Movement Assessment Bermula di Bawah – Bukan Di Tempat Sakit
Kaki kita, anggota yang pertama memijak bila bangun, dan yang terakhir menahan beban sebelum tidur. Kalau ada gangguan pada biomekanik, mobiliti, atau kekuatan, impaknya bukan setakat pada tapak kaki. Lutut dan pinggang pun boleh mula rasa beban. Sebab tu, antara ujian WAJIB dalam fizikal screening saya: Weight Bearing Lunge Test (WBLT) Guna alat khas dari Movement Assessment Technology (MAT) Saya ukur sejauh mana sendi pergelangan kaki boleh bergerak dalam posisi sebenar menahan beban. Kenapa penting? Kalau pergerakan pergelangan kaki terhad, postur badan akan mula alihkan tekanan ke tempat lain termasuk lutut & pinggang. Bila kita lari, melompat, atau hanya berdiri lama, kaki yang tak stabil boleh beri tekanan berlebihan pada sendi dan otot lain. Rawatan yang baik bukan bermula pada tempat sakit. Ia bermula dengan pemahaman tentang bagaimana badan kita bekerja sebagai satu sistem sehari harian. Dan bagi saya, ia bermula dari kaki. Sahar Sulaiman Fisioterapis | Rehab & Movement
Kembali Bergerak: Menangani Kinesiofobia dalam Pemulihan Slip Disc
Ramai pesakit slip disc rasa belum sembuh… walaupun sebenarnya badan mereka dah stabil. Kenapa? Salah satu sebab utama ialah kinesiofobia – iaitu takut untuk bergerak kerana risau sakit akan berulang. Masalahnya, ramai pesakit tak sedar pun mereka sedang alami kinesiofobia. Apa yang mereka tahu hanyalah: “Saya masih tak berani tunduk ke depan.” “Rasa ngilu tu buat saya takut nak cuba angkat barang.” “Saya elakkan solat normal, sebab takut sakit tu datang balik.” Sedangkan bila dinilai oleh fisioterapis: Tiada lagi tanda keradangan Pergerakan sendi dah bertambah baik Tiada simptom saraf yang aktif Tapi otak masih anggap pergerakan = bahaya. Inilah punca sebenar yang buat ramai rasa “belum sembuh”, walaupun secara fizikal dah semakin baik. ⸻ Apa kesan jika kinesiofobia tidak dirawat? Otot jadi semakin lemah Pergerakan makin terbatas Keyakinan diri makin hilang Sakit boleh jadi kronik ⸻ Apa yang boleh dibuat? 1. Dapatkan penjelasan yang betul – Faham bagaimana slip disc sembuh, dan mana gerakan yang selamat. 2. Mulakan semula dengan senaman progresif – Ikut panduan fisioterapis, dari gerakan mudah ke tahap lebih mencabar. 3. Bina semula keyakinan melalui pengalaman – Bila gerakan dilakukan dengan selamat dan konsisten, otak akan ‘belajar semula’ bahawa badan anda mampu bergerak tanpa cedera. ⸻ Kesimpulan: Kalau anda masih rasa “tak sembuh-sembuh” walaupun rawatan dah tamat, mungkin isu sebenar bukan lagi di tulang belakang — tetapi di cara otak anda memproses gerakan. Dan ini boleh dipulihkan. Dengan bimbingan yang betul, dan keberanian untuk mula semula, sedikit demi sedikit.
Latih Semula Otak Anda: Jalan Keluar dari Sakit Kronik
Semalam ke Benut. Bantu client yang ada simptom SCIATICA kronik. Sakit dah bertahun. Yang paling dia ingat mula jadi masa bulan puasa. Dekat nak raya. Kemas rumah. Alih alih almari dan sofa. Esoknya. Dah tak boleh bangun. Ke hospital dan terapi moden dan Traditional semua buat. Alhamdulillah. Baik. Tak sampai setahun, kena balik. Walaupun dah banyak pantang. Angkat barang memang tak buat. Takut kena lagi. Fobia katanya. Injection. Ubat . Terapi. Urutan. Bekam. Semua lah. Lega la sikit. Sejak dari tu, sakit memang melekat. Tak hilang. Cuma ada masa okey sikit , ada masa teruk. Hanya aktiviti dah tak buat. Solat pun guna kerusi. Bila saya check, fizikal dia okey. Mobiliti masih okey. Strength dah mula merosot. Mungkin sebab banyak aktiviti dia tak buat. Tapi masih okey untuk uruskan aktiviti harian sendiri. Kalau ikutkan proses sembuh. Dah lama dah luka yang kena masa angkat almari dan sofa tu sembuh. Biasa 4 ke 6 minggu dah okey. Mungkin tak dapat penjelasan yang betul, ada aktiviti yang dia buat walaupun dia rasa selamat , lambatkan proses sembuh luka dalam. Atau, otot dan ligament yang cedera tak dilatih kembali untuk kuat agar dapat tampung bebanan kepada tulang belakang. Bila dah bertahun, otak kita, sistem saraf pusat dah bermasalah. Ini yang sebabkan sakit masih lagi terasa walaupun dah sembuh. Kenapa Sakit Masih Ada Walaupun Cedera Dah Pulih? Kerana otak anda masih ‘ingat’ rasa sakit itu. Ini dipanggil neurotag iaitu otak membentuk ingatan bahawa pergerakan tertentu akan sebabkan kesakitan. Jadi kena latih semula otak untuk hilangkan sakit lama yang dah sembuh. Program namanya Centre Nervous System ReEducation Otak boleh dilatih semula. Dengan bantuan fisioterapi, anda boleh ajar otak bahawa: Pergerakan itu sebenarnya selamat Tiada bahaya sebenar lagi Anda boleh bergerak tanpa takut . 