Apa beza Otot, Saraf, Ligament dan tendon?

Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan. Kenapa kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang beza otot, saraf, ligament dan tendon? Jom kita tengok penjelasan di bawah. 1. Otot-otot – Organ yang mengerakkan tubuh badan dan sumber penghasilan haba dalam tubuh badan kita. 2. Saraf – Organ yang menghantarkan signal (Gelombang elektrik) kepada otot-otot untuk bergerak, kulit untuk merasa dan tubuh badan untuk berfungsi. 3. Ligament – Tisu dalam tubuh badan manusia yang menstabilkan dan menyambungkan tulang ke tulang. 4. Tendon – Yang sambungkan otot ke tulang Kenapa bagus kita tahu semua ni ya? Supaya kita mudah kenal pasti mana punca sakit kita haaa gitu.

Kenapa kita sakit badan lepas Raya ya?

Assalamu’alaikum tuan-tuan dan puan-puan. Sedar tak sedar dah masuk Raya keberapa dah. Macam-macam aktiviti yang kita dah buat. Semuanya memenatkan. Tapi kenapa masa Raya terasa lebih memenatkan ya? Jom kita tengok penjelasan di bawah: Otot-otot dalam tubuh badan kita dapat serasi dengan aktiviti yang kita lakukan dalam jangka masa panjang. Kalau tak pernah guna tiba-tiba paksa lebih had memang akan terasa sakit nya. Sebab apa? Sebab otot-otot badan belum adaptasi dengan aktiviti baru tu. Masa raya kita perlu masak, layan tetamu ke rumah dan banyak lagi aktiviti yang kita jarang lakukan. Sepanjang Ramadhan pon dah berehat beli di bazaar atau masak sedikit-sedikit sahaja. Jadi otot kita tak bersedia menghadapi cabaran raya. Ajaibnya sesetengah pihak yang biasa kerja berat sepanjang Ramadhan tak terasa sakit-sakit badan sewaktu Raya. Sebab apa? Otot-otot badan dan biasa dengan aktiviti berat. Otot-otot dalam badan kita gemarkan pergerakan dan aktiviti. Kalau kita tiada pergerakan dan aktiviti yang memaksa otot-otot untuk aktif, lama-lama otot pon jadi lemah. Kita boleh lihat perbezaan mereka yang berumur 60 tahun zaman 60/70an dan zaman sekarang. Zaman 60/70an lagi kuat ya. Sebab apa? Aktiviti mereka. Ayuh kami bantu dalam mengaktifkan semula otot-otot anda dalam mengelakkan sakit-sakit badan atau sendi dalam waktu akan datang.

Sakit Belakang Tiba-Tiba Masa Kemas Rumah – Apa Patut Buat?

Kami ada seorang pesakit mengadu sakit belakang yang teramat. Sakit datang masa susun barang dan kemas rumah untuk Aidilfitri tiba-tiba “tangkap”. Sakitnya bukan kepalang sampai nak luruskan badan tak boleh dan kena papah. Terus pesakit hubungi terapis kami. Setelah buat pemeriksaan, otot belakang pesakit akan jadi sakit apabila mengecut dalam semua pergerakan yang dibuatnya. Pesakit terpaksa tidur dengan painkiller. Sakit sangat. Pesakit ni dalam ‘acute phase’ Di mana kami perlu treat sakit yang dialami dan tak ganggu proses penyembuhan. Jadi terapis kami tentukan untuk kurangkan sakit sahaja hari tu. Mengikut kajian dari Laumonier (2016), penyembuhan otot bermula 4-5 hari selepas kecederaan, dan akan sembuh sepenuhnya 3 – 4 minggu. . Jadi kami pesan, untuk control pergerakan. Kawal aktiviti: 1. Duduk lama 2. Baring lama 3. Angkat barang berat Senaman: 1.. Urutan (Soft tissue manipulation) pada otot peha depan & belakang 2. Senaman pengecutan otot belakang (isometric contraction) 3. Ubah posisi rehat setiap 30 minit . Alhamdulillah visit kedua, pesakit dah boleh rukuk dah. Cuma belum sepenuhnya. Kemungkinan luka dalaman belum sembuh jadi amatlah perlu berjaga jaga. RUJUKAN: Laumonier T, Menetrey J. Muscle injuries and strategies for improving their repair. J Exp Orthop. 2016 Dec;3(1):15. doi: 10.1186/s40634-016-0051-7. Epub 2016 Jul 22. PMID: 27447481; PMCID: PMC4958098.

