , urat dan tulang. Ada sensor kat situ yang berhubung terus dengan otak dan tulang belakang. Dan ada kenangan yang disimpan kat situ. Jika di ingatkan balik atau melalui situasi yang seakan sama, berkemungkinan sakit akan terasa walaupun tidak disakiti. Jadi ini perlu ditukar. Di rawat secara berperingkat. Jika tidak, ia akan jadi kronik. Susah nak rawat sebab ia ada dalam kotak kenangan. Kena bagi dia lalui pergerakkan/aktiviti yang dia percaya akan sakitinya, dan yakinkan dia bahawa aktiviti itu selamat dan tidak menyakitkan. Perlu pantauan dari ahlinya. Biasanya ahli terapis fizikal yang mahir dalam pergerakkan dan teknik pembiasaan pergerakkan yang konfem selamat dan berfungsi. Jadi, kepercayaan itu perlu. Tapi nak percaya kena yakin dengan program yang terapis sediakan. Pokoknya, kena cari terapis yang boleh dipercayai dulu.

 7 Jam Dalam Kereta, Tapi Pinggang Tak Sakit — Ini Rahsianya

Baru sampai kuantan. Gerak dari Rantau Panjang, Kelantan tadi jam 12 tengahari. 7 jam baru sampai Kuantan. Pasti pinggang rasa tak selesa. Ya lah duk lama. Alhamdulillah. Dengan ilmu physio yang ada dan di praktis kan. Pinggang rasa nyaman je. Otot peha (Hamstrings) pun tak ketat. Hanya perlu buat pergerakkan setiap 45minit. Jangan berada di posisi yang sama je. Perubahan posisi akan merubah titik tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang. Tu yang cepat lenguh dan sakit( bagi yang dah Ada masalah kronik). Posisi yang biasa kena ubah adalah posisi tulang pelvik( pinggul). Dalam keadaan duduk, ia cenderung untuk melekuk ke bentuk huruf “C”. Posisi ini kalau Terlalu lama akan bagi tekanan pada otot, ligamen dan disc. Boleh hasil kan rasa sakit dan tak nyaman. Ubah posisi “C” ke posisi “U”. Lentikkan tulang pelvik ke depan. Pastikan tulang torasik statik( kekal dalam posisi asal). Fokus pada pergerakkan yang berlaku pada bahagian bawah tulang belakng( lumbar). Ulang 20 kali. Atau buat 2 minit. Bagi otot tu mula aktif dan dapat bekalan darah agar bisa kembali bekerja secara optima. Amalkan. Sangat sesuai untuk pesakit slip disc dan sakit berkaitan tulang belakang. Tapi tak semua orang boleh buat pergerakkan ini tau. Tak de kemahiran sebab lama dah tak buat. Ada yang dah jammed sendi tulang belakang. Kalau dah sampai tahap ni , meh sini kita restore tulang belakang anda Biar kembali aktif dan cergas.

Jantung Kita Ada ‘Stamina’ Sendiri — Dah Ukur Belum?

Macam mana nak ukur ketahanan jantung (HRR) ya? Assalamu’alaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan. Heart rate reserve (HRR) adalah kadar ketahanan jantung kita. Nampak remeh tapi penting dan selalu diabaikan. Sebab tu ramai ada masalah jantung. Jom kami ajar cara mudah nak check. Matematik tambah tolak sahaja. Peralatan yang diperlukan: 1. Pulse oximetre 2. Calculator 3.Kerusi Caranya: 1.Duduk atas kerusi dalam keadaan rehat dan letak “Pulse Oximetre” pada jari. 2.Lihat kadar dengupan jantung pada “Pulse Oximetre” yang stabil (Kadar tak berubah) dan ingat nombor tersebut (contoh: 75 bpm) *Resting Heart Rate (RHR) 3.Menggunakan calculator, tekan [220 – (umur anda) = ?] dan ingat nombor tersebut *Heart Rate Max (HrMax). 4.Contoh: 220 – 45 = 175, Kemudian 175 – 75bpm (kadar degupan jantung sewaktu berehat) = 100HRR HRR lagi tinggi, lagi bagus. Kalau rendah (kurang dari 85 HRR) bermakna ketahanan jantung kita kurang bagus dan berisiko untuk masalah jantung. Tapi jangan risau semua ni boleh ditingkatkan dengan senaman yang spesifik. Jantung kita adalah antara aset terpenting dalam badan kita. Rosak jantung, semua penyakit akan bertegur sapa dengan kita. Na’udzubillah. Jangan lupa untuk jaga diri kita, kerana dengan badan yang sihat, kita dapat berbakti dengan lebih untuk orang tersayang.

“Macam mana nak uji Ketahanan otot Badan Bahagian Atas eh?”

Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan. Kenapa kita perlu dengan KETAHANAN badan bahagian atas ya walaupon dah BERUSIA? Sebab tanpa otot bahagian atas badan yang kuat, susah kita nak lakukan aktiviti harian. Angkat barang, bawa motor, pandu kereta. Bila otot atas dah tak kuat, cepat bergetar lah tangan, cepat penat pon sama. Otot bahagian atas badan ni otot mana? Otot bahagian atas badan ni adalah otot bahu, lengan, dada, belakang atas. Macam mana kita nak tahu kekuatan otot kita pada usia berapa ya? Penerangan ada di bawah. Jom kita uji ARM CURL TEST. Ujian ini sah untuk mereka berumur 60 ke atas, tapi kalau yang muda nak cuba silakan. Mungkin otot kita pon dah umur 60 tahun ke atas sebab kurang bersenam. 1. Untuk lelaki, perlukan pemberat 4 kilogram dan untuk wanita pula memerlukan pemberat 2 kilogram. 2. Cari kerusi yang tiada “arm rest”, set masa kepada 30 saat, DUDUK DENGAN BADAN TEGAK. 3.Pegang pemberat dan tangan mesti lurus kebawah menghadap badan kita. 4.Lipat siku bersama pemberat sebanyak yang mungkin DALAM MASA 30 SAAT. Tangan menghadap badan setelah dilipat. *Boleh lihat gambar di bawah untuk cara uji di atas Skor untuk lelaki • 60 tahun ke atas – 16 ke 22 kali • 65 tahun ke atas – 15 ke 21 kali • 70 tahun ke atas – 14 ke 21 kali • 75 tahun ke atas – 13 ke 19 kali • 85 tahun ke atas – 11 ke 17 kali • 90 tahun ke atas – 10 ke 14 kali Skor untuk wanita • 60 tahun ke atas – 13 ke 19 kali • 65 tahun ke atas – 12 ke 18 kali • 70 tahun ke atas – 12 ke 17 kali • 75 tahun ke atas – 11 ke 17 kali • 80 tahun ke atas – 10 ke 16 kali • 85 tahun ke atas – 10 ke 15 kali • 90 tahun ke atas – 8 ke 13 kali Tunggu apa lagi? Jom sihatkan diri anda!!!

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.