Latih Semula Otak Anda: Jalan Keluar dari Sakit Kronik

Semalam ke Benut. Bantu client yang ada simptom SCIATICA kronik. Sakit dah bertahun. Yang paling dia ingat mula jadi masa bulan puasa. Dekat nak raya. Kemas rumah. Alih alih almari dan sofa. Esoknya. Dah tak boleh bangun. Ke hospital dan terapi moden dan Traditional semua buat. Alhamdulillah. Baik. Tak sampai setahun, kena balik. Walaupun dah banyak pantang. Angkat barang memang tak buat. Takut kena lagi. Fobia katanya. Injection. Ubat . Terapi. Urutan. Bekam. Semua lah. Lega la sikit. Sejak dari tu, sakit memang melekat. Tak hilang. Cuma ada masa okey sikit , ada masa teruk. Hanya aktiviti dah tak buat. Solat pun guna kerusi. Bila saya check, fizikal dia okey. Mobiliti masih okey. Strength dah mula merosot. Mungkin sebab banyak aktiviti dia tak buat. Tapi masih okey untuk uruskan aktiviti harian sendiri. Kalau ikutkan proses sembuh. Dah lama dah luka yang kena masa angkat almari dan sofa tu sembuh. Biasa 4 ke 6 minggu dah okey. Mungkin tak dapat penjelasan yang betul, ada aktiviti yang dia buat walaupun dia rasa selamat , lambatkan proses sembuh luka dalam. Atau, otot dan ligament yang cedera tak dilatih kembali untuk kuat agar dapat tampung bebanan kepada tulang belakang. Bila dah bertahun, otak kita, sistem saraf pusat dah bermasalah. Ini yang sebabkan sakit masih lagi terasa walaupun dah sembuh. Kenapa Sakit Masih Ada Walaupun Cedera Dah Pulih? Kerana otak anda masih ‘ingat’ rasa sakit itu. Ini dipanggil neurotag iaitu otak membentuk ingatan bahawa pergerakan tertentu akan sebabkan kesakitan. Jadi kena latih semula otak untuk hilangkan sakit lama yang dah sembuh. Program namanya Centre Nervous System ReEducation Otak boleh dilatih semula. Dengan bantuan fisioterapi, anda boleh ajar otak bahawa: Pergerakan itu sebenarnya selamat Tiada bahaya sebenar lagi Anda boleh bergerak tanpa takut . 3 Langkah Mudah Re-educate Otak Anda: Fahami Sakit Anda Otak bukan musuh – ia cuma terlalu berhati-hati. Belajar kenapa sakit itu wujud walaupun tisu dah sembuh. Gerak Secara Berperingkat Mulakan dengan pergerakan yang mudah dan tidak menakutkan. Sedikit demi sedikit, tambah pergerakan yang dulu menyakitkan. Ulang, Ulang, Ulang Semakin kerap anda gerak dengan selamat, semakin kuat mesej baru kepada otak: “Pergerakan ini tidak berbahaya.” ⸻ Antara Latihan saya akan terapkan: pengaktifan semula otot core Latihan pernafasan (guna otot  diafgram) Nerve gliding (senaman saraf) Sensory retraining (latihan rasa) Mirror therapy (terapi cermin) ⸻ Fisioterapi bukan sekadar otot dan sendi. Ia juga terapi untuk otak anda. Tak semudah tekan tekan , siap. Sahar Sulaiman Fisio Kesayangan Anda