 4 punca kenapa Orang Berumur (Elderly) Mudah Jatuh?

Tuan-tuan dan puan-puan, mengikut statistik, kadar orang berumur (Elderly) untuk jatuh dalam setahun adalah 8.5 dalam 100 orang dan untuk jatuh berulang kali adalah 3.2 dalam 100 orang setahun. Nampak macam sedikit tetapi, negara Malaysia dijangka akan menjadi (ageing society) pada 2030. Apabila semakin ramai golongan Elderly, makin ramai lagilah akan mudah jatuh. Jom kita tengok 4 punca golongan Elderly mudah jatuh: 1. Keseimbangan badan kurang 2. Otot-otot penting tak kuat 3. Kurang penglihatan 4. Masalah kesihatan (masalah jantung, dementia, tekanan darah rendah/ penyakit yang menyebabkan pening atau kurang/hilang sedar) Kita sebagai penjaga atau anak-anak perlu cakna dalam menjaga orang berumur/Elderly sebab apabila mereka jatuh ada banyak komplikasi akan berlaku. Yang paling utama “Patah”. Kami fisioterapi mampu melatih mereka yang ada tanda-tanda mudah jatuh untuk kurang kan kekerapan jatuh dengan latihan seperti, kuatkan otot, koordinasi badan, stamina dan lain-lain. Semua peningkatan ni pula akan kami catat dan berikan kepada pesakit. Sekiranya pesakit memerlukan alat bantuan berjalan juga kami akan sarankan berdasarkan keperluan pesakit. Haa apa lagi? Jom kita basmi “JATUH” dalam kalangan orang berumur/Elderly.

Kenapa Orang Berumur Cepat Penat/Jatuh?

Otot merupakan organ simpanan tenaga dalam badan kita, Malangnya sebahagian besar dari golongan yang berumur menghidap “Sarcopenia”. Tuan-tuan pernah dengar tak perkataan “Sarcopenia”. Apa tu?? Kenapa “Sarcopenia” effect kami? Sarcopenia adalah kehilangan jisim dan kekuatan otot yang berterusan disebabkan oleh faktor umur. Kurang aktif dan makanan yang tak sihat adalah punca utama sarcopenia ya . Kurang jisim otot, kuranglah tenaga. Kurang tenaga, cepatlah penat. Cepat penat (tak kuat), senang jatuh. Simptom “Sarcopenia”. 1. Kurang/hilang stamina 2. Sukar buat aktiviti seharian 3. Berjalan perlahan 4. Susah naik tangga 5. Tak stabil dan mudah jatuh 6. Saiz otot berkurang Mereka yang ada masalah yang berpunca dari “Sarcopenia” boleh dibantu dengan rawatan fisioterapi. Rawatan fisioterapi dapat melambatkan kadar otot mengecut dan kembalikan semula keseimbangan badan.