3 Langkah Mudah Re-educate Otak Anda: Fahami Sakit Anda Otak bukan musuh – ia cuma terlalu berhati-hati. Belajar kenapa sakit itu wujud walaupun tisu dah sembuh. Gerak Secara Berperingkat Mulakan dengan pergerakan yang mudah dan tidak menakutkan. Sedikit demi sedikit, tambah pergerakan yang dulu menyakitkan. Ulang, Ulang, Ulang Semakin kerap anda gerak dengan selamat, semakin kuat mesej baru kepada otak: “Pergerakan ini tidak berbahaya.” ⸻ Antara Latihan saya akan terapkan: pengaktifan semula otot core Latihan pernafasan (guna otot diafgram) Nerve gliding (senaman saraf) Sensory retraining (latihan rasa) Mirror therapy (terapi cermin) ⸻ Fisioterapi bukan sekadar otot dan sendi. Ia juga terapi untuk otak anda. Tak semudah tekan tekan , siap. Sahar Sulaiman Fisio Kesayangan Anda
Senah dan Neurotag: Kisah Sakit yang Belum Sembuh Dalam Otak

Senah dan Neurotag Lepas tengok rugby tadi terus ke Batu Pahat. Jumpa Senah. Aritu dia datang Pontian. Kali ni alang2 dari Muar aku pulak je tempat dia. Gym Rakyat Batu Pahat. Senah. Mula sciatica masa training. Dah okey sikit dia join event StrongFit. Lepas event cedera dia rasa belum pulih. Sakit dan takut nak workout. Setiap kali nak cuba, dia takut sakit. Aku dah screening. Fizikal dia dah ready untuk workout balik. Cuma takut. Aku nak cerita pada training orang kuat yang cedera dan kaitkan dengan neurotag sakit. Topik ni sangat menarik, kecederaan selepas event atau training kuat macam StrongFit, dan bagaimana ia berkait dengan neurotag dalam pain science. Kita akan kupas dengan logik pain neuroscience dan aplikasi praktikal untuk rehab dan komunikasi dengan pesakit. https://youtu.be/zqO5xr4FwcQ Cedera StrongFit & Neurotag Sakit: Bila Rasa Sakit Masih Kekal Walau Tisu Dah Sembuh Oleh: Sahar Sulaiman, Bercakap Dengan Sakit Bila tisu dah sembuh, tapi otak masih ingat sakit. Apa Itu Neurotag? Neurotag ialah corak aktiviti saraf (neural pattern) dalam otak yang “memrepresent” satu pengalaman, termasuk rasa sakit, takut gerakan, tempat kecederaan, atau emosi tertentu. Selepas StrongFit: Cedera Atau Neurotag? Latihan ala StrongFit yang melibatkan beban berat, stimulus baru seperti sled push, sandbag carry, atau yoke walk, boleh mencetuskan kecederaan atau kesakitan. 🧠 Tapi tak semua sakit = tisu koyak. Kadang-kadang: Rasa tegang, sengal, atau “sakit pelik” selepas event. Sakit itu datang semula minggu depan, walaupun dah rehat. Rasa sakit timbul bila buat gerakan yang mirip dengan gerakan yang dulu pernah mencetuskan sakit. Inilah peranan neurotag. Bagaimana Otak “Label” Gerakan Sebagai Berisiko Selepas trauma atau kecederaan: Otak mula hubungkan gerakan tertentu, alat, tempat dan suasana dengan ancaman. Maka, setiap kali pendedahan semula berlaku, neurotag akan diaktifkan. Contoh: Selepas yoke carry, rasa tegang di bahu dan leher. Minggu depan, bila buat overhead press, sakit itu muncul semula. Masuk gym, nampak sled — terus rasa cemas dan tegang. Dengar bunyi barbell jatuh — tiba-tiba rasa sakit belakang. Semua ini bukan semata-mata “koyak” — tapi otak sedang aktifkan neurotag sakit yang tersimpan. Apa Yang Boleh Kita Lakukan? 🔎 1. Kenal Pasti Trigger & Tukar Konteks Tukar bentuk latihan. Contoh: Daripada sled push → loaded carry ringan. Tukar tempat, suasana, atau jenis peralatan. Gunakan graded exposure untuk dedahkan semula otak secara selamat. Bercakap Dengan Pakar Fahamkan Pesakit tentang Pain Science Tissue damage = Kerosakan fizikal. Neuro-sensitization = Otak jadi terlalu peka walau tisu dah sembuh. Analogi: Macam alarm rumah — kadang-kadang berbunyi walaupun tiada pencuri. Latihan Kawalan Pergerakan & Pelbagaikan Gerakan Elakkan rehat mutlak. Gunakan pendekatan beransur-ansur dan adaptif. Kalau overhead press sakit → mulakan dengan landmine press. Kalau deadlift menyakitkan → cuba RDL ringan dengan tempo perlahan. Bina Semula Keyakinan Pesakit Perhatikan suara dalaman ini: “Aku takut cedera lagi.” Ini sebenarnya kuatkan neurotag sakit. Gantikan dengan: “Aku sedang bina semula kekuatan kawasan yang pernah cedera.” Kesimpulan Kecederaan dalam sukan seperti StrongFit bukan hanya isu biomekanik atau tisu koyak. Ia melibatkan otak, emosi, dan neurotag yang boleh menjadikan sakit itu lebih lama dan meluas Temui Pakar Terapis Anda ” Pendekatan rawatan bukan hanya fokus pada regangan atau rehat, tapi juga bantu reprogram semula otak pesakit — melalui pergerakan, pemahaman, dan keyakinan.