Senah dan Neurotag: Kisah Sakit yang Belum Sembuh Dalam Otak

Senah dan Neurotag Lepas tengok rugby tadi terus ke Batu Pahat. Jumpa Senah. Aritu dia datang Pontian. Kali ni alang2 dari Muar aku pulak je tempat dia. Gym Rakyat Batu Pahat. Senah. Mula sciatica masa training. Dah okey sikit dia join event StrongFit. Lepas event cedera dia rasa belum pulih. Sakit dan takut nak workout. Setiap kali nak cuba, dia takut sakit. Aku dah screening. Fizikal dia dah ready untuk workout balik. Cuma takut. Aku nak cerita pada training orang kuat yang cedera dan kaitkan dengan neurotag sakit. Topik ni sangat menarik, kecederaan selepas event atau training kuat macam StrongFit, dan bagaimana ia berkait dengan neurotag dalam pain science. Kita akan kupas dengan logik pain neuroscience dan aplikasi praktikal untuk rehab dan komunikasi dengan pesakit. https://youtu.be/zqO5xr4FwcQ Cedera StrongFit & Neurotag Sakit: Bila Rasa Sakit Masih Kekal Walau Tisu Dah Sembuh Oleh: Sahar Sulaiman, Bercakap Dengan Sakit Bila tisu dah sembuh, tapi otak masih ingat sakit. Apa Itu Neurotag? Neurotag ialah corak aktiviti saraf (neural pattern) dalam otak yang “memrepresent” satu pengalaman, termasuk rasa sakit, takut gerakan, tempat kecederaan, atau emosi tertentu. Selepas StrongFit: Cedera Atau Neurotag? Latihan ala StrongFit yang melibatkan beban berat, stimulus baru seperti sled push, sandbag carry, atau yoke walk, boleh mencetuskan kecederaan atau kesakitan. 🧠 Tapi tak semua sakit = tisu koyak. Kadang-kadang: Rasa tegang, sengal, atau “sakit pelik” selepas event. Sakit itu datang semula minggu depan, walaupun dah rehat. Rasa sakit timbul bila buat gerakan yang mirip dengan gerakan yang dulu pernah mencetuskan sakit. Inilah peranan neurotag. Bagaimana Otak “Label” Gerakan Sebagai Berisiko Selepas trauma atau kecederaan: Otak mula hubungkan gerakan tertentu, alat, tempat dan suasana dengan ancaman. Maka, setiap kali pendedahan semula berlaku, neurotag akan diaktifkan. Contoh: Selepas yoke carry, rasa tegang di bahu dan leher. Minggu depan, bila buat overhead press, sakit itu muncul semula. Masuk gym, nampak sled — terus rasa cemas dan tegang. Dengar bunyi barbell jatuh — tiba-tiba rasa sakit belakang. Semua ini bukan semata-mata “koyak” — tapi otak sedang aktifkan neurotag sakit yang tersimpan. Apa Yang Boleh Kita Lakukan? 🔎 1. Kenal Pasti Trigger & Tukar Konteks Tukar bentuk latihan. Contoh: Daripada sled push → loaded carry ringan. Tukar tempat, suasana, atau jenis peralatan. Gunakan graded exposure untuk dedahkan semula otak secara selamat. Bercakap Dengan Pakar Fahamkan Pesakit tentang Pain Science Tissue damage = Kerosakan fizikal. Neuro-sensitization = Otak jadi terlalu peka walau tisu dah sembuh. Analogi: Macam alarm rumah — kadang-kadang berbunyi walaupun tiada pencuri. Latihan Kawalan Pergerakan & Pelbagaikan Gerakan Elakkan rehat mutlak. Gunakan pendekatan beransur-ansur dan adaptif. Kalau overhead press sakit → mulakan dengan landmine press. Kalau deadlift menyakitkan → cuba RDL ringan dengan tempo perlahan. Bina Semula Keyakinan Pesakit Perhatikan suara dalaman ini: “Aku takut cedera lagi.” Ini sebenarnya kuatkan neurotag sakit. Gantikan dengan: “Aku sedang bina semula kekuatan kawasan yang pernah cedera.” Kesimpulan Kecederaan dalam sukan seperti StrongFit bukan hanya isu biomekanik atau tisu koyak. Ia melibatkan otak, emosi, dan neurotag yang boleh menjadikan sakit itu lebih lama dan meluas Temui Pakar Terapis Anda ” Pendekatan rawatan bukan hanya fokus pada regangan atau rehat, tapi juga bantu reprogram semula otak pesakit — melalui pergerakan, pemahaman, dan keyakinan.