FLAT BACK & SLIPPED DISC

Kami ada satu patient. Beliau rasa sengal (dull ache) pada pinggul kanan dan simptom ada menjalar ke belakang peha dan betis kanan. Simptom datang bila 1. Berdiri lama 2. Duduk lama Simptom bertambah (Aggravating Factor) 1. Lentik badan ke belakang 2. Pusingan bdn ke kanan Kami berikan rawatan untuk trigger point pada awalnya, tapi bila otot otot pinggul (gluteus muscle group) dah release, simptom berkurang cuma tak hilang sepenuhnya. Patient kata simptom berkurang cuma bertambah semula apabila lama tak berjumpa therapist. Kami nampak macam ada penglibatan dengan spine (Lumbopelvic). Kami syak ada kaitan dgn disc di bahagian tulang belakang lumbar beliau. Bila kami observe lekuk pada tulang belakang, tiada curve. Flat. Kehilangan lekuk asli pada bahagian lumbar yang jadi pencetus. Lekukan pada tulang belakang tu penting untuk serap tekanan badan. Bila lekuk ni hilang, berat badan akan jatuh pada struktur badan yg lain. Termasuklah disc. Keadaan ni yg boleh jdi punca terjadinya slipped disc. Disc membenjol keluar. Untuk sesetengah kes, saraf terhimpit menyebabkan sakit smpai ke kaki. Kajian dri (Healey., 2005), tekanan pada tulang belakang (axial load) bertambah dalam posisi duduk dan berdiri yang lama. Yntuk pesakit yang ada masalah dengan ‘flatback’ (hilang lekuk), lagi banyak disc kena tahan bebanan. Alhamdulillah sakit pada pinggul dan menjalar di belakang peha patient dah berkurang selepas kami kembalikan semula lekukan dan aktifkan otot belakang (multifidus) beliau. RUJUKAN: 1. Healey EL, Fowler NE, Burden AM, McEwan IM. The influence of different unloading positions upon stature recovery and paraspinal muscle activity. Clin Biomech (Bristol, Avon) 2005;20:365–371. http://dx.doi.org/10.1016/j.clinbiomech.2004.11.003. [PubMed] [Google Scholar] 2.  Holtzman G, Harris-Hayes M, Hoffman SL, Zou D, Edgeworth RA, Van Dillen LR. Clinical examination procedures to determine the effect of axial decompression on low back pain symptoms in people with chronic low back pain. J Orthop Sports Phys Ther. 2012 Feb;42(2):105-13. doi: 10.2519/jospt.2012.3724. Epub 2011 Oct 25. PMID: 22027267; PMCID: PMC3628684.

 Ibu Jari Sakit Bila Kupas Bawang? Mungkin De Quervain!

Minggu lepas pihak GTPhysio ada pesakit dtg dengan masalah sakit pada ibu jari. Katanya sakit bertambah seminggu dah. Penambahan aktiviti kena prepare barang nk berniaga bulan Ramadhan ni punca utama juga. Paling sakit bila buat: 1. Potong sayur 2. Kupas bawang 3. Guna phone 4. Buka penutup botol 5. Pegang sudu Semua aktiviti yang ada pegerakan jari, akan sakit. Bila kami buat Finkelstein test, beliau tak boleh buat. Gerak ibu jari sikit pun sakit. Kami syak ada tissue (tendon) lembut di kawasan ibu jari yg terluka. Macam De Quervain. De Quervain keadaan dimana tendon tersepit di bahagian pegelangan tangan. Kalau tak dirawat, berlakulah penebalan tendon dan akan rasa sakit setiap kali pergelangan tgn digerakkan (Ippolito et al., 2020) Jadi rawatan kami fokus untuk kurangkan sakit terlebih dahulu dan kami educate beliau untuk kurgkan penggunaan ibu jari dulu. Ada tissue lembut yg terluka. Luka tak berdarah dan tak nampak pun dgn mata kasar. Lagi guna jari, luka tu akan berpanjangan. Tak sembuh-sembuh. Ubat sapu dan tahan sakit berpapan habis tapi sakit masih ada. Jadi, untuk haritu kami tape ibu jari untuk kurangkan pergerakan dan optimumkan process penyembuhan. Dan buat STM (urutan) pada otot lengan. Untuk lancarkan pengaliran darah. Alhamdulillah. Untuk sesi kedua, sakit dah banyak hilang, aktiviti pun dah banyak boleh buat. Alhamdulillah…. Ubat tahan sakit dah boleh tinggalkan. Rupanya, cukup dengan control pergerakan pun dah mampu kurangkan sakit. RUJUKAN: Ippolito JA, Hauser S, Patel J, Vosbikian M, Ahmed I. Nonsurgical Treatment of De Quervain Tenosynovitis: A Prospective Randomized Trial. Hand (N Y). 2020 Mar;15(2):215-219. [PMC free article] [PubMed] [Ref list]

4 langkah BERJAGA dalam melakukan “Passive Movement”

Assalamu’alaikum. Tuan-tuan/Puan-puan. Seperti mana kita tahu “Passive movement” ni banyak kebaikan nya. Banyak jugak dah tahu kepentingannya. Cuma, kita juga perlu ambil langkah-langkah berjaga bila buat “Passive Movement” ni sebab pesakit bergantung pada kita sepenuhnya. Antara langkah berjaga dalam “Passive Movement”: 1.Sejurus selepas kecederaan (Contoh: Hari pertama kepatahan, tisu terkoyak atau pembedahan). 2.Bengkak yang teruk / Deep Vein Thrombosis (DVT) 3.Sendi mengeras (terasa seperti sendi terkunci) 4.Sakit yang terlampau pada sendi. Pastikan kita tahu pesakit tiada masalah di atas sebelum kita lakukan “Passive Movement” pada mereka ya. Pesakit ni merupakan orang yang terdekat, jadi wajarlah kita untuk bantu mereka, dan belajar cara yang betul untuk bantu mereka. Siapa lagi yang boleh mereka bergantung harapan kalau bukan kita…

3 Kesan Positif bila “Passive Movement” dilakukan di peringkat awal stroke.

Assalamu’alaikum wbt semua. Tuan/Puan, Otot kita mula mengetat seawal bulan pertama selepas serangan stroke. Ramai yang tak sedar, tau2 otot/sendi ketat dah. Perasan tak kalau di hospital dr akan merujuk pegawai fisio untuk buat pergerakan sendi untuk pesakit stroke. Kalau tak penting, confirm dr tak suruh. 3 kesan “passive movement” tidak dibuat seawal mungkin: – Otot mula mengecut dan mengeras – Pergerakan sendi semakin terbatas. – Pengaliran darah yang kurang baik. Jika dilakukan di peringkat awal 3 kesan di atas dapat dielakkan. Jadi kita sebagai penjaga mereka yang menghidap masalah stroke ni, perlulah belajar passive movement. Dapatlah kita bantu jaga sendi-sendi insan yang membesarkan kita dari kecil. Tangan itulah yang menyuap kita semasa kecil dan kaki itulah yang berjalan mencari rezeki untuk kita semata-mata untuk kita berjaya.

5 Masalah Umum Otot/Sendi dalam Kalangan Orang Berumur

Tuan-tuan & Puan-puan. Pernah tak kita dengar kata-kata ni — “Dah tua dah”, “Takpa dah tua kena banyak rehat”, “Tua-tua ni memang gini masalah nya” — dan yang sewaktu dengannya? Selalu bila susah nak buat sesuatu, mesti ayat-ayat tu yang keluar. Haa hari ini, kami nak dedahkan 5 Masalah umum yang menyebabkan “Senior Citizen” kita gunakan ayat-ayat di atas. Berikut adalah masalahnya: 1. Masalah pertama: Kekurangan pergerakan sendi (Sendi susah nak gerak) 2. Masalah kedua: Kekurangan stamina dalam melakukan aktiviti harian (Cepat penat) 3. Masalah ketiga: Kekurangan dalam kestabilan badan (Senang jatuh) 4. Masalah keempat: Postur badan yang tak betul. (Boleh jadi sakit lutut/pinggang/kaki) 5. Masalah kelima: Otot badan semakin kecut/kurang kekuatan. (Tak kuat macam dulu) Kesemua masalah di atas dapat dielakkan atau dikurangkan kesan sampingannya kerana tak semestinya dah berumur tak boleh nikmati aktiviti harian seperti orang muda. Macam mana nak betulkan ya? Haa pergerakan yang betul membantu lancarkan sendi, senaman yang tepat dapat kuatkan otot dan tingkatkan stamina, pembetulan postur badan dapat elakkan sakit belakang dan senaman kestabilan dapat perbaiki kestabilan badan (balance).

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.