TANDA TANDA ANDA KENA SIMTOM SCIATICA

Tanda-Tanda Anda Hidap Sciatica: Adakah Ini Punca Sakit Kaki Anda? Adakah anda rasa sakit dari pinggang hingga ke kaki yang makin menjadi-jadi bila duduk lama atau memandu? Hati-hati – itu mungkin sciatica, satu kondisi yang melibatkan saraf sciatic anda. Mari kenal pasti tanda-tandanya.    ✅ Apa Itu Sciatica? Sciatica merujuk kepada kesakitan yang berlaku apabila saraf sciatic – saraf paling panjang dalam badan – terhimpit atau meradang. Saraf ini bermula dari bahagian bawah tulang belakang dan menjalar ke punggung, peha, betis, hingga ke tapak kaki. ⚠️   Tanda-Tanda Biasa Sciatica 1. Sakit Menjalar dari Punggung ke Kaki • Rasa sakit bermula di bahagian bawah belakang dan turun ke sebelah kaki. Kadang-kadang sampai ke tumit atau jari kaki. 2. Kebas dan Semut-Semut • Rasa mencucuk, kebas, atau seperti ‘pins and needles’ sepanjang kaki yang terlibat. 3. Kaki Terasa Lemah atau Berat • Anda mungkin sukar angkat kaki, berjalan jauh, atau terasa kurang seimbang. 4. Sakit Bertambah Bila Duduk Lama • Duduk di kerusi terlalu lama, atau bangun dari duduk boleh mencetuskan sakit. 5. Sakit Bertambah Bila Bersin atau Batuk • Ini kerana tekanan pada saraf akan meningkat dan menambah iritasi.    ⏳ Bila Perlu Jumpa Pakar? Segera berjumpa fisioterapi atau doktor jika anda mengalami: • Sakit yang berpanjangan lebih 1 minggu • Kelemahan otot yang makin teruk • Masalah kawalan kencing atau buang air besar (kecemasan perubatan!) ⸻   💡 Rawatan untuk Sciatica Rawatan bergantung kepada punca dan tahap kesakitan. Rawatan biasa termasuk: • Rawatan fisioterapi • Senaman regangan khusus • Manual therapy • Ice/heat therapy • Nasihat postur & aktiviti harian.📍   Mahu Rawatan untuk Sciatica? Di GT Physio Penang, kami bantu anda kurangkan sakit dan kembali aktif melalui rawatan berfokus dan selamat. 📞 Hubungi kami untuk sesi konsultasi atau rawatan ke rumah: https://gtphysiopenang.my.canva.site/

SUHU SEJUK BUATKAN GEJALA SCIATICA MAKIN TERUK??

Suhu Sejuk & Sciatica? Berkaitan! 🧠 Sakit Sendi termasuk Sakit Belakang Dipengaruhi Suhu Sejuk (Aircond) Ini yang berlaku bila persekitaran sejuk. ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ Kesimpulan: Suhu aircond bukan punca utama, tapi boleh jadi penyebab yang mampu mencetuskan reaksi fisiologi tertentu dalam otot, saraf, dan sendi yang seterusnya membawa rasa sakit ketika berada dalam suhu sejuk terutamanya ketika tidur. ⸻ ✅ Tips Elak Sakit Makin Teruk Bila Sejuk• Jangan terlalu sejukkan bilik aircond, tetapkan suhu sekitar 23–25°C• Pakai baju atau selimut yang cukup hangat semasa tidur• Buat regangan ringan sebelum tidur untuk kurangkan ketegangan otot• Minum air suam untuk bantu badan kekal hangat dan tingkatkan peredaran darah• Jika sakit berterusan, dapatkan rawatan fisioterapi untuk bantu pulihkan saraf dan otot Tak lupa juga, kawal stress. Jangan fikir bukan bukan. Tak pasti tanya ahli yang berkelayakkan. Salah info, jadi payah nak sembuh. Sahar SulaimanEducate Sciatica Client. Facebook Twitter LinkedIn Telegram Threads WhatsApp Uncategorized SUHU SEJUK BUATKAN GEJALA SCIATICA MAKIN TERUK?? admin • May 25, 2025 • No Comments 🧠 Sakit Sendi termasuk Sakit Belakang Dipengaruhi Suhu Sejuk (Aircond) Ini yang berlaku bila persekitaran sejuk. ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ Kesimpulan: … Uncategorized Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama Guidepro Resources • May 18, 2025 • No Comments “Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan … Uncategorized Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Guidepro Resources • May 14, 2025 • No Comments Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalanSciatica ialah sakit akibat saraf … Uncategorized Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya – Belajar Dari Kisah Adib Guidepro Resources • May 14, 2025 • No Comments Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya Belajar Dari Kisah Adib Kami Bantu Anda Masa saya dan Yell sembang pasal masalah sakit tumit (plantar …

Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama

“Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan sebaik mungkin:- Guna bahasa mudah- Tunjuk gambar sendi- Jelaskan rawatan langkah demi langkah Tapi pesakit masih ulang soalan sama. Atau lebih risau jika dia balik rumah, dan cerita pada anak cucu versi yang lain pula. Jadi salah faham. Ini bukan salah pesakit. Dan bukan juga semata-mata salah kita.Ini tanda jurang kefahaman yang wujudantara apa yang kita sampaikan, dan apa yang mereka betul-betul hadam. Jadi… kenapa perkara ni berlaku? Berikut beberapa punca biasa kenapa pesakit masih keliru walaupun info dah diberi: 1. Terlalu banyak maklumat dalam satu masa– Otak pesakit tak sempat hadam semua. Terlalu banyak perkara baru, terlalu laju. 2. Bahasa perubatan masih terlalu rumit– Kita fikir kita dah mudahkan, tapi istilah seperti “radang”, “tisu lembut”, atau “degenaratif” tetap asing bagi mereka. 3. Emosi mendahului logik– Bila seseorang sedang risau, sakit, atau takut, otak mereka lebih fokus pada perasaan — bukan penerangan kita. 4. Mereka ‘angguk’ bukan sebab faham — tapi sebab segan nak tanya– Terutama warga emas. Mereka takut nampak “bodoh” bila tanya balik. 5. Mereka datang bukan seorang — ada pengaruh keluarga– Ada yang lebih percaya pada cakap suami/anak/menantu dari nasihat perawat. 6. Pengaruh luar & internet– Dah tengok TikTok atau Google dulu, dan mereka yakin dengan teori yang lebih “popular” walaupun tak tepat. 7. Memori makin lemah bila usia meningkat– Bagi pesakit warga emas, daya ingatan dan fokus tak sekuat dulu. Apa yang saya ubah sejak tu?Saya mula tanya satu soalan penting setiap kali sebelum mula rawatan:  “Apa yang awak faham pasal sakit atau simptom ni?”Soalan ni nampak kecil, tapi kesan dia besar.Dari situ saya tahu:– Mana pesakit yang betul-betul faham– Mana yang perlu saya ulang semula dari asas– Mana yang perlukan pendekatan yang lebih visual atau praktikal Bila pesakit faham, mereka lebih yakin.Bila yakin, mereka lebih mudah pulih.Itulah matlamat kita semua:bukan sekadar rawat, tapi bantu pesakit urus kesihatan mereka dengan faham dan tenang. Sahar SulaimanTalk Small, Big Impact Facebook Twitter LinkedIn Telegram Threads WhatsApp Uncategorized SUHU SEJUK BUATKAN GEJALA SCIATICA MAKIN TERUK?? admin • May 25, 2025 • No Comments 🧠 Sakit Sendi termasuk Sakit Belakang Dipengaruhi Suhu Sejuk (Aircond) Ini yang berlaku bila persekitaran sejuk. ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ ⸻ Kesimpulan: … Uncategorized Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama Guidepro Resources • May 18, 2025 • No Comments “Panjang lebar saya jelaskan… rupanya dia tak faham sangat. Duk ulang soalan sama.”Saya percaya ramai perawat pernah rasa macam ni.Kita dah jelaskan … Uncategorized Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Guidepro Resources • May 14, 2025 • No Comments Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalanSciatica ialah sakit akibat saraf … Uncategorized Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya – Belajar Dari Kisah Adib Guidepro Resources • May 14, 2025 • No Comments Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya Belajar Dari Kisah Adib Kami Bantu Anda Masa saya dan Yell sembang pasal masalah sakit tumit (plantar …

Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis

Kaitan antara Sciatica dan Plantar Fasciitis Sciatica lead kepada Plantar Faciitis1. Saling mempengaruhi melalui postur dan cara jalan Sciatica ialah sakit akibat saraf sciatic tertekan, biasanya berpunca dari slipped disc atau stenosis. Bila sakit menyerang, pesakit cenderung: Menukar postur berdiri (contoh: condong ke satu sisi untuk kurangkan sakit punggung). Mengubah cara berjalan (contoh: tempang, langkah pendek di sebelah sakit, atau elak letak beban penuh).Apa kesannya pada kaki? Tekanan badan jadi tidak seimbang, sebelah kaki akan terima beban lebih. Fascia plantar di kaki yang lebih banyak menampung beban akan terpaksa bekerja lebih keras untuk menyerap hentakan setiap langkah. Lama-kelamaan, beban tambahan ini menyebabkan microtrauma → mencetuskan plantar fasciitis. Sebaliknya, kalau pesakit asalnya ada plantar fasciitis, mereka mungkin juga akan ubah cara berjalan untuk kurangkan sakit tumit, yang akhirnya boleh memberi tekanan tak seimbang ke belakang badan meningkatkan risiko keradangan/tekanan pada saraf sciatic. 2. Kelemahan otot akibat sciatica / plantar fasciitis Sciatica yang teruk boleh mengganggu fungsi otot-otot yang disarafkan oleh saraf sciatic, seperti: Otot betis (gastrocnemius, soleus) → penting untuk pergerakan kaki dan kawalan lengkungan tapak kaki. Otot intrinsic di tapak kaki → membantu mengekalkan kestabilan arch. Apabila otot-otot ini lemah akibat gangguan saraf: Lengkungan kaki hilang sokongan semula jadi. Beban mekanikal berpindah ke fascia plantar. Lama-lama fascia plantar bekerja lebih untuk mengekalkan kestabilan → risiko plantar fasciitis meningkat. Plantar Faciitis lead kepada Sciatica Dari arah yang berlawanan, pesakit dengan plantar fasciitis pula mungkin mengalami: Kelemahan otot intrinsic kaki kerana kurang digunakan akibat sakit tumit. Kelemahan ini mengubah biomekanik berjalan, memberi lebih tekanan ke betis, paha, atau belakang. Beban tambahan ke belakang boleh memberi kesan rantaian yang akhirnya menimbulkan masalah di saraf sciatic. Begitulah mereka berinteraksi dan memberi masalah pada aktiviti harian kita.Cari Punca supaya dapat pecahkan “interaksi” mereka ini.Nak saya bantu?

Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya – Belajar Dari Kisah Adib

Cerita Sakit Tumit Sahabat Saya Belajar Dari Kisah Adib Kami Bantu Anda Masa saya dan Yell sembang pasal masalah sakit tumit (plantar fasciitis), Adib datang dan cerita pasal sakit tumit dia. Rupanya dia pun pernah alami sakit tumit yang sama. Adib ni jenis orang yang tak suka duduk diam bila ada masalah. Dia pernah tanya saya, “Kalau sakit tumit ni, apa aku boleh buat sendiri?” Saya cadangkan dia mula dengan self-massage pada otot betis. Sebab betis yang ketat boleh tarik tapak kaki dan tambah tekanan pada plantar fascia. Adib ikut cadangan tu, tapi lepas beberapa minggu, dia kata tak banyak perubahan. Tapi inilah saya suka tentang Adib — dia jenis kreatif cari solusi sendiri. Dia mula perasan satu benda: kasut & selipar yang dia pakai harian sebenarnya tapak keras & nipis. Jadi dia buat perubahan: dia tukar ke kasut bertapak lembut & tebal, yang lebih menyerap impak bila berjalan. Alhamdulillah, sakit tumit dia mula beransur hilang dan sekarang, katanya dah langsung tak rasa sakit. Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kisah Adib? Bila kita bercakap pasal plantar fasciitis, ada beberapa modifiable risk factor (faktor risiko yang boleh kita ubah) yang mainkan peranan besar, antaranya: 1. Pemilihan kasut/selipar: Kasut yang keras, nipis, atau sudah haus tapaknya boleh meningkatkan tekanan pada tumit setiap kali melangkah. Kasut dengan tapak yang lembut & menyerap hentakan sangat membantu kurangkan beban pada fascia. 2. Berat badan: Setiap kilogram tambahan memberi beban lebih pada tapak kaki. Menguruskan berat badan adalah salah satu langkah penting jangka panjang. 3. Teknik larian atau cara berjalan: Larian dengan tapak kaki mendarat terlalu keras atau cara berjalan yang salah (misalnya terlalu banyak menekan tumit) boleh memanjangkan tempoh cedera. Kadang-kadang, sekadar ubah cara pijak pun boleh beri kelegaan. 4. Ketegangan otot sekeliling: Otot betis yang ketat, tendon Achilles yang pendek, atau kurang fleksibiliti tapak kaki boleh menambah tekanan pada plantar fascia. Ini sebabnya kenapa self-massage atau stretching kadang-kadang membantu. Kesimpulan Dari cerita Adib, kita belajar satu benda penting: setiap kes, solusi tak sama. Bergantung pada punca. Bukan semua orang cukup dengan satu kaedah saja. Ada yang perlukan perubahan kasut, ada yang perlukan senaman, ada yang perlu perbaiki cara berjalan, atau gabungan semua. Kalau anda sedang hadapi masalah sakit tumit, cuba periksa satu persatu faktor ni. Dan kalau tak pasti, dapatkan pemeriksaan dengan fisioterapis supaya kita boleh cari solusi yang sesuai untuk kes anda. ⸻ Carilah saya

Skip que by booking your appointment now

Step 1

Sila buat pembayaran Booking fees melalui Butang di bawah atau scan QR (IMPORTANT: Jangan lupa untuk screenshot /simpan resit pembayaran)

Step 2

Selepas pembayaran upload resit pembayaran dan isi borang tempahan di bawah.